border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

03 July 2014

~ Selamat Tinggal Kuala Krai ~

Assalamualaikum..

Tanggal 29/6/2014 permulaan pertama bulan Ramadhan..daku tinggalkan bumi Krai..berhijrah ke tempat baru suasana baru yang belum diketahui macam mana ragam orang nya.



Sayang sedih sebak sebenarnya nak pindah..bukan kerana tak suka pindah ke tempat baru..Tapi sayang n sedih akan keluar dari rumah yang menjadi saksi yang menjadi rakan baik di kala susah senang..dinding2 rumah nih yang menjadi saksi sakit pening demam jatuh bangun aku seorang diri..

Bulan Ramadhan 2011 masuk dalam rumah ini ketika masih bujang..Ramadhan 2014 juga la keluar dari rumah ni berhijrah mengikut suami.

malam tu acik dan suami masih mengemas sikit2 barang dan tido di rumah tu buat kali terakhirnya..bangun pagi tu kepala da berat dengan selsema..Rasa macam nak demam jer..

Pagi hari lagi masih ade lagi jiran2 datang ke rumah untuk ucap selamat tinggal..masih lagi ade yang memberi hadiah dan duit tuk Cik Yah..

Pagi Ramadhan yang sangat sebak sebenarnya..pegi ke rumah2 jiran2 terdekat minta halal segala makan minum dan maaf..

Masa dalam kereta on theway ke N.Sembilan..kepala berat nak demam + menangis..sebak entah bila akan jejak lagi ke situ..Pagi tu kami berkonvoi bersama 2 lori..

Alhamdulillah walaupun kami dapat lori yang xde canvas (tutup pakai kain) tapi brg2 semua dalam keadaan ok.




Hadiah dari geng amanita

Hadiah dari Puan Norizan

Hadiah dari bff Kak Su (telekung lycra&gaun cik Yah)

Hadiah dari jiran sebelah TokMa Cik Mie

2009 ~ 2014 
Selama tinggal di Kuala Krai
berbagai orang ku kenal..berbagai ragam orang ku lihat
semuanya mengajar aku erti pengalaman hidup.

Kuala Krai 
1 tempat terpencil mengajar aku erti hidup berdikari
mengajar aku dari bujang ~ anak seorang
mengajar aku erti ketabahan

Kuala Krai
semoga kita akan berjumpa lagi walaupun sekejap

Selamat tinggal Kuala Krai :(

No comments:

Post a Comment