border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

09 November 2016

~ Rainbow Cheese Kek ~


Assalamualaikum.

Lama da resepi ni terperam dalam buku note hakak..tapi masa jer xde..Weekend asik sibuk je mengemas..bila da mengemas mood membako tu mmg tak nampak la kan..

Tapi tangan ni gatal je nak buat kek..
So last weekend rasa mcm takde aktiviti sangat lagipun acik bertapa kat umah mama acik..jd sempatlah buat kek makan reramai.

Diberi nama rainbow cheese cake..Tapi tang mana rainbow pun tak tau lah..sebab pewarna tak cukup yang oiii...layak dipanggil kek warna warni kot..ahakssss!

Bahan-bahan dulu ye kite tgk.

3cawan tepung gandum
4sk baking powder
1/2sk garam
1cawan buttercup
1 1/2cawan gula
4biji telur
2sk esen vanila
Pewarna makanan pelbagai warna ikut suka hati engkorang lah

Cara-caranya

Langkah 1
3cawan tepung gandum + 4sk baking powder +1/2sk garam

AYAK DAN KETEPIKAN

Langkah 2
1cwn butter + 1 1/2cwn gula 

Mixed sampai kembang 👇


Dah siap nampak macam sebati masuk telur satu persatu diikuti last sekali 2sk esen vanila. 👇


Langkah 3
Masukkan 1 1/2cawan susu segar berselang seli dengan tepung diayak td. 👇


Langkah 4
Bahagikan adunan kepada beberapa loyang.kalau loyang korang tu ade 1 je, sendukkan jela dr bekas adunan td lepastu titis pewarna sambil kaup2 sampai la semua berwarna..cenggini haaa 👇

Bakar 170' masa 15minit..
Bila da masak tu pepandai la cucuk dengan lidi kalau melekat tambah la beberapa minit lg.



Jangan tindan kek bila tunggu trun warna lain sedang dibakar..nanti melekat..alas dgn plastik dulu pun bole.

Bahan Cream Cheese
250g cream cheese
1/2cwn gula ising
1/2cwn butter

Caranya
Masuk kesemua sekali dalam bowl dan mixer sampai kental.


Da siap bakar boleh lah dilapiskan selang seli dengan cream cheese.







Sodap!

Ace la try.