border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

07 November 2015

~ Say Hi Cameron Highland! ~




Assalamualaikum.
CAMERON HIGHLAND
Tempat yang paling paling nak sangat pergi time preggy.
Masa mengandung kan Cik Yah memang mengidam giler nak pegi sini..Sebab dekat dari Kuala Krai - Cameron..Tapi TAK DAPAT PERGI PUN sampai lah bersalin.
Lepas tu dapat pindah tukar Negeri Sembilan..Kengkonon ade masa nak pergi jalan sini tup-tup dapat tau preggy Iyan. Mengidam lagi nak pergi Cameron..TAK DAPAT PERGI JUGAK sampai la bersalin.
Yang peliknye time mengandung je mengidam nak pegi jalan..Tak ade plak nak mengidam nak makan apa2 ke.
Tapi kali ni memang nekad la nak pergi jalan jauh.

Lepas dapat arahan tukar dalaman aritu. Dalam kepala ni memang nak pegi bejalan jauh je.Pasal bila lepas tukar nanti automatik takde masa nak pegi jalan. Kerja tak sama dan mungkin agak bizi dari tempat sekarang. so nekad la ajak family pegi.

Tak plan lelama pun. 3 hari sebelum pegi tu da bagitau kat adik beradik acik suh dorang amik cuti awal-awal. Kebetulan 31hb off day acik jatuh ari Sabtu. Lepastu 1hb sepatutnya kene lapor dekat formasi baru tapi jatuh ari Ahad. Jadi tunda ke hari Isnin. Memang best la boleh tido Cameron. Yiiihaa!

Masa pergi ni kitorang pegi 2 kereta. Kereta 1 acik 4 beranak dengan adik bongsu. Kereta kedua bakal adik ipar bawak mama n along acik. Yang tak pergi ayah acik la..Dia kerja..takpelah dia kata. 
Kitorang bertolak dalam pukul 9pagi dari PD. Masa nak naik jalan ke Cameron tu takyah cakap la hai pening dia. Tapi redha la..redha la.nak pegi sangat kan.

Sampai sana plan nak pegi jalan segala nak amik gambar. Tapi dekat pukul 3 lebih kitorang sampai ke puncak. Check in Apartment yang da book lepastu memang masuk sembahyang dan makan je.

Cecepat keluar kengkonon nak amik udara Cameron (walaupun kitorang ni semua tengah pening kepala/penat). Tapi segalanye punah..sebab apa tau..sebab Jalan Jem.
Bila pegi tempat pelancongan macam gini time hujung minggu memang berjam la dalam kereta. jemmmm sana jemmmmm siniii
Memang sakit ati la sebab banyak tempat nak pergi takdapat. Perjalanan sepatut dalam 20 minit boleh jadi sejam. Kebetulan plak ade pasar malam..Memang jem gila ar.

Malam tu kitorang pegi pasar malam beli makan lepastu balik tido. Keesokkannya pepagi lagi kitorang da bangun eksaited nak berjalan amik gambar and shopping stoberi..kehkeh

Jadi takyah cerita panjang lah kan..tengok gambar jela.
saje nak abadikan gambar dalam belog hakakk.