border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

17 November 2017

~ Hiking Gunung Datuk Rembau ~


Assalamualaikum. 

Tepek sini buat kenangan. 
Acik terbaca satu semboyan Pasal Ekspedisi Mendaki Gunung Datuk Anjuran IPD Rembau sempena pengisian program Trim & Fit daerah2. So first time baca terus da cakap kat bos acik dah nak join ekspedisi ni boleh tak..Then dia tanya dia ade program tak. Memang cun tarikh yang dorang bagi ni 16/11/2017 bos memang takde kat opis. Bos acik kalau boleh memang taknak acik tinggal pejabat n ganti orang lain. 
Memang macam rezeki je dapat join kan bila dia kata ok..hahah

Terus maklum dekat Cawangan Latihan IPD PD untuk masukkan nama acik..Takut tertinggal oii

Hari nak pegi tu memang seronokla sampai termimpi sebelum tu..kahkah punya dasat 

Daerah PD kami pergi berlima..Sorang je kumbang tu pun buat peneman kitorang yang serikandi sangat ni naik atas nun. kire malim kitorang la.opkos bawak yang sado2..hahaha

Acik start hiking lebih kurang 2 jam setengah.. Stop pun dalam 3-4 minit macam tu. Lepastu terus naik je tapi bukan laju la..sebab faktor tanah yang kitorang naik masa ni agak lembap..Musim hujan masatu. Tapi nasib baik masa kitorang pegi ni tak hujan. 




Bila dekat nak sampai punya la lagi taksabar nak naik. Sekali semua amik giliran nak naik tangga ni. Bergoyang beb. 


Nampak tu gambar bawah tu acik tunggu giliran nak naik..Jangan cakap seriau la..tangga ni dia ikat pada batu tu macam tu je. Masa naik macam ok lagi. Sekali turun perghh gayat xyah cakap..Sekali tengok tali die halamakkk siap boleh angkat tanggalkan..kau rasaaaa! Nasib selamat jugakla naik dan turun.


Dia sebenarnya ada 3x tangga. Tangga yang first macam mendatar sikit..Lupa plak amik gambar.. tu ok lagi..Yang atas ni anak tangga kedua..

Yang bawah ni anak tangga ketiga sebelum sampai ke puncak. Yang ni seram sikit. Sebab memang kene pegang elok2 dan tempat dia sempit sikit. Kalau jatuh..jatuh la kau bawah tebing sana. hmmm. ngeri ok!

Nampak tangga ni macam senang didaki. Tapi bila ko start pijak anak tangga jd susah gakla sebab kaki kene mengiring skit sebab tangga tu sandar pada batu2 tu. Yang tempat berhenti tengah tu plak memang sempit. Masa kitorang naik dan turun ni memang kene ada orang pegang tangga tu pasal die bergoyang nok. sangkut pada batu macamtu jerk.



Dan akhirnya, sampai la kami. 






Seronok hiking ni sebenarnya bila kau sampai ke puncak. Rasa puas tu bila da tamatkan pendakian tu. Kalau ada rezeki lagi boleh pi lagi sekali. Tapi dengar kata dorang da buat tangga yang lagi elok dan selamat dah. Memang senang da tak gayat macam kitorang naik ni dulu. 

ok bai