border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

31 July 2015

~ Ini kisah Hari Raya! ~

Assalamualaikum

Pertamanya nak ucap dulu Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin....tudiaaaa aihh..dari abih pantang, da masuk puasa sebulan lepas tu raya da nak habis baru nak ucap..Tapi raya kan sebulan..apa ada hal kan..kekeke..

Sejak dua menjak jadi suri rumah sepenuh masa nih, nan hado la boleh pegang henpon ka leptop lelama..ade je yang nak merampas takhta..kekeke...anak-anak di dahulukan katanya!itu sebab punya lama amik mood nak menulis nih..

Arni baru ada masa terluang sikit jadi boleh la mencoret kat belog usang ni..Kisah arini nak throwback pagi rayaaritu..nin diaaaaa.

Tahun ni alhamdulillah masih dalam cuti bersalin 3 bulan..Jadi mood raya tu lain sikit..girang kemain..sebelum balik kampung da mengira hari je nak balik...punya eksaited..Incik asben sorang je amik cuti..Tahun-tahun sebelum kalau pagi raya tak dia keje kita yang keje..So tak lengkap! Tapi kerana kerja da jadi macam lali la kan..

3 hari sebelum raya da bertolak balik Dungun Terengganu..tahun ni turn raya umah mak mertua..Malam raya tu kitorang da sibuk dengan bahagian kerja memasing..acik tolong mak kemas-kemas umah dan tolong main masak-masak sikit-sikit lah..Menu sana tak sama macam menu kat kampung acik..Biase pagi raya kitorang makan ketupat, rendang lemang sambal kacang...Tapi kat Pantai Timur ni dorang hidang nasi..Mak buat Nasi Dagang dan sate tahun ni. Lepas isyak incik asben dan adik ipar dah sibuk membakar sate..Memang sibuk la..Mood raya tu sudah mariiiiii..

Pagi raya plak orang lain sibuk da siap nak pergi sembahyang raya.Tinggallah acik ngan anak-anak kat rumah..Memang sendu abis la nak siapkan bebudak ni..Nak-nak lagi si Cik Yah melalak nak ikut papa dia pergi sembahyang raya..tudiaaa..Lepas mandikan anak-anak semua da tinggal nak hidangkan makanan..habis sembahyang raya kitorang salam-salam lepastu time makan.Lepas makan time bergambor le plak..

Nah nak share gambor kitorang di pagi raya..kekekeke..







Begitula cerita di Hari Raya..seronok tahun ni boleh berkumpul semua adik beradik..Tahun depan kompom kerja ye kita..kekke

apa pun selamat hari raya!