Selamat pagi..
Bila tengah rajin menghupdate laju je menaip..kekek
Kali ni nak cerita tempat makan dekat Sabak Awor Muar Johor...
Mungkin orang-orang Muar biase dengan tempat nih..
Kebetulan acik berkursus kat Maktab Teknik PDRM Muar, Johor..so bila hari last2 perpisahan sebelum tamat kursus dorang-dorang ni buat memakan kat Sabak Awor nih.
Kalau dari MTPDRM..kene cari jalan ke Bandar Muar..then dari Bandar Muar tu ke Sabak dalam lebih kurang 5-10 minit jer...dia macam dalam kawasan Taman Perumahan.
jalan xberapa nak sure sebab acik drive pun konvoi dengan beberapa lagi kereta dari team kursus kitorang.
Ni tempat kitorang nak melantak..kekeke..Sebenarnya ni bukan pintu gerbang Sabak tau...ni macam anjung yang memang kitorang da tempah awal2
Pintu gerbang die lagi meriah kat depan nun..siap disambut oleh kedai-kedai mainan budak-budak dan orang jual baju2..kalau bawak anak kecik yang da pandai mintak mainan memang rabak poket kau nak beli...hahahah!
Dari segi makan plak lebih ke arah seafood dan segala macam makan lah!
Macam group kitorang ni pilih makan kat bawah ni untuk 6 hidangan (1meja x 5orang)..memang kenyang makan tak berebut.
- Ikan Siakap Masak Sweet Sour
- Asam Pedas Ikan Kembung
-Ikan Pari Bakar
-Ikan Cencaru Bakar
-Kupang Masak Sambal
- Sotong Celup Tepung
- Butter Prawn
-Buah Tembikai
-Fresh Orange dan Air Tembikai
Makanan macam ni kitorang amik RM18 sekepala..dan tambah dengan claim duit dewan makan kitorang hari Jumaat & Sabtu. (sebab weekend kitorang semua balik rumah, jadi tak makan kat dewan makan Maktab)
Lepas da habis makan-makan...awal lagi nak balik dalam pukul 9 malam macam tu..so ada half group kitorang nak pegi karaoke...
Apa lagi kitorang yang memang kaki karok da lama xlepas gian melalak nih nak join la kan..Tapi walaupun nampak macam kitorang huha huha..tapi batasan pergaulan masih dijaga..masing masing da kawen :)
setakat pegi menyanyi dan balik..Acik balik pukul 1pagi tu pun da mengantuk gila sebab esok paginya penutupan kursus kena jadi Pengacara Majlis..Yang group lelaki taktahu la balik pukul berapa sebab dorang layan karaoke. memang puas hati
Torbaik ~
No comments:
Post a Comment