Assalamualaikum :)
Sedar x sedar da masuk bulan Disember dan penghujung tahun...dan gua masih di sini..memijak kaki di perantauan..
KERJA masih yang sama
RUMAH masih yang sama
ORANG masih yang sama
PERANGAI ORANG sudah berubah
Itu tidak dinafikan
Kadang rasa meluat menyampah..Yer! kita semua akan lalui...Berjumpa dengan orang bijak pandai..Orang yang serba serbi tahu..Orang yang gila kuasa..Orang yang "mak joyah"..Orang yang talam pun ada. setiap pelosok mana pun kita pergi pasti akan ketemu.
Hidup rutin harian yang sudah sedikit sebanyak berubah. Malah hidup acik terisi dengan kehadiran anugerah yang satu "Suffiyah Nur Iman"
Lupakan persetankan apa orang kata. apa orang nak tahu apa orang nak menyebok tentang hal duniawi. hal kita. hal segalanya. kerana bagi acik..acik xpenah mintak duit dorang untuk makan.xpernah guna cuti dorang utk bercuti menenangkan pikiran. xpenah tumpang rumah dorang untuk berteduh.
Syukur :)
Hidup ini umpama roda. "Kadang bila kita bercakap tentang orang, kita pasti akan berbuat benda yang sama"..Dan itu terjadi pada acik sendiri..pada kita semua. Jangan menipu kata kita tak akan lalui itu semua.
Bila mana orang sibuk mengatakan kite mementingkan diri sendiri.
Bila mana orang kata macam kita sorang ada anak suami.
Bila mana orang kata kita beli itu dan ini.
kelak pasti orang yang bercakap tentang kita akan berbuat seperti mana kita. bagi acik senang tak perlu hipokrit.
Dan ingatlah orang-orang yang bercakap tentang kita. mengumpat tentang kita. berterima kasihlah pada mereka. Kerana mereka sedang memberi kita pahala.
Di Akhirat kelak, seseorang itu terkejut apabila melihat amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukan di dunia. Maka dia bertanya "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang sebanyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". MAka Allah menjawab "Semua itu adalah kebaikan(PAHALA) orang yang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
No comments:
Post a Comment