Assalamualaikum
Arini nak kongsi cerita yang da lama lepas..Kisah bilik Cik Yah. .
Asal pindah dulu bilik Cik Yah ni ada karpet je.
Tilam pun takde sebab dorang pun tak tido dalam bilik ni.
Tapi bila ahli keluarga acik/ tetamu datang dorang memang akan masuk bilik ni tido.
So kumpul duit bulan-bulan dapat lah beli katil. .
Bilik ni agak panas sikit kalau siang sebab mungkin warna dinding yang menyerlah sangat kot..haha.
Tu pun acik da tampal wallpaper kalau tak lagi sakit mata. Silap pilih kod cat kata kauuu.
ok baru nak bukak cerita pasal aircond. Kitorang memang bercadang nak pasang aircond setiap bilik tapi aircond mahal jugak nok..kene kumpul duit sikit-sikit baru beli.
Memandangkan kontrak aircond kat pejabat-pejabat IPD da abis, jadi kontrak lama ni semua dorang akan bukak aircond ni sebab kontrak baru nak pasang aircond dorang. So acik tanya la dengan cina tu boleh beli ke..Dorang kata boleh. Dorang jual secondhand rm600 untuk 1.5hp. Tapi lepas bodek punya bodek ngan cina tu dapatla rm500 dengan cina tu. .So acik da cakap dengan incik asben standby duit rm500 nak bayar duit aircond.
Kebetulan aircond dalam bilik opis acik ni sepanjang taksampai 1tahun pakai ni acik boleh kira bape kali je bukak sebab opis ni xbesar mana..tapi ada 4 aircond. Sejuk beb kalau pasang semua. Jadi aircond yang atas kepala tempat duduk acik kat opis ni memang jarang sangat lah bukak. Memang sapa amik beli untung mcm baru lah.
Bincang dengan incik asben dia kata ok je nak beli boleh pasang kat bilik Cik Yah. So acik da cop awal-awal dengan cina tu nak amik yang dalam opis ni.
Bos acik pun dia beli jugak dua-dua aircond dalam bilik dia nak pasang kat rumah.
Dipendekkan cerita acik saje bergurau masa nak bayar tu acik cakap bukan tuan nak belanja ke..
Sekali tup-tup bos acik bagi duit suruh bayar aircond acik kat cina tu..haha..
Jadi kira aircond ni acik dapat FREE lah. Selamat duit sendiri. haha
Terima kasih bos..
Ni masa baru lepas pasang. Upah orang lain pasang kat rumah.
Da siap.
sapa-sapa nak datang boleh la tido dalam bilik ni.
No comments:
Post a Comment