Assalamualaikum.
Projek weekend aritu. Kebetulan butter lebih buat brownies aritu ade lebih.
Bukak peti ais, tengok semua bahan kebetulan ada.
Hah start la kite bertukang di dapur sesambil tengok anak-anak mandi kolam kat luar rumah.
Bahan-bahan Creampuff
1/2 buttercup
1 cawan air
1 cawan tepung gandum (ayak dulu)
3 biji telur
1 sk esen vanilla
sedikit garam
Bahan- bahan Kastard
2sb tepung jagung
2sb tepung kastard
1 1/2 cawan susu fresh milk
2 biji telur
3 1/2 sb gula
1sk esen vanila
ok mari kita lihat caranya yang sangat senang
Langkah 1
sediakan periuk atas dapur api.
Masukkan butter dan air tadi. sampai cair butter, lepastu baru masukkan tepung.
korang kene sentiasa kacau memang buat creampuff ni kira macam senaman tangan.
Lepas dia da macam berketul doh, korang masukkan telur satu persatu dan kacau sampai jadi macam doh kat bawah ni. semua sekata ok.
Langkah 2
Kalau korang ade nozzle dan piping bag, masukkan la ye. Umah acik nan hadooo.
Jadi pakai sudu jela. gumpal2 pastu letak je atas dulang pembakar. Tapi pastikan sapu butter dulu yerk. Nan hado dulang pembakar kita pakai penutup periuk yolah!
Bakar pada suhu 200' - 25 minit.
Langkah 3
Sesambil tunggu creampuff bakar, kita buat filling dia ye
Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan tenggek kan atas dapur api.
kacau lagi sampai berketul macam tu.
Camnila rupa nya bila dan masak. bagi sejuk sikit potong tengah macam nak potong roti burger tu. then korang isi la filling tu.
siap selamat makan
No comments:
Post a Comment