Assalamualaikum
Tetiba rasa macam cantik je gambar kat atas ni kan. hehehe
ok penat tau berjalan jauh nak boleh ke sampai tempat ni.
semua orang tau kot tempat ni kat Melaka. Ade orang panggil tempat ni
Padang Pasir Melaka/ Padang Pasir Malaysia
Pagi tu penamaan calon so acik memang tak bergerak ke mana-mana. Duduk rumah je mengkome. Sebab cik asben keje. Lepas tu bosan. Ajak along acik jalan petang tu tapi tak tau nak pi mana.
Bila da tak tahu nak pi mana tu memang alamat nye ke Melaka jela. Paling dekat janji keluar dari NS
Jalan-jalan Melaka konon nak lepak makan-makan. Tapi sampai da lewat lebih kurang jam 5lebih..
Jalan pun jem. So mesti tak sempat nak pegi Padang Pasir sebab along acik kata malam pukul 7 kene keluar lagipun acik ada anak kecik kot.
Sambil tu cari la hotel bajet plan nak tido dulu semalaman esoknya baru pi Padang Pasir ni.
Terjumpa lah hotel ni dalam Trivago.
Mimosa Hotel Melaka
Murah dan boleh la nak tido satu malam.
konon nya malam tu nak jalan jonker walk..so dekat jalan kaki je.
Tapi penyudahnye idok berjalan pun. Lepas balik dari Padang Pasir tu singgah area Klebang tu beli makan-makan terus balik hotel dan membongkang. Gila penat weh. kemain jauh masuk berjalan kaki.
ok tunjuk dulu la gambar hotel kitorang duduk.
Tido hotel bajet sebab malam penamaan calon tu incik asben tido kat Lexis Hibiscus dengan bos dia. Bila video call dengan Cik yah die jeles tak ingat tak mau bercakap sebab papanye tido hotel tak ajak dia.
terpaksa la umi berjanji esok kita tido hotel plak. hah nah bajet-bajet udahlah
ok part tu sambung kisah di Padang Pasir
No comments:
Post a Comment