Assalamualaikum :)
Dari hari raya aritu acik xdapat cuti sampai la sekarang ni...Lagi masa keje balai dulu cuti asik kene catu jerk.baru sebulan ditukarkan ke cawangan baru..keje opis dah..setakat ni takde lah masuk syif dah..jadi adelah masa terluang bawak anak-anak jalan -jalan..bercuti..kalau tak memang anak-anak terperuk kat rumah.
kesian anak-anak..so tutup cerita bab keje..acik dan family acik bawak bebudak ni jalanjalan..plan tak lama pun..Memula plan nak pegi tambun tapi disebabkan incik asben takleh nak ikut..standby bos die, so tak berani nak jalan jauh tanpa lelaki. Ayah acik plak terlibat dengan kawad hari Merdeka..so gegurl day out la kirenya nih..kecuali Mat Kecik Suffiyan je sorang boboi.
Kitorang gerak dari Port Dickson ke Morib awal pagi kau! Dalam pukul 9lebih mcm tu..Padahal memang da tau da booking siap hotel dapat cek in pukul 3pm. Tapi sebabkan eksaited gerak awal siap breakfast dan jalan-jalan Pekan Banting cari stok makanan nak bawak masuk hotel uolsss.
Masa sampai lebih kurang pukul 11lebih..memang awal lagi lah.Pd - Morib bukan jauh pun kan. Sampai jer kitorang daftar masuk tapi belum dapat kunci lagi dan terus kuar jenjalan.
Kalau tunggu dalam pukul 2petang nak ke 3 petang tu memang beratur panjang orang nak cek in. lama wehhh! Kitorang pun beratur tapi nasib tak lama pasal nak amik kunci bilik jer.
Bilik kitorang Studio Suite..Awal lagi da search kat booking,com..korang kene cari time dorang buat offer. harga kitorang dapat RM128 (1 night) termasuk 2pack breakfast dan 2 tiket masuk waterpark.
Nah tengok gambar nih.
Bilik dia memang selesa la..agak besar walaupun katil queen 1 jer tapi kitorang memang da standby toto...boleh masuk 7-8 orang kot..tido bawah ler.
Petang tu cek in terus mandi manda la..budak-budak nih da tak sabar.
Lepas mandi kat waterpark dorang ni sambung mandi dalam bilik..berendam sampai kecut jari-jari..punyela senononok nak mandi kolam kata nyer.
Keesokan paginya sebelum cek out, nak sambung mandi lagi. Tapi water park weekdays bukak pukul 10 pagi. hari weekend bukan pukul 8 pagi.
Lepas mandi cek out kitorang terus gerak ke Shah Alam.
No comments:
Post a Comment