Assalamualaikum
Selamat petang
Harini acik nak kongsi resepi yang simple dan sedap.
Macam acik memang suka makan kek. dapat anak pun pemakan kek..
Cik Yah memang selalu mintak kek..tapi kalau kita beli kek kat kedai tapi selalunya mesti ada icing tebal2..so cikyah memang die makan tapi cuma secubit dua jela pastu die xnak dah.
Kalau buat sendiri kite boleh pikir nak makan kek apa..lagi puas kot!
Ini bahan dia
1 cawan tepung naik sendiri
(jenama blue key ke apa xkisah)
Separuh buku buttercup
3/4 gula perang
1 3/4 cawan coklat masakan
(asingkan 1cawan / 3/4 cawan dadu kecil)
1 cawan cream cheese
(kalau nak sedap ko pakai jenama philapedia..kalau cream cheese lain pun blh..jgn ko pakai wipping cream je sudah!)
1/2 cawan gula halus
Sedikit esen vanila
3 biji telur
Cara-caranya
STEP 1
separuh buttercup ➕1 cwn coklat masakan = DOUBLE BOIL sampai coklat cair dan sebati.
STEP 2
Sementara tunggu coklat double boiled, dalam bekas lain
2 biji telur ➕ 3/4 cawan gula perang ➕ Sedikit esen vanila = MIXED sampai kau rasa agak2 gula da sebati.
STEP 3
Campurkan bahan dari STEP 1 dan STEP 2
whisk sampai mesra giteww..macam dlm gambar ni..pastikan coklat tu sejuk la sikit..jangan panas menggelegak kau pegi masukkan.
STEP 4
Bila step 3 da sebati, masuk sikit-sikit 1 cawan tepung naik sendiri ➕ 3/4 cawan coklat masakan yang telah didadu kecil kecil.
Masuk dalam loyang bentuk apa yang korang sukalah.
STEP 5
bakar 170" anggaran masa 25-30 minit.
Agak-agak kek separa masak dalam dia.
STEP 6
Sementara tunggu kek masak.
1 cwn cream cheese ➕ 1 biji telur ➕1/2 cawan gula halus = MIXED sampai sebati.
STEP 7
keluarkan kek da separuh masak, tuang cream cheese atas die dan sambung bakar anggaran masa 10-15 minit lagi.
Da siap bakar keluarkan dari loyang lah!
DAH BOLEH MAKAN.
****
Nak makan sedap kene beli bahan mahal sikit lah..
******
Jangan tanya guna coklat apa..acik pakai coklat murah je..kalau nak sedap guna la coklat jenama mahai..beryls ke apa ke..
Macam cream cheese better pakai jenama philapedia ke apa susah nak sebut.kalau pakai tatura boleh tapi tkt xsdp sgt sebab biasa tatura sedap kalau buat cheese tart..kalau kek baik guna jenama philapedia tu..ok!
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment