border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

21 February 2014

~ Pengasuh + kerja ~

Selamat malam
Assalamualaikum readers!

MAAF MAAF MAAF MAAF
sekiranye blog ini sangat membosankan dengan ceriteku yang tak penah abis.
TAPI
Cuma di sini tempat saya meluahkan kegembiraan kesedihan ketidakpuasan ketidakadilan hanye dengan menulis.
TIDAK 
Sedikit pun tidak untuk menagih simpati mahupun duit kalian malah membangkang 
CUMA
Yang ku pinta cukuplah kamu meminjamkan mata dan tangan menjadi pembaca setia

Tahun yang cukup berat. Permulaan 2014 telah ku diuji diduga.
Tapi syukur kerana Allah turunkan ujian untuk menguji keimanan kesabaran dan kekuatan 




1. ANAK ~ PENGASUH

Bile cerite pasal anak..Ini lah yang sangat merisaukan..paling sentap. Bukan senang nak cari pengasuh yang mahu mengasuh anak orang. Da 3 orang pengasuh jaga Cik Yah.

● Mak Teh Cik Yah (adik ke4 saye) - start jaga Cik Yah lepas saye abis cuti bersalin dari umur 3 bulan sampai 4 bulan lebih. Masa tu die tengah cuti semester n sanggup jaga.lgpun kita percaya keluarga sendiri kan..
● Syikin (baru kahwin dan anak kpd rakan setugas saye) - start jaga Cik Yah dari bulan 5 bulan hingga 7 bulan lebih. Dia jaga sangat baik. Tapi dia dpt tahu pregnant dan start alahan. Tak dapat tumpu pada Cik Yah.
● Liza (isteri kpd rakan setugas) - start jaga dari umur 7 bulan sampai 8bulan. Stop sekejap adik-adik saya cuti semester dan memang dorang nak jaga Cik Yah. Dan sekarang cik yah da 9 bulan nak sambung balik Liza xdapat nak tumpu sebab dia juga ade seorang anak sebaya dan memang tengah lasak.

Puas cari pengasuh dalam kawasan Perumahan ni.dekat 5 6 orang tanya sapa yang sanggup jaga. Tapi TIADA sorang pun yang nak. DUGAAN. Mereka sanggup jaga jika saye bekerja WAKTU PEJABAT. Nak cari orang kampung memang tak kenal orang luar. Nak anta taska lagi lah xsanggup. Sebab Taska mana lah yang sanggup jaga waktu malam.

Pahami la kerja kami ini. Tugas siang dan malam. Untung lah jika hanya bekerja waktu pejabat. Tapi memang takde harapan dan takde orang akan pandang kebajikan kami.

KALAU
suami ku dekat.tinggal sebumbung.
KALAU
mama dan ayah ku dekat.

2. KERJA SYIF MALAM 

Penat ~ stress ~ gangguan emosi ~ kurang rehat

Andai lah Pihak Atasan atau pihak berkenaan ambil tahu ambil berat ambil kisah tentang kami sebagai pekerja / kuli anda. Kami pekerja perempuan juga bukan setakat pekerja anda. Tapi kami juga pekerja / kuli di rumah.

berat kan bila segala tentang kerja rumah dan pejabat kita kena harung dalam masa yang sama dan sendirian tanpa bantuan.


Andai lah mereka tahu yang kalau ada 25 jam sehari pun tak cukup bagi ku.

BAYANGKAN
Masuk kerja pukul 11 malam Habis kerja 7 pagi. Ambil anak dekat rumah pengasuh. Balik rumah bagi anak makan.layan anak. Pukul 2petang siap pergi kerja balik..Masuk pukul 3petang abis 11 malam. Tidokan ank pukul 12malam. Bangun 6 pagi siap pergi kerja.habis pukul 3petang dan amik anak rumah pengasuh. Ulangi selama 365hari.

Migrain tak cukup tido?da memang selalu rasa. 

Ops! Maaf eh jangan samakan saya dengan kamu. Dengan orang lain. Dengan mereka yang juga kerja syif. Yang juga suami dan ibu bapa jauh.

DIULANG JANGAN SAMAKAN

sebab mereka tu mereka>saya tu saya>hati mereka hati saya berlainan>mental mereka dan saya juga berlainan>fizikal mereka fizikal saya berlainan>cara hidup juga berlainan.

TERANG DAN JELAS

Andai lah pihak mereka beri keutaman kebajikan kecualian pada kami yang hanya menguruskan segala nya sendiri. Untuk saya mintak menagih pada mereka jauh lah sekali. Sebab manusia ni. Saya mintak dikecualikan dulu kerja syif malam. Tapi alih2 sampai berita orang tidak puas hati..orang kata saya nak kerja senang. 

KALAU
Mereka sendiri sedar buka mata dan paham masalah kami.kebajikan kami

Ujian untuk ku.bersabar pasti ade hikmahnye kan. 

Moga Allah buka kan jalan dipermudahkan segalanya. Amin.

salam 




No comments:

Post a Comment