border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

12 February 2014

~ Kerja kerana Allah swt ~

Assalamualaikum u'olss..

Kite tengah kerja.
Bosan menunggu kastemer. Bile time rilek..memang rilek sesungguh. Tapi bile time penuh orang kat Balai ni..kemain cam ribut datang menyerang.

bile di ingat direnung dimuhasabah n munasarawak diri kat tempat kerja ni. Rasa lega sesangat. Lega sebab dapat tolong orang.
tak tahu sebab apa. Setiap kali balik dari kerja mesti akan terdetik dalam hati apa yang acik buat hari ini.

Kadang bila nak pegi keje kemain malas nauzubillah.Rasa macam nak duduk rumah goyang kaki bulan2 dapat duit..oo memang berangan lah kau cik bedah nak duit tapi malas keroje! ~ kesian cik bedah ter'up" nama plak kat cerita nih. -Xde kaitan hokey.

Back to story..ececeh cakap omputih plak kite nih.

Tapi bila setiap langkah nak masuk kawasan Balai..mesti niat " aku kerja ni kerana Allah kerana keluargaku kerana anak-anaku".

Setiap orang yang datang balai buat aduan itu dan ini..jadi automatik acik akan tolong selagi mampu. Dan bila dapat tolong even tolong taip repot untuk dorang pun rasa macam dah tolong dorang selesaikan masalah dorang.
Itulah perasaan lega datang.

Setiap orang ada masalah masing2..Dan acik sendiri ada masalah. Tapi bila saya tengok orang yang datang cerita masalah dorang tetiba kite akan automatik jadi kesian. Dan secara tak langsung boleh bukak minda kita tengok kitaran hidup manusia dugaan masalah yang dorang hadapi..sampai rasa macam xpercaye jer oo ada ehh kes cenggini..oo ade ehh kes cenggitu..

tak lupa jgk dkt orang yang mendatangkan masalah. Yang nih no komen.

Hidup manusia ni kita sendiri yang corakkan..Nak jadi baik atau nak jadi jahat.

Terpulang pada individu masing-masing. Sebab kita diberi akal dan fikiran untuk berfikir yang mana baik dan buruk. Bukan ikut nafsu.

itu je kot setakat nih. Xpayah bebel panjang2..cume ikhlaskan hati tolong orang..insyaAllah Allah orang tolong kita..Allah tolong kita.

Salam.

No comments:

Post a Comment