border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

26 February 2014

~ Buai-buai ku laju ~

Assalamualaikum readers!
Morning korang engkorang da breakfast ke belum?

Acik tengah keroje..Macam biaselah kan..ade masa free cenggini kite membuat senaman jari la hokeyy

Dekat hampir 2 bulan kan Cik Yah duduk dengan nenek/maksu/makteh dorang kat Seremban..apaa?xtau ke...elehhh ade la kite cerita yang entry lepas masa bab pengasuh tu..Dia duduk sana sebab makcik2 dia nih sume nak jaga abiskan masa dengan budak sorang nih.

So sekarang Cik Yah da kembali duduk dengan ibu dia dekat Kuala Krai nih.
So far setakat Cik Yah duduk dekat nenek tu..acik xtahu lah ragam die camne..Yang ragam biase tido lewat malam dengan semakin lasak..yang tu tau...nenek die ade lapor ke ibu hari2..hehe

Sebelum ni Cik Yah kalau nak tido mesti nak berbuai..kalau xde buai xleh tido..ok da paham bebeno.



Asal nak tido kalau dimasukkan dalam buai meronta meniarap duduk dalam buai tu..
memang kene paksa baru leh duduk diam dan tido..Walaupun mata da ngantuk dan layu umpama di tasik madu..tapi die tetap lawan mata tahan mata..

Tapi sejak dua menjak balik rumah ibu die nih..bile nak tido acik masukkan dalam buai asik meronta jer..lelama kite plak sakit ati..bukan sakit hati apa..yela takut die meronta2 kang jatuh buai benjol sana sini sape nak jawab Milah oii..lelama acik biarkan jer die layan mata main sorang2 atas lantai..

Bile tengok macam die da mamai sikit..acik peluk dia (macam peluk baby masa baru lahir tu) sambil dodoi senang plak die tido..mungkin da mengantuk sangat..Siang cenggitu malam pun cenggitu..

ohhh maknenya baru tau selama nih die meronta dalam buai tu dia nak bagitahu yang dia xnak tido dalam buai dah..aiseyyymannn..hehehe

selimut busuk yang memang tak boleh lepas

Ni memang mengantuk sangat2 nih..

Senang je tido kan die sekarang..nampak nye buai Cik Yah boleh lipat dan simpan dalam stor..kihkih

ohh lupe! Bab pengasuh plak da jumpe..Mujur masih ade orang yang nak sudi jaga permata hati beta nih..Tapi jenuh jugaklah dia nak melayan karenah sebab setiap kali kena hantar rumah 'mama' baru dia tu kompom2 menangis tak hengat dunia..tapi nak buat macam mane kan..budak2 biaselah..harap2 lama kelamaan nanti sesuai la tuh.

Alhamdulillah

ok bai ade masa lagik nanti acik menulis lagi.








21 February 2014

~ Pengasuh + kerja ~

Selamat malam
Assalamualaikum readers!

MAAF MAAF MAAF MAAF
sekiranye blog ini sangat membosankan dengan ceriteku yang tak penah abis.
TAPI
Cuma di sini tempat saya meluahkan kegembiraan kesedihan ketidakpuasan ketidakadilan hanye dengan menulis.
TIDAK 
Sedikit pun tidak untuk menagih simpati mahupun duit kalian malah membangkang 
CUMA
Yang ku pinta cukuplah kamu meminjamkan mata dan tangan menjadi pembaca setia

Tahun yang cukup berat. Permulaan 2014 telah ku diuji diduga.
Tapi syukur kerana Allah turunkan ujian untuk menguji keimanan kesabaran dan kekuatan 




1. ANAK ~ PENGASUH

Bile cerite pasal anak..Ini lah yang sangat merisaukan..paling sentap. Bukan senang nak cari pengasuh yang mahu mengasuh anak orang. Da 3 orang pengasuh jaga Cik Yah.

● Mak Teh Cik Yah (adik ke4 saye) - start jaga Cik Yah lepas saye abis cuti bersalin dari umur 3 bulan sampai 4 bulan lebih. Masa tu die tengah cuti semester n sanggup jaga.lgpun kita percaya keluarga sendiri kan..
● Syikin (baru kahwin dan anak kpd rakan setugas saye) - start jaga Cik Yah dari bulan 5 bulan hingga 7 bulan lebih. Dia jaga sangat baik. Tapi dia dpt tahu pregnant dan start alahan. Tak dapat tumpu pada Cik Yah.
● Liza (isteri kpd rakan setugas) - start jaga dari umur 7 bulan sampai 8bulan. Stop sekejap adik-adik saya cuti semester dan memang dorang nak jaga Cik Yah. Dan sekarang cik yah da 9 bulan nak sambung balik Liza xdapat nak tumpu sebab dia juga ade seorang anak sebaya dan memang tengah lasak.

Puas cari pengasuh dalam kawasan Perumahan ni.dekat 5 6 orang tanya sapa yang sanggup jaga. Tapi TIADA sorang pun yang nak. DUGAAN. Mereka sanggup jaga jika saye bekerja WAKTU PEJABAT. Nak cari orang kampung memang tak kenal orang luar. Nak anta taska lagi lah xsanggup. Sebab Taska mana lah yang sanggup jaga waktu malam.

Pahami la kerja kami ini. Tugas siang dan malam. Untung lah jika hanya bekerja waktu pejabat. Tapi memang takde harapan dan takde orang akan pandang kebajikan kami.

KALAU
suami ku dekat.tinggal sebumbung.
KALAU
mama dan ayah ku dekat.

2. KERJA SYIF MALAM 

Penat ~ stress ~ gangguan emosi ~ kurang rehat

Andai lah Pihak Atasan atau pihak berkenaan ambil tahu ambil berat ambil kisah tentang kami sebagai pekerja / kuli anda. Kami pekerja perempuan juga bukan setakat pekerja anda. Tapi kami juga pekerja / kuli di rumah.

berat kan bila segala tentang kerja rumah dan pejabat kita kena harung dalam masa yang sama dan sendirian tanpa bantuan.


Andai lah mereka tahu yang kalau ada 25 jam sehari pun tak cukup bagi ku.

BAYANGKAN
Masuk kerja pukul 11 malam Habis kerja 7 pagi. Ambil anak dekat rumah pengasuh. Balik rumah bagi anak makan.layan anak. Pukul 2petang siap pergi kerja balik..Masuk pukul 3petang abis 11 malam. Tidokan ank pukul 12malam. Bangun 6 pagi siap pergi kerja.habis pukul 3petang dan amik anak rumah pengasuh. Ulangi selama 365hari.

Migrain tak cukup tido?da memang selalu rasa. 

Ops! Maaf eh jangan samakan saya dengan kamu. Dengan orang lain. Dengan mereka yang juga kerja syif. Yang juga suami dan ibu bapa jauh.

DIULANG JANGAN SAMAKAN

sebab mereka tu mereka>saya tu saya>hati mereka hati saya berlainan>mental mereka dan saya juga berlainan>fizikal mereka fizikal saya berlainan>cara hidup juga berlainan.

TERANG DAN JELAS

Andai lah pihak mereka beri keutaman kebajikan kecualian pada kami yang hanya menguruskan segala nya sendiri. Untuk saya mintak menagih pada mereka jauh lah sekali. Sebab manusia ni. Saya mintak dikecualikan dulu kerja syif malam. Tapi alih2 sampai berita orang tidak puas hati..orang kata saya nak kerja senang. 

KALAU
Mereka sendiri sedar buka mata dan paham masalah kami.kebajikan kami

Ujian untuk ku.bersabar pasti ade hikmahnye kan. 

Moga Allah buka kan jalan dipermudahkan segalanya. Amin.

salam 




12 February 2014

~ Kerja kerana Allah swt ~

Assalamualaikum u'olss..

Kite tengah kerja.
Bosan menunggu kastemer. Bile time rilek..memang rilek sesungguh. Tapi bile time penuh orang kat Balai ni..kemain cam ribut datang menyerang.

bile di ingat direnung dimuhasabah n munasarawak diri kat tempat kerja ni. Rasa lega sesangat. Lega sebab dapat tolong orang.
tak tahu sebab apa. Setiap kali balik dari kerja mesti akan terdetik dalam hati apa yang acik buat hari ini.

Kadang bila nak pegi keje kemain malas nauzubillah.Rasa macam nak duduk rumah goyang kaki bulan2 dapat duit..oo memang berangan lah kau cik bedah nak duit tapi malas keroje! ~ kesian cik bedah ter'up" nama plak kat cerita nih. -Xde kaitan hokey.

Back to story..ececeh cakap omputih plak kite nih.

Tapi bila setiap langkah nak masuk kawasan Balai..mesti niat " aku kerja ni kerana Allah kerana keluargaku kerana anak-anaku".

Setiap orang yang datang balai buat aduan itu dan ini..jadi automatik acik akan tolong selagi mampu. Dan bila dapat tolong even tolong taip repot untuk dorang pun rasa macam dah tolong dorang selesaikan masalah dorang.
Itulah perasaan lega datang.

Setiap orang ada masalah masing2..Dan acik sendiri ada masalah. Tapi bila saya tengok orang yang datang cerita masalah dorang tetiba kite akan automatik jadi kesian. Dan secara tak langsung boleh bukak minda kita tengok kitaran hidup manusia dugaan masalah yang dorang hadapi..sampai rasa macam xpercaye jer oo ada ehh kes cenggini..oo ade ehh kes cenggitu..

tak lupa jgk dkt orang yang mendatangkan masalah. Yang nih no komen.

Hidup manusia ni kita sendiri yang corakkan..Nak jadi baik atau nak jadi jahat.

Terpulang pada individu masing-masing. Sebab kita diberi akal dan fikiran untuk berfikir yang mana baik dan buruk. Bukan ikut nafsu.

itu je kot setakat nih. Xpayah bebel panjang2..cume ikhlaskan hati tolong orang..insyaAllah Allah orang tolong kita..Allah tolong kita.

Salam.

06 February 2014

~ Tidur! Tido! Tidoq! ~

Assalamualaikum Gudnite semua. :)

Masih adekah yang duduk hadapan skrin sambil membaca belog ini? ohhh Ade! Tuan tanah kedaung masih belum tido. Sebab tu terlajak rajin menaip memalam bute cenggini. haha! 

Tengah keroje daa! Ingat kite rajin sangat ker overnite. buat taik mata tak pun proses air liur basi lagik best kot!

Bile memalam gini kan kan kan..Teringat anak mesti tengah tido.sambil peluk selimut bushuk dia dan isap puting atau sambil ternganga! kahkah. ohh my sweetheart.

Ape yang paling best kan bile jadik budak kecik ni ramai sangat peminat terutama omak dia (biggest fan). tak kire la sama ada tengah tergelak ke. tersenyum ke. termenangis ke..tengah meneran pun pasti ade mamarazi or paparazi sempat lagi snap gambar kan. elehh!! macam engkorang tak pernah buat kat anak korang ataupun anak sedara ker.. kahkah

Ini adelah gaye tido anak acik hah! Bila tido dari dia dilahirkan sampai la sekarang, macam-macam gaya keluar. Kadang sampai nak tergelak sengsorang pun ade. Ikut gaya ibu atau papa ek? haha























Haha! bebudak tido kot ternganga cane pung ase comel jerk kan. (anak kite mestilah kite puji xkan nak harap orang lain plak puji!.haha)

Kalau drama cintan cintun boleh la hero kata kat heroin " u nampak comel bile tido" atau pun "u nampak cute masa bangun tido"

Ace kalau kite da tua bangka ni tido, xde nye orang nak puji. siap lalat pun boleh masuk dalam mulut kot.. takpun berdengkur umah jiran sebelah pun boleh dengar. mungkin itu tipu..haaha! ok tak yah nak ngaku xde sangat lar! Dah tido mana kau sedar acane ghoman eh.

ok lah selamat tido. Tuan tanah kedaung ~ Takyah nak rajin sangat exercise jari-jari tangan memalam gini menaip bab tido. bukan ade orang nak baca! haha

Selamat malam k bai :)