border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

28 February 2013

~ Jagalah aib kita ~

Assalamualaikum sayang :)

Lama rasanya xmenghudpate dalam belog usang ni kan..Lagi plak sekarang musim hujan di Kelantan..Musim banjir pun datang tanpa di undang..Merasa jugakla balik ke rumah naik lori sebab kereta xberani nak lalu jalan penuh air..

Alhamdulillah kerana Tuhan masih meminjamkan nyawa kepada saya untuk bernafas di dunia.
Sebenarnya saya rasa down jugakla bila di kelilingi dengan orang yang tidak menyenangi kita. Maksud saya bukan la saya seorang wanita/manusia yang sempurna tidak pernah bercakap tentang orang lain. Tapi kite selalu beringat, kadang-kadang orang selalu mencari kesalahan orang lain tapi tidak nampak akan kesalahan mereka.


Bila kita bercakap tentang orang lain, tidak mustahil orang lain akan menyelak kehidupan kita kan

Kadang-kadang apabila kita membuka aib orang, tapi tanpa kita sedari sebenarnya kita juga telah membuka aib kita sendiri malah menampakkan keburukan kita.

Jaga lah pertuturan kita..

1 benda kita bercakap tentang orang, tidak mustahil 10 orang akan bercakap tentang kita.

Dosa tak payahla cakap 
(sayebukanlaustazahuntukbercakapdosapahala)


Kadang-kadang apabila kite menyibuk/bercakap mengenai orang umpama satu perkara yang tak berfaedah plak kan..buat ape la kite sibuk hendak menjaja cerita tentang orang lain kepada orang lain sedangkan hal kita sendiri pun terumbang ambing.

pendek kata jaga la aib kita jangan sampai orang membuka/menyelak nya. Dan kita juga jangan la sibuk membuka aib orang sedangkan kita sendiri tau kehidupan kita tak tentu hala.

Pernah dengar tak orang tua cakap " Jangan cakap tentang orang lain, sedangkan kita pun belum tahu lagi dugaan kehidupan kita kelak bagaimana "


Yang ini pulak saye teringat akan kata-kata seorang sahabat saya
" Jika kita buka keaiban orang di dunia, di padang masyar nanti Allah akan bagi screen yang menayangkan keburukan kita. Bila kita di dunia, kite boleh malu dan wat-wat xtau, tapi bila di sana??Bagaimana  perasaan suami/emak/ayah/anak kita nanti apabila tahu keburukan kita.."

Ingatlah 
Bila kita menjaga rahsia / aib orang lain
Pasti Allah akan memelihara kita daripada dimalukan  kelak


Apabila kita mendengar orang bercakap tentang kita, ingatla perkataan ini
SABAR
pasti besar ganjaran kepada orang yang bersabar


Sentiasa la beristighfar di dalam hati supaya kita dijauhkan perkara seperti ini
Ingat lah di dalam hati, hidup ini tidak semudah yang disangkakan..Bukan semua orang menyenangi kita..dan bukan semua orang tidak sukakan kita.

Iya, saya mengaku kemungkinan saya ade terbuka aib orang lain, saya minta maaf. Mungkin saya termakan hasutan syaitan. Biasa lah kita manusia bukan lah sempurna kan..Sekurang-kurang nya  entri saya ini boleh dimanfaatkan. Adalah lebih baik kite tersedar akan keterlanjuran kita sekarang, dari sebelum pintu taubat telah tertutup :)

Akhir kata


Sekadar renungan dan ingatan untuk diri sendiri


Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri 

Salam :)








23 February 2013

~ Mendobi Barang si Kecik ~

 Alhamdulillah :)

Arini off..lagi-lagi plak bosan duduk umah sorang-sorang..Nak pegi jalan-jalan da la belum gaji..Apelagi dari  xde wat apa-apa mencari la kojo yang boleh dibuat kat umah nih hah.. Baby dalam perut da masuk 32week.. so tinggal lagi beberapa minggu je lagi sebelum beliau keluar melihat dunia..semoga semuanya sihat dan selamat..amin

Arini da start mendobi barang si kecik sebab incik asben da bising-bising suruh siapkan 1 beg untuk ke hospital..Mula-mula rasa macam malas jerk nak wat. siap memikir nak cuci tangan ke atau cuci mesin..da la baju-baju tu walaupun nampak kecik tapi tahap "kerajinan" saye ni tinggi...maka dengan ini cuci gune mesin jelah! haha.Tapi masuk dalam mesin tu siap gune beg jaring-jaring supaya untuk menyelamatkan baju-baju tu dari dikisar kasar oleh mesin basuh..kakaka

Sabun yang acik gune untuk cuci baju-baju baby ni acik beli khas..da survey da dalam intenet dorang kata kulit baby ni kite xtau sensitif or tak..xkan nak pakai sabun DAIA acik tu hah..so saya g terjah pasaraya Econjaya, Kuala Krai terjumpe la sabun & softener untuk baby.

Softener Pureen A-B-D / Sabun Pureen A-B-D

Kalau korang penah guna sabun ni, bau dia sangat best..bau baby dan lembut je..sedap la..kalau basuh baju pun melekat bau sabun tu..

Hasil cucian 

baju / sarung tgn + kaki / lampin

baju byk warna biru..disebalik tu sume warna putih 


seluar xmuat masuk hanger (kang kombang getah dia) / beg

barut baby

romper warna warni / lampin

Hah bape kali cucian..Nasib baik la cuci pakai mesin..kalau tak, mau patah pinggang..sebab cuci asing-asing ikut warna. kang takut campur-campur ade plak baju yang menurun warna kan..

Selesai bab mendobi baju..dobi plak sarung bantal tilam selimut si kecik..Tilam ni acik da dobi awal lagi, kebetulan order tilam ni dalam online, so sampai awal..dengan bau kekabu dia perghhh boleh tahan..jemur la siap-siap kan..cume baru update sekali je nih

set tilam baby

Selesai mencuci angkat dan lipat masuk dalam storage. simpan!
Tinggal masa nak bawak balik bercuti jer.


selesai bab mendobi

sekian :)




22 February 2013

~ Coconut Shake Klebang ~

Assalamualaikum dan salam jumaat

Tajuk arini sebenarnye da basi kot..hehe..tapi baru nak update..inisemuapoyo
Kejadian masa bercuti haritu sebenarnye...saje berjalan ke Melaka..kebetulan adik beradik semua ade rumah cuti Hari Raya Cina.. so apa lagi berjalan la.

Tempat yang kitorang pegi ialah ke Melaka. sebenarnye xde hala tujuan pun g Melaka..ikut jer ke mana kaki melangkah..ceewahh :)

Sebelum berjalan ke soping komplek, kitorang singgah dulu kat sini

see ramai orang kan..kebetulan time cuti umum kan

Masa masuk kawasan parking rasa macam xde can jer nak dapat tempat duduk kat dalam kedai ni..Tapi rupenya kat bahagian dalam ade tempat kosong lagi sebab kawasan dalam kedai besar dan banyak meja.

Kitorang cume minum coconut shake dan makan kuih-kuih sebab masa kitorang sampai ni dalam pukul 12tengahari..nak makan nasi-nasi macam terlalu awal jerk..Lagi pulak kuih yang disediakan banyak sangat dan memang sedap. Layan diri je pi amik kat kaunter depan..Selain kuih ade juga disediakan macam nasi lemak dan sbgainye

popia sambal / samosa terbaik..hehe

Coconut Shake 

So bile da abis makan, nak duduk lama-lama pun kesian plak orang yang datang xde tempat duduk.
Masa on the way keluar dari kedai, boleh lihat orang yang nak tapau Coconut Shake di luar bahagian tepi jalan..

kalau disuruh acik berdiri menunggu coconut shake segelas, mau pengsan 3 4 kali dulu baru dapat kot..xsanggup mak!

Apa pun coconut shake kat sini terbaik dan sedap la..patut ramai orang dan sanggup berdiri lama tuk dapatkan segelas kan.

Lain kali boleh cuba lagi.ohh lupe nak cakap kedai dia area Klebang, Melaka..nak terang lebih detail acik pun xtau kat mana, tapi cari la area2 pantai Klebang ok..hehe


20 February 2013

~ Family Gatherings Part 2 ~

Assalamualaikum :)

heee...da bis da baca family gatherings part 1??

so arini update part 2 plak..Sampai mana aritu ehh..ooooo lepas acik da puas melantak kat bawah khemah tu...masa ni dorang da start sukaneka lain.

SUKANEKA MENYUSUN BARANG DI TUBUH BADAN

Macam pelik je kan nama sukaneka ni??hehe..Syarat acara ni terbuka untuk cucu-cucu keluarga Mohamad yang bujang. Pemain dikehendaki menyusun segala barang yang ada di tubuh badan masing-masing..xkisah la tali pinggang ke, baju ke, seluar ke, wallet ke, seluar dalam ke opssss! hehehe. Siapa paling panjang dia la juara..hee

sepupuku sedang menyusun..puas la mak-mak sedara bg sokongan

si adik menolong abg..rela buka baju..kekeke

tu diaaaa...bg hakim cek dulu

Keputusan:
No 1 ~ Azri ( Anak Pak Uteh )
No 2 ~ Abg Syafik ( Anak Pakngah )
No 3 ~ Abang Kembar ( Anak Pak Andak )

SUKANEKA JALAN SAMBIL IKAT KAKI BERDUET

Ceeewahhh...xboleh tahan kan nama sukaneka ni..tu diaa..Syarat pertandingan sesiapa pun boleh turut serta tak kisahla laki bini ke/ anak beranak ke.. sume boleh join.1 kumpulan 2 orang dimana pemain dikehendaki BERJALAN sambil sebelah kaki masing-masing diikat dan mengikut track yang telah diberitahu. (track plak tu sompit ikut celah-celah keta..jadi nya kene beratur la nak ikut track tu..kekeke

1 ~ Peserta beratur amik tempat dan ikat tali di kaki
2 ~ Pengerusi menerangkan track yg bakal dilalui
3 ~ see nampak tu dorang ikut track yg sgt sempit..kene beratur tau!
4 ~ bila sampai ramai kaki sakit almaklum da veteren yang join..kekeke

Keputusan:
1 ~ Imam & anaknya
2 ~ Makjah & Suami
3 ~ Mak Ipah & anaknya

ok! Tiba la sukaneka terakhir.. iaitu sukaneka rebut kerusi untuk anak-anak saudara (cucu keluarga Mohamad)

SUKANEKA REBUT KERUSI BERIRAMA

Sukaneka ni terbuka untuk cucu keluarga bujang yang nak masuk...sebab eh kusi pun banyak..So xde tetapan brapa ramai nak join sebab hadiah nye 1 jer..keke..Pengerusi akan memainkan lagu kat henpon canggih beliau..dan bile lagu stop cop ler kerusi masing-masing kan.

Ni hah tengok gambau nih

1 ~ masing-masing siap sedia ngan posisi kerusi mereka
2 ~ da cop tempat duduk 
3 ~ jalan ler..apa pasat belenti?hehe

Keputusan:
Boboi ( Anak pengerusi a.k.a Pak Uteh )

Tamat la suda segala sukaneka..

ehhh..belum abis cite..mesti korang nak tau kan family acik monang hadiah apa cabutan bertuah tu??hehe
Ok! kalau yang tak nak tau pun xape..nak cito jugak..kekeke

Ayah saye menang set gelas (mentang2 pkai baju kaler oren...kotak pun kebetulan oren)

Mama menang jug (elok la kan..ayah ade gelas, mama ade jug..blh wat air)

Kakak sulung den dpt biskut Julies dan bekas garam/gula 
(pun sesuai buat air blh cicah dengan biskut)

Acik monang frame gambar / incik asben menang tempat air

Tamat la suda cerita tentang family kitorang :)
InsyaAllah tahun depan panjang umur dan murah rezeki diadakan lagi Family Day ni..amin :)

see you cita yang lain plak 




18 February 2013

~ Family Gatherings ~

Hai semua 

Arini baru rasa rilek dan dapatla update kejadian bercuti di malam hari pada 10/2/2013 aritu..kehkeh...bunyi macam hape jer kan..Pada CNY aritu, family sebelah mama saye buat family gatherings / family day...kesemua sedara mara pakcik makcik, cucu cicit balik ke kampung untuk berkumpul kecuali seorang makcik saya masih kursus di Jepun dan seorang lagi di Universiti xdapat balik..

So agenda yang diadakan pada malam tu sangat la best dan makan kenyang-kenyang. Sebelum tu, kesemua kami tahun ni sambut family day di rumah salah seorang makcik saye yang kebetulan rumah dia baru siap lepas pakcik saye telah ditukarkan di Malaysia kembali..sebelum ni dia menetap di Medan, Indonesia..So kire alang-alang berkumpul di rumah baru nye la konon..


kononnye kad undangan untuk kami semua sedara mara yang telah dipost dalam FB masing-masing

Acara dimulakan dengan solat maghrib berjemaah oleh semua sedara mara.penuh satu rumah almaklumlah adik beradik mama/ ipar duai/ sepupu sepapat/ cucu cicit  ramai..Orang luar yang kami jemput pun cuma Imam(nama panggilan) yang merupakan jiran(da macam sedara sendiri)  untuk mengimamkan majlis malam tu. Selesai solat maghrib, diikuti bacaan yasin / tahlil untuk arwah nenek dan doa selamat / kesejahteraan kami sekeluarga :)

Bermula la sukaneka pada malam itu. dimulakan dengan acara memotong kek oleh sesiapa sedara mara/ sepupu sepapat yang lahir pada bulan 1 dan 2..Maka, mereka ini lah orang-orang yang terpilih..kikiki


Sebelum memulakan sukaneka semua..ni la gambaran hadiah-hadiah untuk pemenang sukaneka dan cabutan bertuah 

Hadiah no 1/2/3 untuk kesemua sukaneka | Hamper tinggi utk ketua keluarga(atuk) sumbangan kutipan dari kesemua keluarga (adikberadik mama)

hadiah cabutan bertuah disponsor oleh setiap keluarga 3hadiah

Bilo da selesai rase sorang sikit kek tu, pengerusi majlis a.k.a tuan rumah iaitu Pak Uteh da bersiap sedia dengan pembesar suara dia memulakan acara. Sukaneka pertama dimulakan dengan pasangan suami isteri. dan sukaneka ini wajib ada setiap tahun bile diadakan family day..kekeke



SUKANEKA MUMIA

5 pasangan somi isteri turut serta. Suami dikehendaki membalut isteri nya meggunakan tisu gulung yang diberi. Siapa paling kemas dan teratur membalut isterinya dikire pemenang.

mama n ayah den pun join jgk  

begini la hasilnya

Keputusan : 
No 1 ~ Mak Jah dgn suami 
No 2 ~ Mak Ipah dgn suami
No 3 ~ Mak Uda dgn suami (xsangka omak den monang)hiihii

Apabila selesai sukaneka pertama, acara diselang selikan dengan cabutan bertuah. Cabutan bertuah dicabut oleh adikberadik (suami/isteri) mengikut turutan dan oleh cucu keluarga yang telah berkahwin.
Setiap adikberadik mama/cucu yang telah berkahwin yang telah membawa 3hadiah dikehendaki mencabut 3x iaitu dimulakan dengan Suami / Isteri / Anak Sulung. Macam acik ni hah bolum ada anak dapat 2x cabutan jerk. Hadiah selebihnya digunakan sebagai hadiah untuk sukaneka yang lain..hehee

Selepas itu diikuti dengan sukan kedua disertai oleh 5 orang peserta juga..Syarat pemain disertai oleh anak saudara Perempuan sahaja yer..Pemain dikehendaki menyusun puzzle dalam masa 5minit. Siapa yang menyusun puzzle paling lengkap itulah pemenang nyer :)

SUKANEKA MENYUSUN PUZZLE

yg tudung corak rimau kaler kelabu tu jurugambar je hokay..hehe..nak msuk tp penuh da kuota.

hah kan da ckp..smpai senget2 bdn dia amik gmbau

Keputusan:

No 1 ~ Anis ( Ank Makngah)
No 2 ~ Kakak ( Ank Imam )
No 3 ~ Farah ( Ank Mak Ipah)

So, sukaneka dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada cabutan bertuah dan makan-makan

tukang membakau incik asben dan kembar(sepupu) time awal2 jer..lepas tu baru sekali round bakar da menghilang.

Menu :
Ayam | Ikan | Udang Bakar
Satey Ayam | Daging
Nasi Putih
Kari Ayam
Sup Kosong
Buah Jambu batu 
Teh | Kopi

Selesai semua da kenyang dan sambil makan tengok sedara mara lain cabut hadiah bertuah..Sukaneka lain bermula. Kali ini, acara meniup belon oleh anak-anak sedara yang kecik-kecik. Masing- masing dikehendaki meniup belon sehingga pecah. 5 orang peserta jugak.

SUKANEKA TIUP BELON 

ready nak meniup da..hombusssss

Keputusan:
Acik xhengat sebab tengah melantak satey bercucuk kat bawah khemah..kekekee

Ok sambung bahagian 2 nanti yer...da malam ni apa kata kite membongkang dulu (buruk ehh perilaku)

bai









16 February 2013

~ Barang-barang Baby Chapter 4 ~

Assalamualaikum :)

Arini tuan punye belog da pun kembali bekerja setelah 10hari cuti.. Alhamdulillah baby da masuk 30w. Semoga sihat dan kuat..Masa tengah tulis2 belog ni die sedang main pusing-pusing kat dalam perut ibunye..terasa macam bergelombang perut nih. :) Subhanallah

Ok topik kali ni barang baby lagi la..
Cukup da rasanye walaupun barang baby belum hampir lengkap tapi keperluan asas tu da hampir kesemua nye beli. Barang-barang ni kami beli kat Pacifik dan ada campur-campur dekat Pantai Timur. sebab masa beli ni bile tengok kat Pantai Timur baju dia agak murah skit la berbanding pasaraya lain. :) {save bajet gile }

Topi | Napkin | Tuala | Selimut | 
Baju + Seluar Lengan panjang / Lengan pendek / Tiada lengan
beli : Pasaraya Pacifik / Pantai Timur

Gambaran dekat 

Baju | Napkin | Selimut | Tuala

Topi | Mitten+Botties 

Acc Baby
beli : Pacifik

Ok! Yang ni bukan semua yang saye beli..ni incik asben.Xpaham betul ngan dia. Ade ke pi beli pinggan tu.Bile saye letak balik, die amik plak..letak balik die ambik lagi..last-last malas nak gado..layan jeleeee

Berus botol susu | Botol susu + Tempat susu | Bekas botol +botol kecik |
Mandian baby | Cotton buds | Breast pad sy punyo

Kemudian, saye beli romper dengan kerani tempat saya bekerja. kebetulan dia wat bisnes online. so alang-alang beli ngan die jela kan. hehe

(link FB tuk soping barang baby hokey)

So ini yang saye beli

Romper

Romper lengan panjang + pendek
{ kebanyakan saya amik size 3m-6m }


Romper + stokin


Bile da abis menyoping, balik rumah cek balik takut jadi macam baju sebelum ni beli kan..Bile lengkap xde masalah, lipat dan simpan terus dan storage. 






Tinggal masa nak cuci baju-baju tu dan packing dalam beg!

Settle bab ini..hehe

Jumpe lagi di ceghita yang lain :)


15 February 2013

~ Barang-barang baby chapter 3 ~

Assalamualaikum..

 Sebenarnye topik kali ni banyak nak cerita pasal barang-barang baby je kot..(mungkin orang yang baca rasa topik yang memboringkan! yeah..belog saye memang memboringkan)
~ sekian ~

ehhhh...ehhhh 

belum abis ni nak cite pasal barang baby nih..kehkeh

Cite kali ini, sebenarnye da lama membeli tapi xdan nak masuk dalam belog sebab line asik lembap jer..bengang jer rasa.

Masa ni off duty. bosan duk umah, ape lagi saye start keta "shomel" (bajet) saye, dan terus pi KB Mall, Kota Bharu / Tesco / Mydin Kubang Kerian..

Hamekk ko. sekali sekala kuar kan.semua pasaraya soping komplek nak terjah.padahal xbeli hape pung!

ehh ! ade kat KB Mall, jalan-jalan kat Pacific sekali tengok-tengok storagebox murah plaks!

ape lagi kasi pancing, tersangkut terus bawak masuk troli hokay..haha

Bukan apa, bile da pikir balik, sebab ape acik nak beli storage ni, sebab rasanya nanti boleh guna letak barang-barang baby. yela mestila nanti dan bersalin kat Seremban, so dari umah kelantan ni nak balik ke sana, pakai storage gini je sonang cite. xyah nak masuk-masuk beg. nanti dalam berpantang pun nak keluarkan jugak isi-isi baju dia kan.

Storage besa untuk baju | storage kecik untuk mitten+botties+cap
Bakul biru untuk brg mandian | storage bertingkat untuk ubatan+baby care

Storage omak ehh punye

Ini lah jadinya bile da bersusun..barang-barang lain belum beli lagik :)

Ok cukup alkisah storage..

Nanti kite sambung chapter 4 plak hokay 

Bye!

08 February 2013

~ Kisah Adik Adam ~

Salam Jumaat 

Harini tuan punye belog sedang dan dalam mood bercuti..yeehaaa!

So plan arini jumaat xkemana pun just lepak-lepak kat umah incik asben kat PD.
Sedang baca paper terlihat satu keratan akhbar mengenai kisah arwah adik adam syukri..pasti satu Malaysia tau pasal kes ni kan..


Dalam kite semua sedang bergembira..ada juga orang yang sedang diuji oleh Tuhan kan..Acik sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.semoga arwah tenang di sana..amin

Setiap ibu yang mengandung dan melahirkan pasti ingin lihat anak yang mereka kandung sihat sempurna dan normal seperti orang lain. Kadang-kadang apabila kite melihat rasa sudah tidak tertanggung tetapi bagaimana orang yang sedang menanggung dan menghadapi ujian dan dugaan itu kan..

Semoga ibu dan ayah Adam tabah. 
Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul
Tapi ibu dan ayah arwah Adam begitu tabah dan sabar.

Andai kata kalau kite berada di tempatnya, mampu kah kite menjadi setabahnya?

TUHAN MAHA KAYA
DIA tahu apa yang terbaik buat umatNya.Pasti ada hikmah di sebaliknya kan.

Sama-sama kite sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Adam.