border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

18 February 2013

~ Family Gatherings ~

Hai semua 

Arini baru rasa rilek dan dapatla update kejadian bercuti di malam hari pada 10/2/2013 aritu..kehkeh...bunyi macam hape jer kan..Pada CNY aritu, family sebelah mama saye buat family gatherings / family day...kesemua sedara mara pakcik makcik, cucu cicit balik ke kampung untuk berkumpul kecuali seorang makcik saya masih kursus di Jepun dan seorang lagi di Universiti xdapat balik..

So agenda yang diadakan pada malam tu sangat la best dan makan kenyang-kenyang. Sebelum tu, kesemua kami tahun ni sambut family day di rumah salah seorang makcik saye yang kebetulan rumah dia baru siap lepas pakcik saye telah ditukarkan di Malaysia kembali..sebelum ni dia menetap di Medan, Indonesia..So kire alang-alang berkumpul di rumah baru nye la konon..


kononnye kad undangan untuk kami semua sedara mara yang telah dipost dalam FB masing-masing

Acara dimulakan dengan solat maghrib berjemaah oleh semua sedara mara.penuh satu rumah almaklumlah adik beradik mama/ ipar duai/ sepupu sepapat/ cucu cicit  ramai..Orang luar yang kami jemput pun cuma Imam(nama panggilan) yang merupakan jiran(da macam sedara sendiri)  untuk mengimamkan majlis malam tu. Selesai solat maghrib, diikuti bacaan yasin / tahlil untuk arwah nenek dan doa selamat / kesejahteraan kami sekeluarga :)

Bermula la sukaneka pada malam itu. dimulakan dengan acara memotong kek oleh sesiapa sedara mara/ sepupu sepapat yang lahir pada bulan 1 dan 2..Maka, mereka ini lah orang-orang yang terpilih..kikiki


Sebelum memulakan sukaneka semua..ni la gambaran hadiah-hadiah untuk pemenang sukaneka dan cabutan bertuah 

Hadiah no 1/2/3 untuk kesemua sukaneka | Hamper tinggi utk ketua keluarga(atuk) sumbangan kutipan dari kesemua keluarga (adikberadik mama)

hadiah cabutan bertuah disponsor oleh setiap keluarga 3hadiah

Bilo da selesai rase sorang sikit kek tu, pengerusi majlis a.k.a tuan rumah iaitu Pak Uteh da bersiap sedia dengan pembesar suara dia memulakan acara. Sukaneka pertama dimulakan dengan pasangan suami isteri. dan sukaneka ini wajib ada setiap tahun bile diadakan family day..kekeke



SUKANEKA MUMIA

5 pasangan somi isteri turut serta. Suami dikehendaki membalut isteri nya meggunakan tisu gulung yang diberi. Siapa paling kemas dan teratur membalut isterinya dikire pemenang.

mama n ayah den pun join jgk  

begini la hasilnya

Keputusan : 
No 1 ~ Mak Jah dgn suami 
No 2 ~ Mak Ipah dgn suami
No 3 ~ Mak Uda dgn suami (xsangka omak den monang)hiihii

Apabila selesai sukaneka pertama, acara diselang selikan dengan cabutan bertuah. Cabutan bertuah dicabut oleh adikberadik (suami/isteri) mengikut turutan dan oleh cucu keluarga yang telah berkahwin.
Setiap adikberadik mama/cucu yang telah berkahwin yang telah membawa 3hadiah dikehendaki mencabut 3x iaitu dimulakan dengan Suami / Isteri / Anak Sulung. Macam acik ni hah bolum ada anak dapat 2x cabutan jerk. Hadiah selebihnya digunakan sebagai hadiah untuk sukaneka yang lain..hehee

Selepas itu diikuti dengan sukan kedua disertai oleh 5 orang peserta juga..Syarat pemain disertai oleh anak saudara Perempuan sahaja yer..Pemain dikehendaki menyusun puzzle dalam masa 5minit. Siapa yang menyusun puzzle paling lengkap itulah pemenang nyer :)

SUKANEKA MENYUSUN PUZZLE

yg tudung corak rimau kaler kelabu tu jurugambar je hokay..hehe..nak msuk tp penuh da kuota.

hah kan da ckp..smpai senget2 bdn dia amik gmbau

Keputusan:

No 1 ~ Anis ( Ank Makngah)
No 2 ~ Kakak ( Ank Imam )
No 3 ~ Farah ( Ank Mak Ipah)

So, sukaneka dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada cabutan bertuah dan makan-makan

tukang membakau incik asben dan kembar(sepupu) time awal2 jer..lepas tu baru sekali round bakar da menghilang.

Menu :
Ayam | Ikan | Udang Bakar
Satey Ayam | Daging
Nasi Putih
Kari Ayam
Sup Kosong
Buah Jambu batu 
Teh | Kopi

Selesai semua da kenyang dan sambil makan tengok sedara mara lain cabut hadiah bertuah..Sukaneka lain bermula. Kali ini, acara meniup belon oleh anak-anak sedara yang kecik-kecik. Masing- masing dikehendaki meniup belon sehingga pecah. 5 orang peserta jugak.

SUKANEKA TIUP BELON 

ready nak meniup da..hombusssss

Keputusan:
Acik xhengat sebab tengah melantak satey bercucuk kat bawah khemah..kekekee

Ok sambung bahagian 2 nanti yer...da malam ni apa kata kite membongkang dulu (buruk ehh perilaku)

bai









No comments:

Post a Comment