border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

28 February 2013

~ Jagalah aib kita ~

Assalamualaikum sayang :)

Lama rasanya xmenghudpate dalam belog usang ni kan..Lagi plak sekarang musim hujan di Kelantan..Musim banjir pun datang tanpa di undang..Merasa jugakla balik ke rumah naik lori sebab kereta xberani nak lalu jalan penuh air..

Alhamdulillah kerana Tuhan masih meminjamkan nyawa kepada saya untuk bernafas di dunia.
Sebenarnya saya rasa down jugakla bila di kelilingi dengan orang yang tidak menyenangi kita. Maksud saya bukan la saya seorang wanita/manusia yang sempurna tidak pernah bercakap tentang orang lain. Tapi kite selalu beringat, kadang-kadang orang selalu mencari kesalahan orang lain tapi tidak nampak akan kesalahan mereka.


Bila kita bercakap tentang orang lain, tidak mustahil orang lain akan menyelak kehidupan kita kan

Kadang-kadang apabila kita membuka aib orang, tapi tanpa kita sedari sebenarnya kita juga telah membuka aib kita sendiri malah menampakkan keburukan kita.

Jaga lah pertuturan kita..

1 benda kita bercakap tentang orang, tidak mustahil 10 orang akan bercakap tentang kita.

Dosa tak payahla cakap 
(sayebukanlaustazahuntukbercakapdosapahala)


Kadang-kadang apabila kite menyibuk/bercakap mengenai orang umpama satu perkara yang tak berfaedah plak kan..buat ape la kite sibuk hendak menjaja cerita tentang orang lain kepada orang lain sedangkan hal kita sendiri pun terumbang ambing.

pendek kata jaga la aib kita jangan sampai orang membuka/menyelak nya. Dan kita juga jangan la sibuk membuka aib orang sedangkan kita sendiri tau kehidupan kita tak tentu hala.

Pernah dengar tak orang tua cakap " Jangan cakap tentang orang lain, sedangkan kita pun belum tahu lagi dugaan kehidupan kita kelak bagaimana "


Yang ini pulak saye teringat akan kata-kata seorang sahabat saya
" Jika kita buka keaiban orang di dunia, di padang masyar nanti Allah akan bagi screen yang menayangkan keburukan kita. Bila kita di dunia, kite boleh malu dan wat-wat xtau, tapi bila di sana??Bagaimana  perasaan suami/emak/ayah/anak kita nanti apabila tahu keburukan kita.."

Ingatlah 
Bila kita menjaga rahsia / aib orang lain
Pasti Allah akan memelihara kita daripada dimalukan  kelak


Apabila kita mendengar orang bercakap tentang kita, ingatla perkataan ini
SABAR
pasti besar ganjaran kepada orang yang bersabar


Sentiasa la beristighfar di dalam hati supaya kita dijauhkan perkara seperti ini
Ingat lah di dalam hati, hidup ini tidak semudah yang disangkakan..Bukan semua orang menyenangi kita..dan bukan semua orang tidak sukakan kita.

Iya, saya mengaku kemungkinan saya ade terbuka aib orang lain, saya minta maaf. Mungkin saya termakan hasutan syaitan. Biasa lah kita manusia bukan lah sempurna kan..Sekurang-kurang nya  entri saya ini boleh dimanfaatkan. Adalah lebih baik kite tersedar akan keterlanjuran kita sekarang, dari sebelum pintu taubat telah tertutup :)

Akhir kata


Sekadar renungan dan ingatan untuk diri sendiri


Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri 

Salam :)








No comments:

Post a Comment