Hai cek mek molek...waaa da dekat sebulan saya bernikah ngan encik asben. So arini nak coret pasal Pulau Perhentian..Nak kata hanimun pun boleh nak kata gi berjalan boleh...kalau orang kelantan kata g derakk..haha!
Sebelum nak pegi tu da booking hotel Senja Bay.. Kalau nak tau pegi kat link ini:
Kitorang booking hotel yang 2nd level air cond dan dijangka check in 4/6/2012 dan da bayar deposit RM180..(1/2 dari harga bilik untuk 2 malam). Total amount yang kitorang kene bayar sepatutnya RM360 untuk 3 hari 2 malam.
Tetapi lepas da abis kenduri belah lelaki banyak sangat benda xsettle so kitorang tangguh kan untuk pergi 7/6/2012 sebab kalau xpergi langsung duit akan burn..so rasa macam sayang la plak kan...so kitorang pergi jugakla tengok2 walaupun semalaman.
Perjalanan dari Dungun kitorang kene pergi Jeti Kuala Besut ambik masa dalam 2jam lebh2 sikit ar..kitorang bawak keta pun slow n steady jerk..hehe
kat sini ok destinasi nya! :)
So bila sampai sini, kitorang pergi cari tiket bot dan parking kereta..Tapi masa sampai2 n macam tercari-cari parking, ada seorang mamat ni naik mtr tegur tanya nak ke Pulau ke?so kitorang pun cakap la haah so dorang yang bawakkan kitorang pergi beli tiket dan parking keta..so selamatla skit kan sbb parking berjaga dan ramai orang parking kat kawasan dia tapi macam biasa la kena bayar semalaman RM14..
Hah ni tiket bot kitorang. Harga tiket ni pergi sahaja RM 35..so pergi balik RM70 la kan..Dia bagi sekali tiket pergi balik dan bile nak balik cume bagitahu pihak hotel bila kita akan check out sebab dkt tiket da tulis da tarikh kita nak balik..so bot mmg akan datang amik..jgn risau :)
ini tiket botnya..kitorang amik dengan MD Travel
Sebelum nak naik bot, kita kena bayar tax dulu kat pintu masuk jeti..tax ni kire Caj Pemuliharaan. Harga dia RM5 setiap seorang..
Caj Pemuliharaan
Lepas tu kitorang pun cari-cari bot..So lega bila da naik bot apalagi eksaited mak jemah sbb baru first time orang kata..jakun sket..hahaha!Pengalaman naik bot dalam hati berdoa arap-arap xmabuk laut..so alhamdulillah mujur xmabok..1 bot yang kitorang nak ade sepasang mat saleh dan sorang mak n anak yang memang tinggal kat pulau tu katanya...
Masa kitorang nak berlepas masa tu dalam pukul 2 petang. Memandangkan hari yang kitorang pergi tu Hari Jumaat so bot berlepas lepas kul 2.30 petang..Apalagi kene menunggu la kejap.Tapi segala urusan beli tiket n tax sume dalam 2.15 petang da settle...dalam 10min je gitu menunggu baru blh naik bot.
Sebelum nak naik bot tu sempat la kitorang berdua enterprame muka kat kamera...Kalau kamera tu boleh cakap mesti dia kata nak muntah tengok muka kitorang asik bergambor jerk..haha
masa ni kat balai pelepasan Jeti Kuala Besut
Cube korang tengok gambar laki haku tangkap ni...
Pic 1 - xsenonoh gambar terkangkang mcm tuh
Pic 2 - hehe...kan ayu mak jemah gitu..aww!
Asik muke haku je enterprame kan..mesti nak muntah tengok..haha..Da tu laki den diajak bergambar xnak..malu kata..malu taik kucing hang! Tapi ade jugak gambar dia kan kan..
ini dia muka encik asben Muhamad Suhaimi..
gambar kami together- gether..haha!
Ok da puas bergambau kat jeti sebelum berlepas...ni da tiba kitorang nak naik bot...apa lagi muke eksaited terlajak ar...Yahooo Pulau Perhentian i'm coming!!!!
Ce korang tgk gambar ni..cekedoutt
bukan bot ni tau! saje nak enterprame bot bertutup mcm nih..kahkah
Hah ini baru betul botnya ya kawan-kawan!
muka kat atas ni memang mintak penampor...hahahaha
sila lempang saya laju2
muke seposen dia :)
Bila da naik bot kene lah pakai jaket keselematan..Lepas da pakai tu bermula perjalanan menuju ke Pulau Perhentian..Masa nak pergi tu ade makcik tu cakap jangan duk dekat depan bot tkt xbiase naik melambung kang lepas tu pening sebab ombak kuat..So kitorang pun pindah duduk belakang dekat sebelah tempat driver bot..
Sepanjang perjalanan, saye menghayati keindahan alam ciptaan Allah swt...SUBHANALLAH..
Indah!
Mula-mula pergi air laut biase lagi..Sampai dekat tengah-tengah laut encik asben bisik kat telinga dia kata laut dalam ni..Pastu dengan muke cam cipanzi tanya balik kat dia sebab xpaham...macam mana abang tahu?? Tuuuuu..(sambil tunjuk kat laut) air warna biru pekat tu kan..Pastu cakap oooooooooo...dalam hati risau jugak kan..Masa ni nak amik gambar laut tu tapi bot melambung2..sempat amik gambar walaupun xberapa clear kat dalam kamera :(
Ni gambar nya :-)
Pic 1 - di tengah lautan
Pic 2 - air laut biru (xberapa clear)
Pic 3 - Tuu pulau..seeeee :)))
Ok abis satu chapter...nanti saye update entri lain plak : Chapter 2 - Apabila samapi di Pulau Perhentian..hehe..Tunggu yawww!
ok bai
No comments:
Post a Comment