Hai semua...arini rasa mcm nak update cerita di sebalik tabir kenduri kita aritu...nikah 26/5/2012..Sanding 27/5/2012..So nak cerita la di sebalik apa yang terjadi di belakang tirai kenduri..haha
Hari jumaat lagi 25/05/2012 da start pasang khemah dan pelamin..sebab pelamin bawah khemah so terpaksa dua-dua pasang sekali gus kan...Pada mulanya khenah cume ada 8 jer...1 standby depan rumah dan yang lain-lan untuk orang ramai...Tapi di sebabkan orang katering tu pun xkisah kitorang nak berapa khemah pun so die bg kitorang 13 khemah...Tapi 2 khemah kecik dan yang lain khemah biasa..Ni senarai
1 - khemah Arabian - khemah arabian ni khas untuk pelamin sahaja..sebab dia ada stage untuk letakkan pelamin nanti..
1 - khemah biasa - untuk meja makan beradap1 - khemah depan rumah tanpa meja dan kerusi..untuk khas untuk depan rumah standby la mana tau hujan..
2 - khemah biasa - kerusi dan meja di susun memanjang khas untuk saudara mara..sebab kat situ la mak n ayah saya akan berdiri sambut tetamu..
2 - khemah kecil - untuk letak periuk dan pihak katering nak sediakan lauk-lauk dan deejay
6 - khemah biasa - untuk para tetamu / VIP
Ok cukupla..Tapi nak dijadikan cerita tema kitorang sepatutnya MERAH HITAM PUTIH..Tapi bile pihak katering da pasang-pasang siap dan susun atur meja kerusi sume baru perasan yang khemah kitorang tu da mcm-mcm kaler ade..Lelangit kaler kuning..Merah ade la sikit-sikit...Tapi yang lilit dekat tang khemah tu warna putih n hitam..sekali tengok da macam tema HITAM PUTIH la plak...tapi apa bleh buat kan..xpela janji ok boleh duduk makan ALHAMDULILLAH...
Nak tengok x gambar-gambar ? nah gi tengok gi..hehe..
ini khemah VIP..kerusi bersarung.
Pic dekat meja VIP
Ni khemah meja makan beradap...semua nye disediakan oleh pihak katering...
Hah cube korang tengok betapa warna warni nya khemah-khemah kitorang..Lelangit kuning..merah ade la jugak alas-alas meja tu kan...yang kat tiang khemah tu hitam putih..haha
Ni meja makan beradap temasuk meja kek..kek pun disponsor oleh pihak katering :0
Gambar bawah ni meja untuk orang ramai..kesemua nya saya pakai meja bulat..Nampak x sebelah kiri..ada 1 khemah kecik..Hah yang tu untuk pihak katering sediakan lauk
Gambaran khemah meja orang ramai
Gambaran meja untuk lauk dan nasi
Pic 1- tempat lauk-lauk untuk orang ramai...secara bufet la kan..
Pic 2 - yang ni meja untuk orang ramai...kami guna kerusi meja bulat..
Tang tang taaaa...Ini lah pelamin saya :)))
Lagi pelaminku
Alkisahnya pelamin saya sepatutnya bertiang bulat.. Tapi bila sampai dan siap pasang jenis empat segi..tapi xpela kan..mana-mana sama jer janji patern dia xlari..
Brader duorang nih bukan nak wat show ke hape ke...Tapi dorang ni bukak ala-ala gerai kat tepi khemah kitorang..Ayah saya memang da tempah dengan brader-brader nih untuk sediakan minuman cendol untuk orang ramai..laku sangat dorang punya cendol nih even saya bukan sorg peminat cendol..Al maklumla tengahari panas-panas ramai la makan cendol dorang lepas makan nasi..kire pencuci mulut sampingan orang kata :)
Ni khemah deejay..Khemah ni kecik sikit..Ops yang tu banner kitorang...Tapi xberapa nak nampak kepala sebab xtegang dan ditutupi oleh kain kat khemah tu..huhu..sedihhh
Ini pintu gerbang kitorang..ambik sekali ngan pelamin sume..comel sangat kan..Bunting xberapa nampak sangat la..nnt kite upload lain..hehe
Ini cenderahati yang kitorang sediakan untuk orang ramai. Ala kadar je ya :)
Ok cukup kot..Gmbar yang lain plak.. Lepas da selesai majlis kenduri sanding bagai..lega da selamat semua nya..oh lupe Menteri Besar Negeri Sembilan pun ada datang jugak..Mula-mula PA dia datang bagitahu yang MB xdapat hadir sebab ada urusan lain..tapi lepas kitorang sanding tup-tup ada 1 kereta datang..Keluar-keluar rupanya MB..Terima kasih Dato' Seri sebab hadir ke majlis kami..Syukran2..
Bunga YAB MB Negeri Sembilan bagi..tenkiu Dato' Seri
Gambar kenangan bersama MB with mak ayah
Hah da abis berpenat lelah bersanding bagai..apalagi tugasan muncul lah..haha..basuh pnggan time..Mujur xbanyak pinggan yang kitorang kena basuh sebab pakai katering..Sekejap je da settle..
Mekap pun xbuang lagi..da abis cuci pinggan baru mandi..
Mandi pun xsempat lagi sebab ada member datang...alih-alih member balik..tengok saudara-saudara semua da berkumpul suruh kitorang bukak hadiah...so duduk la bukak hadah satu persatu..so kesian plak dorang da berpenat tunggu..kitorang pun bukak la..Dan xlupe pada yang bagi hadiah...TERIMA KASIH sangat2..
Sesi bukak hadiah
Bagi-bagi hadiah ngan encik suami..cepat sikit abis..
Ini lah hadiah-hadiah yang kitorang dapat..thanks ya!
ada jugak orang bagi buku...haha..awww sweet tq ya.
abis la cerita kita di sebalk tabir..yang mana gambar-gambar bersanding nanti kita update lain..Terima kasih pada semua yang datang yang bertungkus lumus dan menjayakan majlis...semoga Allah membalas budi kalian..TENKIU :)
assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment