Assalammualaikum..
conngg conng ceengg...congg congg cengg
Sempena Cuti Raya Cina, along acik ajak jenjalan..so kitorang plan nak pi jejauh sikit memandangkan cuti raya cina 3 hari kan....tapi tak tau dan takde idea nak pi mana.
Memula pikir kalau kita p Melaka mesti jem gilaa..yelah cuti umum mesti ramai orang. Kitorang da terkena tahun lepas raya cina pi jalan area Bandaraya Melaka..
jem sampai kebas punggung -------- Last balik --------- Penat dalam keta je
(biasalah Melaka jela tempat fav sebab dekat sikit dan tak banyak modal nak keluar jenjalan)
Pikir punya pikir last minit kitorang plan pi Melaka la jugak tapi kali ni berkurung je dalam hotel n mandi pool. Jadi takpayah keluar mengharung jem.
Sampai sana awal sebab kitorang tolak dari Seremban pukul 11pagi sebab konon konon takut sampai lewat jem..Tapi tersampai awal la plak (macam jauh Seremban - Melaka) haha..Check in jam 3 petang, so awal lagi dalam pukul 12 lebih kitorang p Tesco dulu beli barang makan macam roti dan segala macam kudapan lah.
Selpie anak-anak duluan dongg
ok ni dekat Lobi Hotel sementara tunggu dapat kunci bilik
Apa yang menarik kat Pines Hotel ni pool die air bergaram. Kebanyakan hotel yang ada swimming pool dia air biasa kan. Tapi yang ni macam mandi laut..
Iyan masuk sekejap je. Sebab die banyak kali tertelan air..pastu duk uweek uweekkk..haha..
Last xmau mandi..main dekat playground dan berguling kat rumput karpet sebelah pool jer.
ohh yeah! sempena raya cina jugak kitorang check in, buka pintu dapat angpau dari Pihak Hotel dan limau 2 biji..untung laaaaaaa
Siap bawak periuk nasi kecik n bebola ikan nak buat sup untuk masak malam tu.
Jadi tak perlu keluar susah payah. Bawak siap sambal garing.
haha settle...semua laju je makan malam pekena nasi panas
ok ni pool dia..pemandangan cantik..Boleh tengok cruise jalan bawah tu
Walaupun katil 1 jer tapi kitorang pi semua tido atas, takde tido kat lantai..haha.
Sebab bilik die besar jugaklah. Ada 1 sofa bed untuk along acik..Satu lagi kerusi 2 laci bawah tv kitorang tolak sebelah katil (walaupun kerusi tapi ada kusyen tebal atasnye) untuk Cik Yah tido.
Selesa gak lah.
sekian saja. selamat bercuti.
No comments:
Post a Comment