Assalamualaikum
alhamdulillah syukur
Ni cerite beberapa hari lalu..Alkisah kunci rumah kitorang da dapat..
Syukur.Lepas ni boleh duduk rumah sendiri dah..
Sebelum nak dapatkan rumah ni da macam2 halangan da kitorang tempuh.
Ada benda yang terpaksa kitorang lepaskan..Ade perkara yang terpaksa kitorang hadap.
perghh memang seksa..
so da tutup cerite sedih2 kite kongsi cerite gembira jelah kan..akhirnya dapat jugak kunci rumah ni.
Bukan lah niat nak menunjuk ke hape ni..Tapi cume nak pahatkan memori ni dalam belog usang ni betapa susahnye nak dapat rumah ni..Tapi syukur Alhamdulillah dipermudahkan.
Rumah ni masa incik asben beli harga die rm283 999..Tapi kerana dapur rumah yang sangatlah kecik jadi incik asben buat loan lebih tuk renovate sikit rumah ni..
Rumah ni kitorang kena penalti dekat 1K lebih..sedih bukan salah kitorang lembap dan lambat tu tapi nak wat mcm ne kene bayar jugak..haishhhh..keluasan rumah ni 22x80..tanah pun ade sekangkang kera je depan rumah tu..yang lain semua telah disimen..Kalau kire2 depan garaj rumah ni boleh masuk 4 buah kereta..
Rumah ni ade 4 bilik 3 bilik air..Yang bestnye dekat master bedroom bilik air die dinding separuh cermin..jadi kalau orang mandi boleh skodeng gitu je..kahkahkah..tapi nanti acik letak bidai la kot..gila nak togel gitu..hahaha
Ya! Luar nampak luas tapi dalam agak sempit sikit..Nanti acik tunjuk eh dapur dia..Dan kitorang pun berangan sebelum pencen kalau kewangan dan gaji acik da stabil..acik akan buat loan plak tuk renovate bahagian luar nak pecahkan ruang tamu bagi luas lepastu nak buat beranda atas...tapi buat sementara ni lupakan dulu la kan..Yang ni pun syukur dah asal boleh berteduh kami 4 beranak.
so inila yang dikatakan rumah kami syurga kami..
Terima Kasih Allah atas pinjaman nikmat di dunia ni..
Gambar Luar Rumah
Gambar Dalam Rumah Tingkat Bawah
Ni bahagian dapur..Sinki betul2 depan bilik air..so kitorang plan untuk pecahkan pintu ni dan sambung ke belakang terus..
Gambar ruang atas takde plak..tp ruang atas ade hall tuk family dan 3 bilik..nanti lepas renovation la baru amik gambar..hehe
InsyaAllah next week baru jalan keje renovation..so harap2 okla..sebab kitorang renovate dapur je..yang lain xusik sebab bajet nan hadoo..kekeke
rumahku syurgaku k bai
salam
No comments:
Post a Comment