border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

20 April 2014

~ Pengasuh si anak ~

Assalamualaikum :)

Apa habaq semua..baik ka?

haha!mentang-mentang baru balik kedah tu ari kan lidah pung tergeliat cakap utagha..tu diaa aihhh

Rasa dekat seminggu lebih dah acik balik dari kedah..tapi masih teringat2 memori di sana..kalau ade rezeki insyaAllah nak ke sana lagi sebab rasa banyak lagi tempat kat Kedah yang best2 xsempat nak pergi..yela da nama pergi keje tapi dalam masa tu nak makan angin..mana la sempat kan.

hari ni sebenarnya nak cite sambungan pasal pengasuh Cik Yah aritu..ingat tak ingat tak..
Dah lama nak cerita tapi asik tak berkesempatan.

Lepas da beberapa orang acik tanya sapa yang sanggup jaga permata hati beta ni..
adalah sebuah keluarga ni..kira dia ni belakang rumah acik je..Acik panggil dia Kakak Gee..Suami dia sama2 kerja dengan acik sebenarnya..Dia ada anak lelaki sorang da besar jugakla..rasa dalam 3thn..Dorang 1 keluarga orang Sabah..Kak Gee ade bagitahu jugak kat acik dia sebenarnya da lama nak anak lagi memandangkan anak sulung dia da besar..tapi rezeki belum menyebelahi dia. Dia bagitahu dia tak kisah jaga Suffiyah sebab suami dia bagitahu mana tahu jaga anak orang boleh lekat dan sambil2 tu ade rezeki utk kitorang plak pindah balik Negeri Sembilan.
(Korang-korang yang terbaca ni tolong doakan rezeki utk dia pregnant lagi eh)

Minggu pertama masa anta Suffiyah kat rumah dia memang Cik Yah ni menangis je tak mau..yela al maklum la masa tu dia kan da kenal orang..asal bagi je nangis meraung..acik gi keje..Tak tahulah camne Kak Gee ni pujuk dia..mesti jenuh memujuk budak sorang ni..tapi anak dia ada bolehla kot buat2 kawan kan..

Da hari2 hantar rumah Kak Gee..lama2 da biasa..da xkisah..tapi masuk minggu kedua bukan Cik Yah yang nangis. Tapi anak lelaki dia yang menangis meraung menggigit mak dia..sebab tak kasi orang amik 'adik' dia..haha..bab ni kelakar..budak2 kan..sayang sungguh plak dia pada adik dia nih.

Sampai kan satu hari acik amik Cik Yah lepas habis keje pukul 11mlm..dorang terpaksa bawak naik kereta pusing sampai 3kali sebab si abang suh umie dia amik adik..kesian sangat2...tapi nak wat camna abang..lama kelamaan ok jer..sampai sekarang ni ada masa2 dia si abang akan merajuk menangis sebab amik adik dia..ikut mood sebenarnya.


Ni plak antara perkembangan Cik Yah..bila ada kawan jadi cepat je belaja kan


Sepanjang kak G mengasuh setakat ni semua ok..basuh baju makan pakai ok je dia uruskan..Bukan nak cakap pengasuh2 lain tak okey..setakat ni da berapa orang jaga Cik Yah semua ok2...kalau bab melayan Cik Yah semua ok..dari pengasuh yang pertama lagi semua layan dengan baik...dorang paham yang acik uruskan semua nya sendiri..Jadi bila time keje syif petang dorang terpaksa layan Cik Yah waktu petang tu sampai ke malam semata taknak bagi budak ni tido..Dorang kata kalau da tido di rumah pengasuh nanti balik xtido..so acik sangat2 berterima kasih semua yang penah jaga Suffiyah..

Harapnya lepas ni adalah rezeki untuk pindah ke Negeri Sembilan duduk dekat dengan suami dan keluarga sendiri..dan adelah rezeki untuk Kak Gee mengandung plak..

tolong doakan ye kawan2

Salam :)





No comments:

Post a Comment