border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

21 January 2014

~ Tuhanku..permudahkanlah urusanku ~

Assalamualaikum...

Ya Tuhanku..Dugaan apakah yang menimpaku..

Bersabar lah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Sedih yang amat.hati hancur luluh bila setelah sekian lama kita mengharapkan sesuatu berjalan dengan sempurna..

Saye berkahwin pada 26/5/2012..Start dari bergelar Puan..tidak pernah rasa perasaan dan tanggungjawab isteri sepenuhnya..

bulan 10/2012 mula buat pertukaran mengikut suami ke Negeri Sembilan..hampir dekat 5 bulan baru isi sebab baru dpt Sijil Nikah. Setelah hampir 5bulan menunggu permohonan tersekat di peringkat kedua. Bila bertanya kenapa xbergerak/disokong berpunca dari kerani tersilap menghantar sokongan mengikut peringkat Jawatan.

Batalkan permohonan ketika mengandung 8bulan.Tuhan yang tahu betapa susahnye menjalani kehidupan seorang diri di perantauan tanpa bantuan suami mahupun keluarga. jatuh pengsan pitam muntah semua mintak pertolongan kawan-kawan.Mujur masih ade kawan yang prihatin.

Bulan 3/2013 buat permohonan yang kali kedua. Alhamdulillah disokong mengikut peringkat ke peringkat. Itu pun usaha sendiri sebelum cuti bersalin. Puas telefon pihak2 atasan untuk menyokong permohonan mengikut suami. Sehingga la cuti bersalin 3bulan. Dapat tahu tersangkut di peringkat ke4. Cuma tinggal lagi 1 peringkat akhir..Tapi belum ade rezeki. Alasan tidak disokong kerana kekurangan anggota di Kontingen.. Ya tuhan..

Tuhan  juga tahu betapa remuk hati bakal menguruskan keperluan anak sendiri tanpa sesiapa.Kuatkan hati kuatkan mental untuk memberi segala keperluan yang terbaik untuk Amanah Allah kepadaku. Saye minta kebajikan untuk tidak dimasukkan syif malam bekerja sebab bila masuk malam abis kerja waktu pagi. Ambik anak rumah pengasuh dan berjaga/mengawasi anak di siang hari dan xnak tido(sebab da tido malam) dan sy korbankan masa tidur akn masuk plak syif petang. Fokus bekerja akan hilang..fokus memandu ke tempat kerja hilang..tapi apabila rakan sekerja lain xpernah paham yang kita uruskan sendirian mereka menuduh mengata yang kita kerja senang..Tidak aku cuma mahukan kebajikan..hanye lah kebajikan.Jikalau kau berada di tempatku...belum tentu dikau mampu untuk berkorban sebegitu.

dalam pada tau permohonan tidak diluluskan..saye berusaha untuk menelefon pihak atasan setiap bulan untuk bertanyakan status..Sehinggakan pihak atasan meminta saya menunggu sehingga pembekuan pertukaran cair. Tidak perlu batalkan permohonan. Alhamdulillah harapan moga ade sinar kebahagian. Bukan sekali bukan 2x telefon malah sampai di sindir oleh pihak atasan "awak xade kabel ker"

Bagi saye..pertukaran saya mengikut suami..sepatutnya didahulukan.Tetapi yang saya tengok permohonan orang yang nak balik ke tempat yang dimahukan senang je lulus.
DIMANAKAH KEBAJIKAN PIHAK TUAN???

Saye juga pernah terdengar suara oleh kawan-kawan.."ape susah kau hulur je gerenti cepat"
senang nye orang yang bercakap ni kan..ye! cakap guna air liur sendiri tak perlu bayar apa-apa
 
saye da usaha..menunggu berbulan tetapi apa yang dapat??

Sambung cerita bila da tahu permohonan tidak disokong tapi apabila tanye pihak atasan bercakap dengan kerani2 pertukaran mereka kata xperlu batalkan.

2hari yang lepas..dapat panggilan dari kerani jugak.dia kata permohonan tu boleh batalkan sebab alasan:
1~ masukkan lampiran surat dari jabatan suami yang mengatakan suami xboleh ikut isteri
2 ~ masukkan surat beranak anak
3 ~ saya budak baru jd payah nak tukar.

Bila dapat tahu rasa nak menjerit mengamuk menangis. KENAPA SETELAH HAMPIR SETAHUN LEBIH AKU MENUNGGU KENAPA BARU SEKARANG KAU MINTA SEMUA ITU..
Ya Tuhan..memang agaknye selama ni engkau semua buat kerja menganiya orang..sebab bukan engkau yang duduk berjauhan dengan suami mahupun anak..setiap bulan saye call check status kenapa xbgtau kata kene buat semula..Kenapa kau bagi alasan yang tak munasabah. SETELAH SETAHUN LEBIH AKU MENUNGGU SESUATU YANG SIA-SIA.

saye cume memohon supaya kebajikan kami dijaga.

21/01/2014 permohonan kali ketiga dibuat dengan hati yang penuh amarah sakit hati terkilan hancur menunggu benda yang sia2..Permohonan ketiga menunggu untuk disokong peringkat 2..moga kali ini dipermudahkan..

 kepada yang membaca blog saye supaya mendoakan agar dipermudahkan pertukaran saye pada kali ini. 

TUHAN MAHA MENGETAHUI

mungkin saye lalai dengan duniawi..Dia turunkan dugaan agar saya menangis mengadu padaNya dan supaya dekat denganNya.

No comments:

Post a Comment