Assalamualaikum :) Selamat pagi.
Moga hari-hari kita ceria hendaknya. Dan segalanya dipermudahkan
Lately, memang cerita pasal si anak si anak dan si anak. siapa lagi??
Suffiyah Nur Iman
Kalau silent readers yang da muak mendengar cerita hidup kami ni, bukak dan sila tutup ye..sebab blog ni acik buat khas untuk cerita kisah hidup acik. Mana tau kan nanti Suffiyah da besar dia lak boleh baca apa yang ibu dia mengarut-mengarut kat sini. hehehe
Memandangkan kami hanya tinggal 2 beranak jer dekat Kuala Krai nih, itu pun mujur ada anak-anak jiran yang sangat comel dan petah. Selalu datang masuk rumah tanya baby pia mana???
ohh anak-anak ini. Dari sebelum saya kawen , dah berkawen, mengandung dan bersalin
Mereka ini lah yang sering mengunjung menziarahi memakan dan menyepahkan rumah saya.
Tapi saya tak kisah. Sebab mereka ini lah yang menceriakan hidup saya dengan mulut yang petah.
Bila ada baby plak kat rumah, lagi lah selalu datang siang malam pagi petang, memang pintu tak berkunci. pandai je masuk rumah. Nak main dengan baby pia. Yang si boss kecik ni plak xmarah diam jer bila kawan-kawan dia yang lain datang main dengan dia. suka plak tuh! senyum sampai ke telinga. Cube kalau orang besar yang dukung dan agah dia, berkerut-kerut lah dahi dia memandang dengan penuh blur.
Hai paham sangat la dia kawan-kawan dia yang sama ngan dia. Bila kawan-kawan dia balik, pandai pulak die bising ooo eekkk oooo ekkk gelisah boring agaknya! ahaks ! kadang -kadang tengok macam kelakar plak.
Semoga mereka-meraka ini terus berkawan sampai bila-bila!
Love u all sayangs!
No comments:
Post a Comment