border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

30 September 2013

~ Mainan Baru ~

Assalamualaikum :)

Dah lama sebenarnya nak update ceghita baru tapi asik tidak kesampaian...sobsob..Dan cerita ni da lapok kot..ngeeee

Memandangkan kami berdua jerk tinggal kat Kuala Krai nih, so bila time si budak kecik ni tido dapatlah acik membuat kerja rumah secara marathon...Kalau tak, memang kena mengadap Suffiyah je la.Tak jadik satu keje. 

So, dalam pada sebelum tido tu, main intenet jadi berangan-berangan kalau lah boleh dapatkan 1 mainan untuk alih perhatian dia dan buat dia leka. so acik berkenaaaannnnn (xyah la over sgt!) sangat kat Playgym baby..

iyeee yang begini begini tu..adoii comel kan

Tapi bila dipikir-pikir benda ni dia baring dan boleh main masa baby je..nanti kalau dia da besa sikit da xboleh nak baring bawah tu..sebab nampak macam sempit kan..

so google dan tertarik menarik dekat mainan macam ni tapi plastik punye..ohh yeahh!

lalu mengorder dan membank in dan menyampai (pening @_@)..ngeeee

Tadaaa daaa daaaa

Masa barang sampai kat tempat keja dan bawak balik rumah. baringkan budak kecik nih...pi salin baju keja dulu...tengok-tengok dia da eksaited kau! Bila orang sibuk bukak n nak pasangkan dia pun sibuk jugak menolong..heee

Hah! tengok lah nih


\







Bila da ade bende alah nih, dia asik nak capai dan main jer..so sekurang-kurang nya boleh lah leka kan dia sekejap bila mana saya pi sembahyang atau mandi.

senonok nonok la tuh kan kan kan...

ok jumpe lagi sayang2



24 September 2013

~ Marathon Demam?? ~

Asssalamualaikum :)

Sihat ke u olss...strrrtt strrttt..ok tajuk di atas pun da menggambarkan tuan tanah kedaung sedang dilanda demam..uhuk uhuk

Mula-mula boss kecik yang mula demam dulu gara-gara terkena tempias hujan masa amik dia balik dari keje..masa tu ujan lebat sangat..da tutup kepala dia dengan selimut dan pakai payung..tp da nak demam nak wat mcm ne kan..

Kesian sangat kalau time dia demam..sangat-sangat kesian.. Yela baby kecik tu hingus meleleh pun dia bukan reti sedut.. Tau-tau hingus meleleh je sampai ke mulut dannnnn slurppp..(eeeiii hahaha!)

Lepas dia da baik demam tinggal batuk dan selsema, kemudian berjangkit dekat ibunya..ohh yeah!

Sangat menguji ketahanan hokey!

Nasib baik time demam tu time off day kerja. Kalau x memang absent terus lah!. Tak boleh nak drive keluar langsung. Bangun pun gagahkan diri untuk buat susu si Suffiyah jer. Lepas tu pandai-pandai suffiyah meniarap main atau tido sendiri. kesian sangat ke dia. :-(

Sehingga ke hari ini..da 4 hari tinggal batuk selsema dan sakit kepala. Tak boleh nak tengok benda-benda bercahaya nih..aiii menangkap ke kepala rasanya. Tak pernah lagi demam gini. 

Sekarang da ok sikit gagah jugak lah pergi keje. Malas nak amik MC..Karang ramai plak yang memerli. Meluat tahap cipan da rasa.ok tu malas nak komen bebanyak. 

sekian doa kan sy kembali sihat segar dan bertenaga..ohh yeah!

salam :)

05 September 2013

~ Cik Yah Meniarap ~

Assalamualaikum u olss

Berkesempatan hari ini untuk menaip laju-laju..kehkeh..ekceli, acik tongah keje. bosan-bosan boleh plak bukak blog ni dan menaip lah coretan sepukul dua..hehe

rindu kat acik tak..rindu kat Suffiyah x..ok perasan sila lempang laju-laju jugak!

rindu kat incik asben x? ohhb itu tak boleh...hehe.. Saya dan anak je rindu kat dia rindu serindu rindunya...

** bluarwafff nak muntah lettew! Tak boleh tau tengok kite nak jiwang jiwang sikit..hakhakhak

Perkembangan yang terbaru..hmmm Start 3bulan lebih lagi Boss kecik tu da boleh meniarap..terkejut jugak!
Sebelum ni dia cuba-cuba dan cuba untuk meniarap tapi tak boleh sebab maybe tubuh dia berat lagi, tapi mengiring ke kiri dan kanan laju.xyah disuruh.

Dan..

Pada suatu malam ketika balik dari makan, bukak pintu dan masuk letakkan piya di atas tilam nipis dia..eceh! macam cite seram plak..

Last-last die menggolek menggelek tergolek dan tertiarap!

Cepat-cepat ibu dia sambar henpon lalu mengambil gambar..click click click..


step 1 : Mengiring


Step 2 : Cubaan meniarap sambil angkat kepala dan mulut bising

Step 3 : Terlangkup tergolek tapi senyum you!


Step 4 : Bila da banyak kali cuba Akhirnya!

Penat meniarap akhirnya ketidoran..Masa ni ibu dia baru abis solat Isyak. Senyap je si anak ni. Ingatkan dok buat apa. Sekali rupanya da tidor



Masa pertama kali cubaan piya meniarap masa ni kepala dia berat lagi. Bila panggil pun die jelingkan mata je pandang kat ibu dia.. bila da banyak kali cubaan sehingga sekarang kepala da boleh angkat dah!

Tak caya? Tengok nih 




Setakat ini, itu jela perkembangan suffiyah. go go piya!

Bai :)







01 September 2013

~ Kawan baru si anak ~

Assalamualaikum :) Selamat pagi. 

Moga hari-hari kita ceria hendaknya. Dan segalanya dipermudahkan 

Lately, memang cerita pasal si anak si anak dan si anak. siapa lagi??

Suffiyah Nur Iman 

Kalau silent readers yang da muak mendengar cerita hidup kami ni, bukak dan sila tutup ye..sebab blog ni acik buat khas untuk cerita kisah hidup acik. Mana tau kan nanti Suffiyah da besar dia lak boleh baca apa yang ibu dia mengarut-mengarut kat sini. hehehe

Memandangkan kami hanya tinggal 2 beranak jer dekat Kuala Krai nih, itu pun mujur ada anak-anak jiran yang sangat comel dan petah. Selalu datang masuk rumah tanya baby pia mana???

ohh anak-anak ini. Dari sebelum saya kawen , dah berkawen, mengandung dan bersalin

Mereka ini lah yang sering mengunjung menziarahi memakan dan menyepahkan rumah saya.

Tapi saya tak kisah. Sebab mereka ini lah yang menceriakan hidup saya dengan mulut yang petah. 

Bila ada baby plak kat rumah, lagi lah selalu datang siang malam pagi petang, memang pintu tak berkunci. pandai je masuk rumah. Nak main dengan baby pia. Yang si boss kecik ni plak xmarah diam jer bila kawan-kawan dia yang lain datang main dengan dia. suka plak tuh! senyum sampai ke telinga. Cube kalau orang besar yang dukung dan agah dia, berkerut-kerut lah dahi dia memandang dengan penuh blur. 

Hai paham sangat la dia kawan-kawan dia yang sama ngan dia. Bila kawan-kawan dia balik, pandai pulak die bising ooo eekkk oooo ekkk gelisah boring agaknya! ahaks ! kadang -kadang tengok macam kelakar plak.







Semoga mereka-meraka ini terus berkawan sampai bila-bila!

Love u all sayangs!