border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

13 August 2013

~ Yeay Syawal datang lagi ~

sobsob sedih :(

Napa??

Kerana Ramadhan akan berlalu dan Syawal menjelma. Belum puas beribadah dalam bulan Ramadhan (bila mengenangkan banyak dosa kita yang kita sedari dan tidak sedari)

Harap Ramadhan tahun depan masih ada buatku untuk beribadah kerana Allah swt.

Ops! masuk-masuk da emo kan kan kan...

Oklah mari hepi - hepi dan hepi

Bulan ramadhan berlalu sekejap je rasanya..Pejam celik pejam celik da masuk bulan syawal. Kami dua beranak di  Kuala Krai nih macam biase. Takde apa-apa yang menarik. Baju raya pun tak beli lagi sebab gerenti keje pada hari raya. So decided beli baju nanti-nanti bila papa Suffiyah balik

Dan nak dijadikan cerita dalam blog nih..Petang raya tu kami kat umah macam biase jer..lepak-lepak sekali papa suffiyah mesej cakap nanti tunggu dekat rumah. abg nak balik.

Ehhhhh??biar betul papa balik nih

Rupenya incik asben dah dapat kelepasan tugas sebab operasi Ops Ramadhan dulu..dan sekali gus ejas keje tuk sehari..sanggup plak incik asben nak balik biarpun off sehari jer.

Petang tu jugak kitorang balik kampung incik asben di Dungun Terengganu. Ok 1st time beraya dengan family mertua. Suasana raya di Pantai Timur dengan family sebelah acik sangat berbeza lagi-lagi dari segi juadah hari raya. Bila hari raya kami ada ketupat lemang rendang lontong kuah kacang..(ohhh sedapnya)

Tapi bila di Pantai Timur pegi mana-mana rumah di sana tak kisahlah rumah sedara mara, kebanyakan nya menghidangkan Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Dalca atau pun Nasi Dagang dan Pulut kuning..

Bila pagi raya tu memang belasah nasi minyak jela..nak cari ketupat sangat-sangat susah..Dah la memang mengidam nak makan..Lama kot tak makan ketupat dan kuah kacang lagi-lagi feeling hari raya gitew!

Kami duduk kat Dungun pun tak lama sebab acik keje petang Hari raya pertama tuh. So dapat balik sekejap salam cium tangan emak ayah suami pun da kira Alhamdulillah :)

Lepas sembahyang raya dan makan-makan tu, kami pun bertolak balik ke Kuala Krai. Malam tu incik asben pun bertolak balik ke Port Dickson.

Gambar pun xbanyak. Lagi-lagi gambar kami sekeluarga memang xdak. sebab masa tu sibuk tengah open house. Yang ada gambar pun dalam kamera adik ipar. Xsempat nak amik. Gambar dari kami berdua sempat rakam masa incik asben tengah mandi sebelum balik KK

Si Suffiyah pun sempat pakai baju gaun jer..Bila cari baju kurung baby di KK ni sume besa-besa dan jenis kain panas. Bila cakap dengan incik asben dia cakap nanti la kita cari bia pakai sedondon dan amik gambar. Jadi nya, tak beli lah dulu baju raya tahun nih. Tup-tup balik plak dia. So pakai baju biasa-biasa je lah.
Ibu janji nanti ibu belikan baju kurung untuk Ya ehh..hehehe





air liur meleleh hokay!

Pendek kata akhir cerita penutup entri ni

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Maaf dan halalkan kalau ade yang terguris terhiris termakan terambil bagi sesapa yang mengenali saya. 

No comments:

Post a Comment