border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

29 August 2013

~ Suffiyah Demam ! ~

Alhamdulillah genap lah hari ni 4 bulan Suffiyah Nur Iman hidup di bumi Allah swt

Semoga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki anakku :)

So kebetulan papa Suffiyah ada kat rumah sebab pergerakan hantar pegawai kursus di Kota Bharu. boleh lah duduk 5 hari 4 malam di rumah. Syukur. Nak dapat cuti memang xde lah sebab cuti nya tinggal lagi beberapa hari jer untuk tahun ini. 

Hari terakhir papa nak balik esok 30hb. Tapi malam 29 tu Suffiyah demam. macam tau-tau papa dia nak balik..Dari malam sebelum tu lagi da rasa badan dia panas jer. Ingatkan letak cool fever oklah lepas nih..Tapi tup-tup pagi tu dia batuk dan bersin sekali hingus meleleh jerk...kesian sangat sangat sangat..

Sebab sebelum-sebelum ni, Suffiyah xpernah demam. Masa kena cucuk 3 bulan aritu pun dia kuat xdemam. 1st time experience handle anak demam. Memang menguji kesabaran. Nasib baik masa tu papa dia ada dan kebetulan mama acik ade dekat rumah sebab ganti jaga Suffiyah 2hari pengasuh cuti. 

Malam tu, tidokan suffiyah macam biase. masuk buai. Dia tido tapi tak lena. Dalam setengah jam dia bangun dan merengek. Bila dengar betul-betul rupanya hidung dia tersumbat. Incik asben sedut-sedut tapi stil ada lagi hingus. Tak sedap hati bawak pegi Klinik 24jam. Malam tu jugak. masa tu dekat pukul 12 malam dah!

Doc xsuggest ubat pun tuk Suffiyah sebab dia masih kecil. Tapi doc still bag ubat demam dan selsema utk standby takut lagi teruk. Tapi doc cadangkan balik rumah dan tuam kepala belakang kepala bawah ketiak dan paha dia untuk kurangkan panas. 

Petua orang tua-tua.

Untuk kurangkan panas dalam badan amik daun bunga raya, campur dengan asam jawa dan campur dengan air batu...Sejuk nya!

Kitorang buat jugak kebetulan jiran ade bela bunga raya. Tuam tuam kepala dia dari sejuk kain tuala tu sampai jadi suam-suam bila tuam kat badan yang panas tu.. 

Menjadi .. Alhamdulillah. 

Walaupun demam batuk dan selsema xhilang lagi, tapi panas dalam badan berkurangan. 

Ni gambar keesokan pagi tu bila dijaga oleh nenek. Kebetulan ibunya keje pagi dan papa nya bertolak balik ke Port Dickson.



 


Bila tengok dia terbaring lemah macam ni pastu merengek menangis seolah memberitahu kita yang dia xselesa rasa tak sampai hati je kan. 1st time ok lalui benda-benda macam nih..

***** Kadang-kadang bila kite tengok orang yang ada anak sebelum ini kurang tidur kurang rehat bila anak sakit. kita rasa kesian dan simpati tapi kita anggap tu benda biasa. Tapi bila kita yang alami sendiri kita akan tahu di mana kita letakkan hati perasaan kita pada ketika itu. 

Doakan semoga Suffiyah sentiasa sihat dan cergas..amin :)



22 August 2013

~ Tak hado keje! ~


Hai. Bertemu kembali. selamat membaca :)

Di petang yang kesunyian dan boring-boring duduk kat rumah. melayan si boss kecik. Syukur Alhamdulillah Tuhan beri kepada acik permata hati aset dunia dan akhirat yang sorang nih

Kalau dulu bila duduk rumah sorang-sorang mesti rasa bosan. bukak tv tutup tv. bukak leptop tutup leptop. menghadap dinding sambil tangan letak atas dahi lalu BERANGAN..hehehe

Dan sekarang...

Setiap masa dan ketika ade waktu yang kosong memang menghadap ragam si kecik nih. Sekarang dah 3 bulan lebih..Akhir bulan 8 ni cukuplah boss kecik tu 4 bulan. sekejap je masa berlalu. 

Kepandaian dia sekarang ialah bermain air liur menghisap jari dan menjilat pipi ibunya..hikhik

Semoga anak ini dibesarkan dengan sempurna..di didik dengan sempurna taat kepada perintahNya dan menghormati orang tua. 

AMIN









Rasa nak cubit pipi dia bila tengok dia pakai tudung kan kan kan..sila cubit tapi jangan kuat-kuat tau!

13 August 2013

~ Yeay Syawal datang lagi ~

sobsob sedih :(

Napa??

Kerana Ramadhan akan berlalu dan Syawal menjelma. Belum puas beribadah dalam bulan Ramadhan (bila mengenangkan banyak dosa kita yang kita sedari dan tidak sedari)

Harap Ramadhan tahun depan masih ada buatku untuk beribadah kerana Allah swt.

Ops! masuk-masuk da emo kan kan kan...

Oklah mari hepi - hepi dan hepi

Bulan ramadhan berlalu sekejap je rasanya..Pejam celik pejam celik da masuk bulan syawal. Kami dua beranak di  Kuala Krai nih macam biase. Takde apa-apa yang menarik. Baju raya pun tak beli lagi sebab gerenti keje pada hari raya. So decided beli baju nanti-nanti bila papa Suffiyah balik

Dan nak dijadikan cerita dalam blog nih..Petang raya tu kami kat umah macam biase jer..lepak-lepak sekali papa suffiyah mesej cakap nanti tunggu dekat rumah. abg nak balik.

Ehhhhh??biar betul papa balik nih

Rupenya incik asben dah dapat kelepasan tugas sebab operasi Ops Ramadhan dulu..dan sekali gus ejas keje tuk sehari..sanggup plak incik asben nak balik biarpun off sehari jer.

Petang tu jugak kitorang balik kampung incik asben di Dungun Terengganu. Ok 1st time beraya dengan family mertua. Suasana raya di Pantai Timur dengan family sebelah acik sangat berbeza lagi-lagi dari segi juadah hari raya. Bila hari raya kami ada ketupat lemang rendang lontong kuah kacang..(ohhh sedapnya)

Tapi bila di Pantai Timur pegi mana-mana rumah di sana tak kisahlah rumah sedara mara, kebanyakan nya menghidangkan Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Dalca atau pun Nasi Dagang dan Pulut kuning..

Bila pagi raya tu memang belasah nasi minyak jela..nak cari ketupat sangat-sangat susah..Dah la memang mengidam nak makan..Lama kot tak makan ketupat dan kuah kacang lagi-lagi feeling hari raya gitew!

Kami duduk kat Dungun pun tak lama sebab acik keje petang Hari raya pertama tuh. So dapat balik sekejap salam cium tangan emak ayah suami pun da kira Alhamdulillah :)

Lepas sembahyang raya dan makan-makan tu, kami pun bertolak balik ke Kuala Krai. Malam tu incik asben pun bertolak balik ke Port Dickson.

Gambar pun xbanyak. Lagi-lagi gambar kami sekeluarga memang xdak. sebab masa tu sibuk tengah open house. Yang ada gambar pun dalam kamera adik ipar. Xsempat nak amik. Gambar dari kami berdua sempat rakam masa incik asben tengah mandi sebelum balik KK

Si Suffiyah pun sempat pakai baju gaun jer..Bila cari baju kurung baby di KK ni sume besa-besa dan jenis kain panas. Bila cakap dengan incik asben dia cakap nanti la kita cari bia pakai sedondon dan amik gambar. Jadi nya, tak beli lah dulu baju raya tahun nih. Tup-tup balik plak dia. So pakai baju biasa-biasa je lah.
Ibu janji nanti ibu belikan baju kurung untuk Ya ehh..hehehe





air liur meleleh hokay!

Pendek kata akhir cerita penutup entri ni

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Maaf dan halalkan kalau ade yang terguris terhiris termakan terambil bagi sesapa yang mengenali saya.