border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

20 June 2018

~ Hari Raya 2018 ~

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Tahun nih acik xbalik kampung mertua...sebab tahun lepas da turn kat sana. 
so tahun nih kampung sendiri yang sekangkang kera..haha

Sebenarnya kitorang nak balik Johor. Jadi pagi raya tu semua berkumpul dekat Seremban dulu. Malam raya acik da balik Seremban. Sembahyang raya dulu lepastu salam-salam terus gerak balik Johor.

Tema tahun ni takde plan nak pakai coklat..kahkah.
lari dari carta. 

Kisah baju raya nih kitorang plan nak pakai biru lembut. Tapi bila pegi Nagoya takde warna mcm tu. 
So kitorang amik lah kain yang oklah jugak walau pun takde pilihan. 

Bila nak matching dengan baju lelaki, pi Jakel warna banyak yang takde. Yang dekat-dekat nak masuk dengan kain kitorang nih coklat nih la..

Tu yang plan ok pakai tudung coklat la sebab nak sama kononnyaaaaa.



adik beradik. Mak teh bebudak nih yang pakai tudung coklat tengah tunggu hari





Baju mama acik jahit sendiri macam biasa la kan setiap tahun. kitorang beli kain je. 


tamat. kalau panjang umur jumpalah raya tahun depan.
Selamat hari raya maaf zahir dan batin 

12 June 2018

~ Cat Tepi Tangga ~

Assalamualaikum 

Semangat nak raya punya pasal.

Da lama nak cat baru sebenarnya tapi mood tak sampai-sampai. 

Bila da bulan Ramadhan nih mula la terhegeh nak cat la apa la.haha

Tapi semangat nak hias rumah sebab nak raya tu lupa dah penat ke apa ke. 

Hari jumaat rehat kan lama. So acik da pesan kat incik asben nak cat ruang tangga nih. Tak mau dah pakai wallpaper sebab budak dorang tu asik nak cabut..haha.

tak senang betul umi nak lawa-lawa kan rumah. 

Malam jumaat tu acik da bukak siap-siap wallpaper tu.

Lepastu incik asben kata kene kikis dulu cat yang lama-lam kalau tak nanti tak rata. 

Todia letih gak buat weh. 

Sampai pukul 3 petang, acik nak masuk keje balik, pas plak pada incik asben. dia la plak tolong kikis. 

Petang tu acik balik tengok dia da cat 1 layer. Rumah tak yah cakap lah habuk dia sampai 5 kali acik mop. Bebudak nih pulak pukul 6 petang acik pegi amik dekat rumah pengasuh dan terus beli makanan kat bazar Ramadhan. Lepas berbuka solat terus acik ngan incik asben sambung balik cat dan kemas rumah habuk2 tu.



Akhirnya siap. Lega.
Memula konon nak buat corak pakai masking tape.
 Tapi bila dah lupa beli masking incik asben cat terus. 
Plain kosong gitu je. Nampak luas rumah sebab acik da susu atur sofa plak. 

nanti kite upload lain plak ye 

01 June 2018

~ Pertandingan Tarian ~

Assalamualaikum.

Dah lama betul bersara dari menari-nari nih..haha
dulu masa bujang bolehla nak aktif..sekarang tidak lagi..wah gitew!

Sebenarnye aktiviti anjuran Perkep Kontingen nih. Acik adalah pilihan terakhir memandangkan komitmen acik takleh tinggal pejabat..Tapi last dorang terpaksa mintak tolong jugak sebab ramai yang ada hal. so nak cover kat situ dorang pilih acik..Kebetulan plak bos tengah cuti bersara. 

Acik berlatih 3 hari je pastu setiap jam 5 petang sampai kul 6..gila kau..Mula-mula macam aihh susah gila nak hafal step. Tapi praktis-praktis boleh jer.

Taktau la apsal nampak gemuk..haha.padahal memang badan da macam kene pam pung.

Kitorang dapat tempat keempat je uolss..Takpelah takde rezeki. Sehabis baik kitorang buat dah. 
Sori Puan Pengerusi Perkep Daerah. 


Bawah nih gambar dalam egaleri kat opis. 


Malu iolss






Masa reheasal


Masa latihan






sekian