Assalamualaikum
Eksaited cerita anak-anak masuk skola lalu lalang dalam wall facebook kan. Tak kurang jugak yang acik alami. Eksaited sangat nih.
haha..kemain
Cik Yah baru 4 tahun tapi acik dah masukkan dia ke sekolah. Memula kitorang planning nak masukkan dia ke sekolah cina. Tapi bila acik ditukarkan cawangan, dan papa dorang pun sibuk terikat dengan pergerakan Timbalan, jadi kitorang tak boleh nak masukkan dia ke sekolah cina. sebab jauh. dan takde orang yang boleh amik anta dia sekolah disebabkan komitmen keje kitorang.
Tapi tak kesahlah sekolah apa pun, janji anak kite happy n enjoy kan.
Acik masukkan Cik Yah sekolah awal bukan sebab nak push dia suruh belaja betul-betul. Budak-budak kan. Acik masukkan sebab nak bagi dia bergaul dengan orang. yelah maklumlah dia jarang bergaul dengan orang. Kalau umi papa tak bawak keluar, main jela dalam rumah..jiran-jiran pun takde tak macam dalam kawasan perumahan masa duduk di Kelantan dulu.
Masa acik tanye dia nak sekolah ke tak..memang dia akan jawab taknak jer. Tapi acik pujuk cakap bestnye sekolah siap dia demand lagi umi kene belikan beg tangan (siap tunjuk sign tangan)..haha tak nak beg belakang..
Bila selalu pujuk dia cuma nak sekolah kat tempat keje umi. sekolah lain taknak.Memula planning nak masukkan sekolah dekat dengan rumah pengasuh. tapi dia mula mengamok menangis. so merayu kat cikgu tabika berek akhirnya dapat jugak dekat situ. Katanye umi keje kakak skola..sama je..dekat je..haha pon boley!
Hari pertama kene kejut bangun pegi sekolah dia dah eksaited. cakap best ada kengkawan ada cikgu ada kaler-kaler (pengaruh umi dia yang ari-ari cakap bende sama)..haha
Bangun pagi senang jer.
Sampai sekolah acik ingatkan dia aka memberontak taknak masuk biasalah perasaan mak mak ni kan. Tapi rupe rupe nya tak langsung. siap bai-bai umi..suruh umi pi keje
nak nanges umi tengok kakak da besar dan boleh bawak diri tau!
Alhamdulillah kakak jangan bosan-bosan tau.
Seronok tengok dia pandai bawak diri. Bergaul dengan kawan-kawan lain. Umi selalu skodeng kakak kat sekolah tengok buat apa sementara umi tengah coti kan.. haha.
Belajar rajin-rajin ye nak!