border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

17 November 2017

~ Hiking Gunung Datuk Rembau ~


Assalamualaikum. 

Tepek sini buat kenangan. 
Acik terbaca satu semboyan Pasal Ekspedisi Mendaki Gunung Datuk Anjuran IPD Rembau sempena pengisian program Trim & Fit daerah2. So first time baca terus da cakap kat bos acik dah nak join ekspedisi ni boleh tak..Then dia tanya dia ade program tak. Memang cun tarikh yang dorang bagi ni 16/11/2017 bos memang takde kat opis. Bos acik kalau boleh memang taknak acik tinggal pejabat n ganti orang lain. 
Memang macam rezeki je dapat join kan bila dia kata ok..hahah

Terus maklum dekat Cawangan Latihan IPD PD untuk masukkan nama acik..Takut tertinggal oii

Hari nak pegi tu memang seronokla sampai termimpi sebelum tu..kahkah punya dasat 

Daerah PD kami pergi berlima..Sorang je kumbang tu pun buat peneman kitorang yang serikandi sangat ni naik atas nun. kire malim kitorang la.opkos bawak yang sado2..hahaha

Acik start hiking lebih kurang 2 jam setengah.. Stop pun dalam 3-4 minit macam tu. Lepastu terus naik je tapi bukan laju la..sebab faktor tanah yang kitorang naik masa ni agak lembap..Musim hujan masatu. Tapi nasib baik masa kitorang pegi ni tak hujan. 




Bila dekat nak sampai punya la lagi taksabar nak naik. Sekali semua amik giliran nak naik tangga ni. Bergoyang beb. 


Nampak tu gambar bawah tu acik tunggu giliran nak naik..Jangan cakap seriau la..tangga ni dia ikat pada batu tu macam tu je. Masa naik macam ok lagi. Sekali turun perghh gayat xyah cakap..Sekali tengok tali die halamakkk siap boleh angkat tanggalkan..kau rasaaaa! Nasib selamat jugakla naik dan turun.


Dia sebenarnya ada 3x tangga. Tangga yang first macam mendatar sikit..Lupa plak amik gambar.. tu ok lagi..Yang atas ni anak tangga kedua..

Yang bawah ni anak tangga ketiga sebelum sampai ke puncak. Yang ni seram sikit. Sebab memang kene pegang elok2 dan tempat dia sempit sikit. Kalau jatuh..jatuh la kau bawah tebing sana. hmmm. ngeri ok!

Nampak tangga ni macam senang didaki. Tapi bila ko start pijak anak tangga jd susah gakla sebab kaki kene mengiring skit sebab tangga tu sandar pada batu2 tu. Yang tempat berhenti tengah tu plak memang sempit. Masa kitorang naik dan turun ni memang kene ada orang pegang tangga tu pasal die bergoyang nok. sangkut pada batu macamtu jerk.



Dan akhirnya, sampai la kami. 






Seronok hiking ni sebenarnya bila kau sampai ke puncak. Rasa puas tu bila da tamatkan pendakian tu. Kalau ada rezeki lagi boleh pi lagi sekali. Tapi dengar kata dorang da buat tangga yang lagi elok dan selamat dah. Memang senang da tak gayat macam kitorang naik ni dulu. 

ok bai

11 September 2017

~ Sambutan Hari Kemerdekaan Tabika Cik Yah ~

Assalamualaikum.

simpan sini utnuk kenangan gambar anak-anak.

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, tabika Cik Yah pun terlibat sama dengan perbarisan Hari Kemerdekaan. So dalam daerah Port Dickson ni, semua tabika kemas yang ada join. 

MEmula dalam group tabika cikgu da pening nak bagi pakai apa bebudak ni. So ada la ibu bapa yang cadangkan pakai baju macam kurung/ baju melayu je. Ringkas katanya. Sebab tahun lepas da buat pakai baju sukan. 

Cikgu jugak minta tolong acik dan S/U Tabika  (anggota latihan IPD anaknye pun tabika yang sama dengan Cik Yah) untuk sama terlibat dalam perbarisan ni. 
So demi anak-anak acik pi jugakla nak bagi support kan..haha

Comel je dorang pakai baju ni. 









Walaupun tak menang, tapi takpelah dah menang di hati ibu bapa memasing dan menang warna baju tabika paling menyerlah sekali. 
haha

"mendeka mendeka" bak kata Cik Yah si pelat

14 August 2017

~ Bayou Lagoon Park Resort ~


Assalamuaalaikum, Ini terobek kisah bercuti itu hari..Sekian lama terperam dalam blog ni. Acik tak sempat nak mengarang ceritanye. Sibuk aje. Tapi da asing siap dalam blog ni..duk dalam draft box aje. 

Susah nak bercuti memandangkan kami berdua berkhidmat atas bos yang sama. Dia pemandu aku PA nye..Bos plak tak nak pemandu lain...Bila bos kata nak cuti baru kitorang pun bercuti lah. So plan nak bercuti konon nak duduk rumah berehat je. Tapi bila asben kate cari tempat nak rehat..bawak budak2 acik pun terus pikir yang paling dekat jela yang ade waterpark. 

Ke Melaka la kitorang. Bayou Lagoon Resort, Melaka. 
Booking by Agoda je.. 3 hari 2 malam bertapa kat sini.

Anak-anak punye la seronok dapat mandi manda.
asalkan ade pool menjadi aje.

Masa pegi kebetulan dorang tengah maintenance kolam untuk budak-budak. Jadi dorang ni tak dapatla main kat kolam budak tu. Main kat tempat orang dewasa. Tapi itu pun sampai taknak naik. Punye seronok. Jom tengok gambar.













Sekian sahaja cerita. Jumpa lagi.

16 May 2017

~ Hiking Bukit Batu Putih Port Dickson ~


Assalamualaikum 
First time hiking. Masa ni weekend balik rumah mama acik kat Seremban. Then kaklong bersuara nak try pi hiking nak kuar peluh katanya. So risik member2dorang kata track Batu Putih ni santai je. Budak darjah 1 pun boleh naik. 

So acik pun ajakla member opis teman sebab kitorang first time n tak tau track jalan.

Kitorang gerak pukul 6 pagi dari Seremban. Anak-anak kecik sila lah duduk dengan nenek ye sekejap. 

Masa nak naik tu kitorang lalu track laut..Track laut ni mendaki sikit..Kaklong acik semput la jgk sbb dia takpernah buat aktiviti lasak..

Akhirnya dia sampai jugak kat atas cuma tak sampai kat satu lagi atas puncak tu..Dia memang betul2 dah xlarat..Kesian dia.



Naknaik atas bukit putih tu kene daki n panjat batu-batu tu sendiri. Sampai sini kaklong acik surender..So acik n kawan opis je teruskan. 






Pemandangan atas yang sangat lawa waktu pagi. Angin pun ada..Sejuk je rasa. 


ok tamat

19 March 2017

~ Pondok Kanak Riang ~

Assalammualaikum..
Pejam celik da setahun lebih dah masuk dekat Pondok Kanak Riang ni.

Dari kosong dan tak banyak barang sekarang boleh la kumpul sikit-sikit.

Jom nak tengok..

DEPAN RUMAH
Asal dari tak berumput acik tanam pokok bunga sepuluh sebab nak tutup longkang sebab takde besi penutup longkang.
Acik memang berangan nak tanam rumput karpet sebab memang minat sangat..tup-tup incik asben bawak balik dan menanam la kitorg berdua di tengah panas..


RUANG TAMU BAWAH
Tang ni tak banyak perubahan pun sebab ruang terhad..yang boleh cuma ubah posisi jela kerusi atau meja makan.


DAPUR
Ruang dapur ni agak sempit..Memang tak banyak perubahan sebab belum ade bajet nak buat kabinet dapur..Tapi yang ade ni je pun alhamdulillah. Gambar baru lepas kemas xbuang sampah lagi..haha!


LAUNDRY AREA
Tempat mendobi ni memang banyak kali la ubah disebabkan tempat ni agak sempit..so kat sini la membasuh/menggosok. Tempat acik gantung kuali pun iye jugak sebab senang kat ruang belakang ni orang tak nampak..Ini kan ruang tambahan yang acik tambah rapat sampai ke longkang belakang..hehehe


RUANG TAMU ATAS
Tempat ni pun banyak kali beralih posisi meja tu..serba tak kena..jarang je duduk sini sebab kalau malam kitorang memang lepak depan tv kat bawah..Siang plak sini agak panas sebab siling yang tinggi..Kalau ade rezeki lebih sebelum pencen acik ingat nak tambah loteng..boleh buat stor atau pun bilik tambahan..berangan dulu la yerk.


BILIK BAWAH 
bilik ni tempat main bebudak ni..dan tempat tido kalau family acik datang sebab dorang malas nak naik atas tido.


BILIK IYAN
Bilik Iyan ni tak tahu la bila nak guna..sebab kalau ade orang datang je baru tido sini..kalau tak memang cenggini la rupenya..gelap gulita.


BILIK YAYA
Bilik ni Yaya punye..Tapi buat masa ni memang kosong sebab dorang pun masih kecik..Tido pun bawah ketiak umi lagi..haha


BILIK KAMI
Bilik ni la yang digunakan hari2..semua pun berkumpul dalam bilik ni..Kalau la ade rezeki lebih ingat nak buat wardrobe baju-baju..tapi berangan dulu taksalah..hahaha



Ok cukuplah..ini lah pondok yang kami pinjam untuk berteduh setiap hari.

Alhamdulillah.