Assalamualaikum :)
Pabila doktor telah berkata
Tahniah! Anda mengandung
Maka bersedialah tempuhi saat-saat indah sepanjang kehamilan
Sebenarnya bila kita di alam kehamilan..kita akan mula rasa tak selesa dan segala bagai.
Tapi bila kita da bersalin kita akan rindu moment yang berlaku sepanjang kehamilan.
betul tak betul tak?
contohnye
(1) Mual / Loya
Asal bangun pagi celik mata mula la uweeekkk uweekkk kat dalam toilet..
(2) Rasa Tak Sedap Badan
sekejap sekejap rasa macam seram sejuk..panas la rasa macam nak demam la ape la
(3) Mengah / Letih / Lesu
baru berjalan dalam 15 minit da mula rasa letih..Nak bercakap pun rasa macam baru lepas lari berganti-ganti
(4) Mengidam
Kadang mula mengidam ehh nak makan aiskrim..ehh nak makan kek..ehh nak makan rojak.
usus dia pun tak paham nak makan yang mana satu
*kot mengidam makan benda yang senang cari tak ape..kene mengidam nak makan benda yang susah dapat jenuh cik abe awok nak cari.
(5) Sakit Pinggang
Serba tak kena..duduk salah berjalan salah berdiri salah..Mula la standby cari tempat duduk yang lembut2
(6) Buah Dada Mula Membesar & Jadi Sakit / Terik
Bila da nak hampir ke 7 bulan ke atas mula rasa sakit..kadang kalau terkena sentuh ke apa ke jadi sensitip.haha
(7) Sensitip / Minah Cembeng
Bila ade perkara-perkara yang kadang kita rasa macam tak masuk akal (bila tak mengandung)
contoh ek eleh tak dapat makan aiskrim coklat je pun nak nangis beria macam kene dera...haha!
(8) Katil Penuh Dengan Bantal
haha! Time ni awal kehamilan tak rasa lagi..Tapi bila perut semakin besar mula la rasa baring tak kena gaya..Segala anggota tubuh badan nak lapik dengan bantal..kat kaki la kat bahagian belakang badan..kat depan perut kat kepala lagi..nak peluk lagi..sudahnye tak nampak mana orang!
(9) Kerap Buang Air Kecil
Bila da masuk 7 bulan ke atas kehamilan..time tido malam rasa macam nak tido duduk depan tandas terus..Tak pun boleh istihar kan pakai pampers..
(10) Kerap Rasa Panas
Bila kita berbadan dua, kita akan cepat rasa panas..bukak aircond 16' pastu kipas angin bukak yang paling laju sehala plak tu..Cik abang kat sebelah tido terketar-ketar tapi kita rilek je tak pakai selimut lagi..haha!
(11) Sentiasa Rasa Lapar
Terasa diri sentiasa lapar..Siap pegi makan roti canai tak cukup 2 keping..Takpun beli nasi kat kedai siap mintak nasi lebih..haha!
(12) Berjalan Macam Penguin
Yang ni kadang-kadang rasa macam kelakar plak kan..Bila tak mengandung berjalan 3 langkah ke depan dari laki kita...tapi bila perut besar mula jalan terkedek-kedek tertinggal 10 langkah dari laki kita..haha!
(13) Terasa Diri Gemuk
Mula la duduk depan cermin pusing kanan pusing kiri tengok badan yang semakin mengembang.
Lepas tu mula berangan buat azam nanti pantang aku nak kurus balik macam anak dara..
(14) Pelupa
Mungkin sesetengah orang yang akan mengalami masalah ni..Sampaikan bende kecik-kecik pun kene buat list tulis dalam buku siap tampal dekat peti sejuk takut lupa.
(15) Eksaited Bila Terasa Baby Menendang
Yang ini moment yang paling best. Seawal 4 bulan ke atas da boleh mula rasa tendangan dari dalam perut..tapi tak sekuat 7 bulan ke atas.. Bila baby da cukup sempurna sifat lagi kuat lagi eksaited dan mula la nak rakam pergerakan baby dalam perut.Tengok perut kite berombak..hehehehe
(16) Terasa Kerap Kali Kena Tukar Pakaian Dalam
Bila korang-korang terkencing sikit disebabkan terbatuk atau terbersin..haha! Tak pun kebiasaannya sepanjang kehamilan pasti ada yang mengalami masalah keputihan..Lagi kerap lah kena tukar pakaian dalam atau pakai panty liner je lagi senang!
(17) Kaki Bengkak
Yang ni kebiasaannye dialami bila dekat dekat nak bersalin..Kaki mula membengkak da macam tapak kaki gajah..hewhewhew
(18) Mengira Bulan / Minggu / Hari
Sentiasa mengira bulan / hari bila baby dalam perut nak keluar. Tak sabar cenggitu..
Bila baby da keluar tak sabar nak tunggu baby membesar..Bila baby da besar mula rindu baby masa kecik-kecik..haha tu betul kan!
(19) Memikir Macam Mana Nak Cukur Bulu Kemaluan Bila Perut Semakin Besar
Kengkadang sampai tertarik-tarik perut nak bagi tengok kemaluan sebab nak mencukur. haha! Apa susah..buh cermin depan kita gerenti nampak..takpun korang paksa jer incik asben suruh tolong cukurkan..Mengeratkan kasih sayang giteww! haha
(20) Terpaksa Makan Benda Yang Tak Minat
Hah yang ni mesti ada. Contohnya sebelum ni kita memang tak minat makan sayur susu dan sebagainya..Tapi kita terpaksa jugak minum susu / terpaksa makan sayur demi kebaikan baby. Nak taknak mesti kena telan jugak demi kesihatan tubuh badan kita dan anak dalam perut.
ok sampai sini dulu..kalau ade perkongsian lain sudi-sudi kan lah comment..
Semoga selamat bersalin!