border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

19 December 2013

~ Naik bas oii part 2 ~

Haha..ok da boleh gelak2 dah..xmo nangis nangis bersedih bagai..Aggap berjauhan ini 
dugaan untuk keluarga kami..Syukur atas segala nikmat..lepas tu think positif..Yela acik nak balik duk dekat kampung sendiri..duduk dekat suami keluarga sendiri.setengah jam da sampai umah..jadi mungkin Tuhan bagi lewat sikit pertukaran nak bagi acik ni lebih berdikari lebih matang dan lebih bertanggungjawab.

So patah balik cerita naik bas berulang alik setiap bulan time off..hehehe..kali ni nak cerita ragam Cik Yah dalam bas..Setakat ini Suffiyah Nur Iman anak yang sangat baik dan sangat tidak menyusahkan ibu dia.Mungkin dari dalam perut since die 7minggu lagi acik da berkomunikasi dengan die setiap waktu supaya jadi anak yang cerdik baik dan cergas..jangan menyusahkan ibubapa..(mungkin die dengar dan paham)..hehehe poyos!Bila dalam bas Suffiyah sangat2 senang..cume menjerit memanggil orang dalam bas itu biaselah..haha memang kesian dan terdera la perasaan penumpang lain nak tido sebab dgr Cik Yah menjerit dan tergelak..haha! Setakat ni da 3 4 kali naik bas tak pernah lagi Cik Yah menangis meragam dan sebagainya. Bila masuk dalam bas ber aircond bagai memang sedap la si anak kecik nih tido..bile die bangun acik suap die biskut or air susu..bile bisut dekat tangan die.senyap la si anak tu..da nama memang "pemakan"


Beg ni yang sentiasa menjadi peneman.lengkap tau!
Dengan termos kecik air panas..susu biskut mainan teddybear selimut busuk Cik yah bantal sume ada..

Nampak macam susah kan nak pegang anak..mana nak buat susu mana nak rehat..tapi bagi saye tu semua menguatkan mental saya untuk berdikari sendiri..segala demi keluarga..penat susah semua tolak ke tepi..rasanya tak semua pun mampu buat.dan lagi bila ada anak kecik mesti si ibu akan jadi malas jalan jauh sorang-sorang dan rasa leceh..

Tapi bagi acik ini semua 1 tanggungjawab dan sehabis baik acik akan buat yang terbaik demi keluarga..yelah sapa yang sanggup berjauhan..xjumpe suami anak berbulan2..3g tepon tgk video semua xakan sama dengan sentuhan kan..demi mencari rezeki masing2 terpaksa korbankan dulu penat lelah masa tenaga wang ringgit demi kasih sayang yang tak ade jual kat mana2 pun.

Syukur Tuhan bagi acik kesihatan kekuatan..Alhamdulillah

Doakan agar pertukaran ini diproses secepat mungkin...dan arap arap moga ade kesempatan untuk acik rasa bagaimana nikmat menjadi seorang isteri ibu dalam rumah sendiri di samping suami dan anak2..  

14 December 2013

~ Naik bas oii naik bas ~

Selamat pagi u olsss...

Ketika tengah keje tamat cuti dan sememangnya aku da kehilangan mood keje sejak sebulan yang lalu..hilang mood je hokeyy! Bila kite dalam keadaan mental serabut fizikal penat otak xberhenti bekeja kita akan down serta merta..

Sebenanrnya da lama nak tulis pasal bende ni tapi xde kesempatan..dan arini tetibe mood da datang jadi leh la menulis..harap2 bila saye da xde nanti bolehla Cik Yah or papa Cik Yah baca semua dalam blog ni.



Hah ini yang ditulis dalam  instagram acik sendiri..

Jangan tersalah anggap yer..setiap apa yang saya tulis dalam fb dlm insta semua nya bukan untuk mohon simpati dari sapa2 pun..tp saya tetap berterima kasih pada kawan yang sudi baca malah beri jalan untuk menpercepatkan rayuan pertukaran mengikut suami.

So alih topik..cerita naik bas ni bermula pada Suffiyah berumur 6bulan..acik da bawak die untuk naik bas balik ke seremban..perjalanan dari kelantan ke seremban makan masa 9jam dalam bas.Tuhan yang tau betapa lama nya di dalam bas sambil bawa si anak kecik yqng tak tahu ragam macam mana..

Dulu bile sorang acik gagahkan jugak berulang ke seremban naik keta sendiri drive sendiri..lagi cepat dalam 7jam perjalanan jerk..tapi bila da ade Suffiyah 7jam perjalanan dan mana nak drive dan mana nak control cik yah bukan senang.jadi amik jalan mudah naik bas..

Sebenanrnya bukan acik sorang yang kerap berulang tapi untuk tahun ni cuti papa Suffiyah da habis selepas menguruskan masa Suffiya lahir masuk wad kenduri dan sebagainya. Untuk papa piya menjenguk adalah dlm 2 3 kali tapi kitorang bergilir.lagi-lagi sekarang kerja di cawangan papa piya tak punya ramai anggota.jadi die xboleh nak ejas roster untuk off. Dan bila abis off 24jam pun xsempat untuk die dtg dan balik.yela pagi bertolak ke kelantan..sampai duduk dkt rumah 2 3 jam malam bertolak balik ke seremban.kesian penat  xcukup rehat.bila esoknya kerja nak bawak orang ke hulu hilir sambil drive.pasti terganggu dan takut apa2 terjadi.al maklumlah papa piya kan drebar..haha (cawangan pengangkutan)

Sehingga abis ke tahun 2013 begini lah kami akan turun naik bas untuk berjumpa..saya rela dan biarpun penat masa tenaga tapi saya puas biar pun berjumpa hanya sekejap. Sebab saya xmahu bila Suffiyah tengok papa die suffiyah tengok orang lelaki menangis..sebab xkenal..dan saya xmahu suffiyah kekurangan kasih sayang seorang ayah.

Panjang lebar cerita..nanti kita cerita part 2 plak hokey..nak amik mood nangis dan mengharapkan sinar kebahagiaan satu hari nanti kat bawah sinki jap.

Peace yow!

11 December 2013

~ Suffiyah berdiri/duduk ~

Assalamualaikum sayang :)

Morning..Bila menghadap belog xde benda lain nak di hupdate. sesuai dengan tagline belog ni

"Kisah saya kisah dia kisah kami"

Jadinya kalau x cerita dia cerita saya..kalau x cerita saya cerita dia..kalau x cerita dia dan saya cerita kami..(arr pening aa pening aarr...hahaha) begitulahhhh seterusnya :)

bosan kan kan kan...apalagi xyah baca tutup terus.kehkeh

so menceritakan tumbesaran si anak. since Suffiyah da masuk 7bulan..badan die pun da tegap. Dan dia da boleh dan cuba-cuba untuk duduk sendiri. contohnya bila dia merangkak-merangkak dan penat mula nak cuba duduk. 

Tapi sekarang ini bukan nak ceritakan pasal dia duduk je semata. tapi pasal die cuba berdiri duduk duduk berdiri. kehkeh

bila kita pegang makanan, lagi cepat dia datang ke arah kita. so sweet..xyah terjerit panggil. memang confirm akan datang..

sebab Suffiyah ni jenis "pemakan".. semua yang kita makan semua dia nak. 

CERITA SATU

bila mana Suffiyah tengok maklong dia makan. cepat dia pergi dan mintak. Maklong tak bagi siap bangun dan nak capai jugak.




CERITA DUA

Bila mana tengok ibu makan jeli. dia pun menggendeng jugak! 




CERITA TIGA

bila mana dalam kereta, dia boleh meniarap dan capai tempat tangan dan cuba bangun sendiri dan berdiri tengok pemandangan luar. (tanpa orang tolong tau..dasat n lasak sungguh!)


Semenjak dua menjak dia da pandai berdiri dan berpaut dengan apa-apa je yang ada depan dia. dan banyak kali jugak lah dier tergolek. kepala da macam -macam terhantuk. kesian jugak. tapi budak tengah naik tengah lasak. di tegah pun die tetap akan buat.

tak kisahlah nak. jangan tercedera sudah. dan memang kene perhati doplohpat jam dia kemana dan di mana dia. kalau x kang tau-tau tv da terbalik atas kepala plak!




08 December 2013

~ Entah! ~

Assalamualaikum :)

Sedar x sedar da masuk bulan Disember dan penghujung tahun...dan gua masih di sini..memijak kaki di perantauan..


KERJA masih yang sama
RUMAH masih yang sama
ORANG masih yang sama
PERANGAI ORANG sudah berubah

Itu tidak dinafikan

Kadang rasa meluat menyampah..Yer! kita semua akan lalui...Berjumpa dengan orang bijak pandai..Orang yang serba serbi tahu..Orang yang gila kuasa..Orang yang "mak joyah"..Orang yang talam pun ada. setiap pelosok mana pun kita pergi pasti akan ketemu.

Hidup rutin harian yang sudah sedikit sebanyak berubah. Malah hidup acik terisi dengan kehadiran anugerah yang satu "Suffiyah Nur Iman"

Lupakan persetankan apa orang kata. apa orang nak tahu apa orang nak menyebok tentang hal duniawi. hal kita. hal segalanya. kerana bagi acik..acik xpenah mintak duit dorang untuk makan.xpernah guna cuti dorang utk bercuti menenangkan pikiran. xpenah tumpang rumah dorang untuk berteduh.

Syukur :)

Hidup ini umpama roda. "Kadang bila kita bercakap tentang orang, kita pasti akan berbuat benda yang sama"..Dan itu terjadi pada acik sendiri..pada kita semua. Jangan menipu kata kita tak akan lalui itu semua. 

Bila mana orang sibuk mengatakan kite mementingkan diri sendiri. 
Bila mana orang kata macam kita sorang ada anak suami.
Bila mana orang kata kita beli itu dan ini. 

kelak pasti orang yang bercakap tentang kita akan berbuat seperti mana kita. bagi acik senang tak perlu hipokrit. 

Dan ingatlah orang-orang yang bercakap tentang kita. mengumpat tentang kita. berterima kasihlah pada mereka. Kerana mereka sedang memberi kita pahala.

Di Akhirat kelak, seseorang itu terkejut apabila melihat amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukan di dunia. Maka dia bertanya "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang sebanyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". MAka Allah menjawab "Semua itu adalah kebaikan(PAHALA) orang yang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".