border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

19 May 2013

~ Baby & Kuning ~

Assalamualaikum :P

Selamat malam dan salam sejahtera :)

Memalam cenggini sempat lagi acik memegang leptop dan mengarang sepatah dua kata perkara dan pengalaman saya dalam blog ku yang usang nih..

Ini malam xdak topik yang hangat pung! Tetibe duduk bukak henpon ku yang usang terskodeng gambar Suffiyah terkena kuning atau nama saintifiknya Jaundice.

Engkorang sume pun mesti penah dengar apa itu jaundice kan..Biase nya newborn memang tak akan lari dari terkena sakit kuning nih..Mujur kuning Suffiyah xberapa tinggi tapi merasa jugak la ibu nya dan suffiyah check in wad 2hari aritu.

Setiap hari lepas balik dari hospital arituh, nurse datang dan pantau kami..Then bila nurse cakap baby awak ade kuning so nurse suh refer dekat klinik or hospital untuk amik darah baby.

hokay..setiap hari kami berulang alik ke Klinik Kesihatan Seremban dan hari minggu ke Hospital Tunku Jaafar untuk amik darah baby. Penat si ibu berulang alik setiap ari tidak mengapa..tapi sayu ati ibu melihat tangan anak dicucuk untuk amik darah. Penah 1 hari Suffiyah nangis terlampau kuat kemungkinan sakit atau lapar xpasti..teresak-esak die menangis.alahai kesian nya anak!

Hari ke berapa yek tak hengat dah acik kuning Suffiyah tinggi dari bacaan 197 naik terus ke 255..So pihak Hospital call terus dan suruh bawak si anak untuk admit wad.

Sampai ke Hospital Tunku Jaafar, masuk bahagian kecemasan, dan terus nurse bawak ke Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak dan admit dekat situ. Kebetulan masa tu ada katil kosong so dengan sepantas kilat cakap dengan nurse yang acik akan jaga sendiri. So dapat la pantau anak sendiri kan. Alhamdulillah. Kesian melihat anak. dalam hati berdoa cepat la pergi wahai kau Jaundice.

letak bawah lampu


Masa ni, malam-malam Suffiyah menangis jer..mungkin seharian di biar bawah lampu dan malam mungkin dia  panas jadi asik merengek jer..kesian sangat..Kalau xdapat booking katil, agaknya macam ne Suffiyah malam tu..Dibiar dalam bilik lain walaupun di bawah pemantauan nurse tapi anak kita kan..se eloknya jaga sendiri.

Lepas masuk bawah lampu dan Doktor kata Jaundice die da berkurangan so kitorang boleh balik tapi stil hari-hari kena pi check up kat Klinik dan amik darah.

Ramai orang cakap petua orang bagi minum susu kambing la..mandikan dengan air dukung anak la apa la..Tapi masa admit wad ari tu pun perkara pertama Dr tanya ade bagi baby minum susu kambing x?So saya cakap la xhadoo..Dr bagitahu kadang-kadang ada setengah bagi minum susu kambing nanti jaundice akan lagi cepat naik.

Tapi mak mertua acik dia suh bagi perahan air anggur hitam dekat bibir baby. Mula-mula takut gak nak wat. Tapi orang kata ikhtiar kan..So incik asben perah skit air anggur hitam dekat sudu dan bagi baby..3hari berturut kitorang bagi sikit-sikit.

Alhamdulillah, bawak pi Klinik dan amik darah baby mula-mula bacaan tinggal 186..bagi anggur hitam makin lama makin turun. dari 186 tinggal 155. so Dr cakap xyah datang amik darah lagi. cume nurse akan datang follow up dekat rumah!

Lega.. Syukur!

Kadan-kadang ada baiknya petua orang dulu-dulu kadang takut tak serasi dengan baby mungkin akan lagi teruk. Yang penting ikhtiar.

Ok cukup cite pasal Jaundice ni. panjang lebar ko!

k bai 

09 May 2013

~ Suffiyah Nur Iman Binti Muhamad Suhaimi ~

Hai u olsss..ok catat rekod..tetibe ade mood petang ni nak taip laju-laju ceghita tentang kami yang lepas-lepas..keekkeke

Perkenalkan nama anak kami 

SUFFIYAH NUR IMAN BINTI MUHAMAD SUHAIMI


Pada mula nya, kitorang somi isteri berpakat nak letak nama Sufiya..Sama je bunyi nye tapi ejaan lain..Alih-alih bile da incik somi pegi daftar dan bawak balik mykid tengok-tengok da berubah plak ejaan nya..

Mesti tertanya apakah maksud nya kan.

Sufi : Ahli Tasawuf ( tapi kami tambahkan ya untuk anak perempuan)
Nur : Cahaya
Iman : Keimanan (iman)

Makanya bila digabungkan ya ibuk ibuk jadi la Ahli Tasawuf Cahaya Keimanan.

Kami panggil di Sufiya xpun adik..

Suffiyah masa lahir agak semngat jugak lah. 3.65kg..dan bila pegang xrasa kekok sangat macam baby orang lain dalam wad aritu..kecik-kecik jer..takut nak pegang pun ada..

Semoga anak ini menjadi seorang anak yang solehah, hormat orang tua dan patuh serta taat kepada perintahNya. 

amin :)




~ Duniaku Berubah! ~

Alhamdulillah syukur...masih ingat lagi rupenya password blog acik ni hah..haha..Punye la lama xmenghupdate kan..Oh ! Lupe..Saya da selamat bersalin da pun pada 29/4/2013 aritu..ari ni ari ke 10 baby kami tengok dunia!

Alhamdulillah syukur..Walaupun tak semudah yang kita sangkakan untuk bersalin, macam-macam dugaan nak lahirkan si kecik!

Bercerita tentang pengalaman bersalin..nanti la ada masa preeee nanti acik cito kan ehh..haha. 

Hari ke sepoloh baby..dan ari-ari jugak la muka saya dan baby ke Klinik Kesihatan Seremban xpun Hospital Tunku Jaafar amik darah si kecik tu hah..apa kess??? 

Kes baby kena kuning la..perkara normal kan..tapi yang xberapa nak normal bile saye tengok tangan si kecik da biru-biru kena amik darah..alahaiiii kesian anak ibu.

Time gini waktu petang selalu saya ikut baby membuat taik mata..tapi arini terajin plak nak menulis blog..so tulis la kejap kan kan..

Al kisahnya bila da lepas isyak, baby akan tido sekejap dan kemudian dia akan bangun nak mintak susu...ok pandaiiii bangun sendiri xyah kejutkan suh minum..heeeeee

Tapi

Bile da masuk kul 12 malam, ok! sile bersengkang mata yer puan suhaiza! Dengan incik asben sekali jadi bengong..haha..kes nya kitorang baru nak sesuaikan diri dengan perubahan ini..kekeke...Tukang memberi susu op coz la saya je kan sbb baby akan menyusu badan je..xkan la nak bagi bapak eh plak..kakaka..

Dan tukang membasuh menukar pampers serah kepada incik asben..dia lah juara! haha..sesama la kite kan.

Dan yang bestnya sekarang, da ari kesepoloh ni, baby ada tabiat baru iaitu tido berpelukan..haiiiii la anak!

Kalau letak atas tilam, dia akan membuka volume dia..tapi bile angkat dan peluk dia sambil dodoi-dodoi ok lena tido siap kadang-kadang boleh tersenyum betapa selesa nya dia..Tak pe nak..xkisah asalkan kamu selesa.

Malam jadi siang..Siang jadi malam..(da macam lagu plak kan).

Ok abis cita bab ini..kang saya cerita pasal pengalaman bersalin..nama anak..dan segalanya tentang anak plak..aritu asik cerita pasal mengandung..Oleh yang demikian, diminta sesiapa yang boring mendengar cerita acik ni, cepat-cepat close yer..takut kang termeluat kat acik..berdosa plaks! hihihi.

See you!

Assalamualaikum :)