border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

19 December 2013

~ Naik bas oii part 2 ~

Haha..ok da boleh gelak2 dah..xmo nangis nangis bersedih bagai..Aggap berjauhan ini 
dugaan untuk keluarga kami..Syukur atas segala nikmat..lepas tu think positif..Yela acik nak balik duk dekat kampung sendiri..duduk dekat suami keluarga sendiri.setengah jam da sampai umah..jadi mungkin Tuhan bagi lewat sikit pertukaran nak bagi acik ni lebih berdikari lebih matang dan lebih bertanggungjawab.

So patah balik cerita naik bas berulang alik setiap bulan time off..hehehe..kali ni nak cerita ragam Cik Yah dalam bas..Setakat ini Suffiyah Nur Iman anak yang sangat baik dan sangat tidak menyusahkan ibu dia.Mungkin dari dalam perut since die 7minggu lagi acik da berkomunikasi dengan die setiap waktu supaya jadi anak yang cerdik baik dan cergas..jangan menyusahkan ibubapa..(mungkin die dengar dan paham)..hehehe poyos!Bila dalam bas Suffiyah sangat2 senang..cume menjerit memanggil orang dalam bas itu biaselah..haha memang kesian dan terdera la perasaan penumpang lain nak tido sebab dgr Cik Yah menjerit dan tergelak..haha! Setakat ni da 3 4 kali naik bas tak pernah lagi Cik Yah menangis meragam dan sebagainya. Bila masuk dalam bas ber aircond bagai memang sedap la si anak kecik nih tido..bile die bangun acik suap die biskut or air susu..bile bisut dekat tangan die.senyap la si anak tu..da nama memang "pemakan"


Beg ni yang sentiasa menjadi peneman.lengkap tau!
Dengan termos kecik air panas..susu biskut mainan teddybear selimut busuk Cik yah bantal sume ada..

Nampak macam susah kan nak pegang anak..mana nak buat susu mana nak rehat..tapi bagi saye tu semua menguatkan mental saya untuk berdikari sendiri..segala demi keluarga..penat susah semua tolak ke tepi..rasanya tak semua pun mampu buat.dan lagi bila ada anak kecik mesti si ibu akan jadi malas jalan jauh sorang-sorang dan rasa leceh..

Tapi bagi acik ini semua 1 tanggungjawab dan sehabis baik acik akan buat yang terbaik demi keluarga..yelah sapa yang sanggup berjauhan..xjumpe suami anak berbulan2..3g tepon tgk video semua xakan sama dengan sentuhan kan..demi mencari rezeki masing2 terpaksa korbankan dulu penat lelah masa tenaga wang ringgit demi kasih sayang yang tak ade jual kat mana2 pun.

Syukur Tuhan bagi acik kesihatan kekuatan..Alhamdulillah

Doakan agar pertukaran ini diproses secepat mungkin...dan arap arap moga ade kesempatan untuk acik rasa bagaimana nikmat menjadi seorang isteri ibu dalam rumah sendiri di samping suami dan anak2..  

14 December 2013

~ Naik bas oii naik bas ~

Selamat pagi u olsss...

Ketika tengah keje tamat cuti dan sememangnya aku da kehilangan mood keje sejak sebulan yang lalu..hilang mood je hokeyy! Bila kite dalam keadaan mental serabut fizikal penat otak xberhenti bekeja kita akan down serta merta..

Sebenanrnya da lama nak tulis pasal bende ni tapi xde kesempatan..dan arini tetibe mood da datang jadi leh la menulis..harap2 bila saye da xde nanti bolehla Cik Yah or papa Cik Yah baca semua dalam blog ni.



Hah ini yang ditulis dalam  instagram acik sendiri..

Jangan tersalah anggap yer..setiap apa yang saya tulis dalam fb dlm insta semua nya bukan untuk mohon simpati dari sapa2 pun..tp saya tetap berterima kasih pada kawan yang sudi baca malah beri jalan untuk menpercepatkan rayuan pertukaran mengikut suami.

So alih topik..cerita naik bas ni bermula pada Suffiyah berumur 6bulan..acik da bawak die untuk naik bas balik ke seremban..perjalanan dari kelantan ke seremban makan masa 9jam dalam bas.Tuhan yang tau betapa lama nya di dalam bas sambil bawa si anak kecik yqng tak tahu ragam macam mana..

Dulu bile sorang acik gagahkan jugak berulang ke seremban naik keta sendiri drive sendiri..lagi cepat dalam 7jam perjalanan jerk..tapi bila da ade Suffiyah 7jam perjalanan dan mana nak drive dan mana nak control cik yah bukan senang.jadi amik jalan mudah naik bas..

Sebenanrnya bukan acik sorang yang kerap berulang tapi untuk tahun ni cuti papa Suffiyah da habis selepas menguruskan masa Suffiya lahir masuk wad kenduri dan sebagainya. Untuk papa piya menjenguk adalah dlm 2 3 kali tapi kitorang bergilir.lagi-lagi sekarang kerja di cawangan papa piya tak punya ramai anggota.jadi die xboleh nak ejas roster untuk off. Dan bila abis off 24jam pun xsempat untuk die dtg dan balik.yela pagi bertolak ke kelantan..sampai duduk dkt rumah 2 3 jam malam bertolak balik ke seremban.kesian penat  xcukup rehat.bila esoknya kerja nak bawak orang ke hulu hilir sambil drive.pasti terganggu dan takut apa2 terjadi.al maklumlah papa piya kan drebar..haha (cawangan pengangkutan)

Sehingga abis ke tahun 2013 begini lah kami akan turun naik bas untuk berjumpa..saya rela dan biarpun penat masa tenaga tapi saya puas biar pun berjumpa hanya sekejap. Sebab saya xmahu bila Suffiyah tengok papa die suffiyah tengok orang lelaki menangis..sebab xkenal..dan saya xmahu suffiyah kekurangan kasih sayang seorang ayah.

Panjang lebar cerita..nanti kita cerita part 2 plak hokey..nak amik mood nangis dan mengharapkan sinar kebahagiaan satu hari nanti kat bawah sinki jap.

Peace yow!

11 December 2013

~ Suffiyah berdiri/duduk ~

Assalamualaikum sayang :)

Morning..Bila menghadap belog xde benda lain nak di hupdate. sesuai dengan tagline belog ni

"Kisah saya kisah dia kisah kami"

Jadinya kalau x cerita dia cerita saya..kalau x cerita saya cerita dia..kalau x cerita dia dan saya cerita kami..(arr pening aa pening aarr...hahaha) begitulahhhh seterusnya :)

bosan kan kan kan...apalagi xyah baca tutup terus.kehkeh

so menceritakan tumbesaran si anak. since Suffiyah da masuk 7bulan..badan die pun da tegap. Dan dia da boleh dan cuba-cuba untuk duduk sendiri. contohnya bila dia merangkak-merangkak dan penat mula nak cuba duduk. 

Tapi sekarang ini bukan nak ceritakan pasal dia duduk je semata. tapi pasal die cuba berdiri duduk duduk berdiri. kehkeh

bila kita pegang makanan, lagi cepat dia datang ke arah kita. so sweet..xyah terjerit panggil. memang confirm akan datang..

sebab Suffiyah ni jenis "pemakan".. semua yang kita makan semua dia nak. 

CERITA SATU

bila mana Suffiyah tengok maklong dia makan. cepat dia pergi dan mintak. Maklong tak bagi siap bangun dan nak capai jugak.




CERITA DUA

Bila mana tengok ibu makan jeli. dia pun menggendeng jugak! 




CERITA TIGA

bila mana dalam kereta, dia boleh meniarap dan capai tempat tangan dan cuba bangun sendiri dan berdiri tengok pemandangan luar. (tanpa orang tolong tau..dasat n lasak sungguh!)


Semenjak dua menjak dia da pandai berdiri dan berpaut dengan apa-apa je yang ada depan dia. dan banyak kali jugak lah dier tergolek. kepala da macam -macam terhantuk. kesian jugak. tapi budak tengah naik tengah lasak. di tegah pun die tetap akan buat.

tak kisahlah nak. jangan tercedera sudah. dan memang kene perhati doplohpat jam dia kemana dan di mana dia. kalau x kang tau-tau tv da terbalik atas kepala plak!




08 December 2013

~ Entah! ~

Assalamualaikum :)

Sedar x sedar da masuk bulan Disember dan penghujung tahun...dan gua masih di sini..memijak kaki di perantauan..


KERJA masih yang sama
RUMAH masih yang sama
ORANG masih yang sama
PERANGAI ORANG sudah berubah

Itu tidak dinafikan

Kadang rasa meluat menyampah..Yer! kita semua akan lalui...Berjumpa dengan orang bijak pandai..Orang yang serba serbi tahu..Orang yang gila kuasa..Orang yang "mak joyah"..Orang yang talam pun ada. setiap pelosok mana pun kita pergi pasti akan ketemu.

Hidup rutin harian yang sudah sedikit sebanyak berubah. Malah hidup acik terisi dengan kehadiran anugerah yang satu "Suffiyah Nur Iman"

Lupakan persetankan apa orang kata. apa orang nak tahu apa orang nak menyebok tentang hal duniawi. hal kita. hal segalanya. kerana bagi acik..acik xpenah mintak duit dorang untuk makan.xpernah guna cuti dorang utk bercuti menenangkan pikiran. xpenah tumpang rumah dorang untuk berteduh.

Syukur :)

Hidup ini umpama roda. "Kadang bila kita bercakap tentang orang, kita pasti akan berbuat benda yang sama"..Dan itu terjadi pada acik sendiri..pada kita semua. Jangan menipu kata kita tak akan lalui itu semua. 

Bila mana orang sibuk mengatakan kite mementingkan diri sendiri. 
Bila mana orang kata macam kita sorang ada anak suami.
Bila mana orang kata kita beli itu dan ini. 

kelak pasti orang yang bercakap tentang kita akan berbuat seperti mana kita. bagi acik senang tak perlu hipokrit. 

Dan ingatlah orang-orang yang bercakap tentang kita. mengumpat tentang kita. berterima kasihlah pada mereka. Kerana mereka sedang memberi kita pahala.

Di Akhirat kelak, seseorang itu terkejut apabila melihat amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukan di dunia. Maka dia bertanya "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang sebanyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". MAka Allah menjawab "Semua itu adalah kebaikan(PAHALA) orang yang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

31 October 2013

~ Mari Memasak Bubur ~

Assalamualaikum..

Selamat malam..since Cik Yah da 6 bulan..dia sekarang semakin aktif. Setiap budak kalau nak beralih bulan mesti ade peel tertentu..Dan boss kecik Cik Yah ni plak ragam die mesti demam..

Setakat hari ni..die dah 2 hari selsema dan batuk kering..bile die batuk macam ngeri plak dgr..kesiannnn sangat..ohh lupa die demam skli pakej nak tumbuh gigi bawah. Tu mungkin sebab die demam. 

Kisah kene mengena dengan tajuk di atas..nak amik ubat selsema jerk..sekali nurse cek dan cek up 6bln..nurse pun ajar cara nak buat bubur kpd ibu2 baru macam den yg tak berapa reti nak memasak sangat..haha!

So cara-caranya

Ambik segenggam beras..dan masak jd bubur. Tapi tapi kalau nak lagi senang kan lagi2 plak untuk ibu2 bekerjaya macam saya ni (angkat tangan di bahu)..bila masa korang-korang masak nasi tu..amik sedikit je n masukkan dalam periuk berisi air sikit..

Potong lah dadu2 sayur contoh macam lobak ke sawi ke..jangan korang p bubuh petai sudah (petai kategori sayur ehhh??)..haha..masuk terus dalam periuk sama ngan nasi tu..hah beginiiiii

Yang ini saya campur
Nasi + minyak + lobak + kismis

Nurse tu ade jugak ajar dia kata letak sedikit minyak tuk bagi tenaga dekat baby..yang kismis tu tambahan jerk..ikt suka..saya letak 7biji dan selawat lah bagi kita orang islam..mudahan2 menyumbang kepada IQ si anak..

Rebus agak2 lobak tu lembut sikit..xyah lama sangat sebab nasi tu mmg da masak kan..korang masukkan dalam blender dan blend hingga lumat.


Dahh siap..masukan dalam mangkuk dan boleh disuap..ngee

Semudah 1 2 3 kannnn..



Kalau bubur tu buat kan sumber protein pada baby..macam ikan bilis..ayam sikit..xkan ari2 sayur je kan..

Semoga ibu Suffiyah Nur Iman menjadi rajin masuk ke dapur lepas nih..kekekke

Bai



28 October 2013

~ Ayam Salut Oat Super Simple ~

Assalamualaikum u olsss

Today is off day!!yeeahhhaaa.. Berada di rumah ketika waktu begini memang rasa best kot..lagi plak time tengahari mata ni semakin mengecik..

So sebelum merelaxkan mata tetibe nak menulis 1 resepi yang dapat dalam mimpi..haha!boleh gitewww..resepi ni da berlambak kot kat tenet2 tu..tapi yang acik nak share ni ikut sesukati sesedap rasa den jeee..Dan dinamakan 

AYAM GORENG BERSALUT OAT SUPER SIMPLE

omakkk aiii panjang nyo nama ehh..hah baru kerlass gitew walaupun hakikatnya xbrpa nak kerlas sangat lah!resepi ni simple n senang jerk.

Bahan-bahan
- Ayam (dipotong dadu) *mcm acik beli yang siap isi ayam tnpa tulang kat supermarket 
- 1 Paket Oat
- Telur
- Tepung gandum
- Garam secukup rasa
- daun kari
- Minyak menggoreng

Cara nya

Bila da siap ayam potong dadu basuh dan bersihkan.Masuk ke dalam tepung gandum dan korang gaul2 sampai melekat.Pastikan tepung tu dimasukkan sedikit garam untuk perasa..Celup kat dalam telur dan kemudian golek golek goncang goncang dan goyang goyang ayam tu kat dalam oat..

Panaskan minyak dalam kuali..Gorengkan dulu daun kari sedikit nak bg perasa..Bila tgk minyak da panas dan masukkan ayam ke dalam kuali...goreng hingga garing n kekuningan dan angkat..siap!

Nah ini contoh gambar yang da dieksperimen..



Telur |  oat | daun kari | ayam salut tepung gandum+garam

Ayam salut tepunh sampai xnampak ayam tu yeeee..hiks

Celup2 dalam telur

Gaul dalam oat

Goreng dgn daun kari
(Abaikan kuali yang shomot)

Tadaaa siap!

Sebenarnya nak lagi sedap makan dengan sos cili cenggitu pun ok..

Macam acik mencekik dengan nasi..perghh leleh perut keroncong..jom makan..


Bergggppp (tutup mulut)

Alhamdulillah

Selamat memasak!


25 October 2013

~ Puree buah buahan ~

Selamat pagi..

Ok semenjak malam tadi da boleh bukak blog guna henpon nih...so mari kita julingkan mata menghadap blog sajaaaaa..hehehe..tetiba eksaited kan..macam pestime plak dpt benda baru..yelah mana taknye! Kalau dolu2 masa nak bukak blog ni nak tunggu die loading ade dlm setengah jam..lagi kan nak menulis..berejam rejam lah kan! Ini semua gara2 line yang mcm chipsmore..kihkih

So cik yah a.k.a boss kecik a.k.a Suffiyah Nur Iman da nak masuk 6bln..so mari kita belajar buat puree..(kalau nak jelas sila bukak en google). Sekarang Cik Yah da 5bulan lebih..so die ni agak kuat minum susu dan xboleh tgk orang makan..cube kalau kite duk mengunyah depan dia...ohhh die pun mula lah telan air liur..orang kata baby start 6bln bru boleh mkn..tp sy suap jgk sikit2 kat die bende2 lembut...

Setakat ni da suap biskut baby yang campur ngan air/susu..so tgk dia laju je makan..antara berani dan x jugak masa suap ke dia..tapi kite berani kita tanggung lah kan..mama saya n tokma(mak pengasuh) pun bagitau da blh suap bende2 lembut dkt Cik Yah nih..

Kebetulan ada epal sebijik dekat rumah..so sesaja merajinkan diri nak buat puree..kekonon nak test bagi die suka tak buah-buahan. Dan cara nya ....

Ini lah bahan-bahannye :p

Kupas kulit epal sebegini ya ibuk2

Potong dadu seperti ini

Kemudian bile da potong dadu, kite kene stimkan buah ni ya..kat umah ade je periuk pengukus..tapi malas nak keluarkan dari kotak dalam stor..kat lua sana pun ade banyak alat elektrik khas tuk menyetim n di stim..ahaks!

Tapi mcm saye gune cara sendirian berhad..periuk ringkas je..asal boleh tangkap muat gitew!

Begini lah cara nya

Bila da stim kan..saya pun xpasti berapa lama jangka masa sebenar untuk stimkan buahan ni..tapi saya buat sesedap rasa..agak2 bile tgk buah ni da lembik so angkat..Masukkan dalam blander dan blend!

Make sure ehh pakai blender lain dr yg selalu kite gune untuk blend cili..kang podas  lak anak2 nak makan. Dan dan pastikan di blend sehingga betul2 lumat ehh..jadi macam air giteww..

Ini lah hasilnya

Dan mari kita suap Cik Yah.ehehe

Ops nak masuk jugak tu..masa tengah buat puree ditemani oleh tuan makan nih..abis die jelajah dapur..sambil membebel bahasa yg tak paham..hikhik


Peace yo!

Sekian lah saja cara membuat puree..oh jangan dibuang lebihan puree yg ade tu tau..sebab blh simpan dalam peti..lepas tu bila nak gune..rendam sekejap dalam bekas yang ade air panas..n boleh diguna..

Selamat makan dan cuba!

24 October 2013

~ Pemahaman dan cara ~

Assalamualaikum..

Ohhh yeahhh...di malam buta cenggini sambil merenung siling bilik nih sambil2 memerhati si boss kecik tido..blh jgk online..godeh godeh punya godeh dpt jugak bukak belog nih..suka..

Da la line tenet kat area rumah ni macam harem jadahs..sekejap ade sekejap xde..kadang2 geram jerk! Memalam ni line clear plak..al maklumlah malam jumaat (ehh ade kene mengena ker?ahakss pkiran ke laut la tuh!)

Berbalik cerita pada hari ini..di setiap apa yang kita buat..apa yang kita kerjakan mesti Allah turunkan dugaan dan ujian tuk kita..bukan senang nak cari duit hasil titik peluh tuk bagi anak bini makan kan kan..

Teringat dolu2..masa lepasan spm..keje kedai henpon..dapat bos tahik idung masen..gaji rm500 je..keje direct 10pg 10mlm off sehari je..tp masa tu budak2 lepas spm..kira da besa da kot gaji lagi2 duk ngan mak ayah..makan minum ditanggung.lepas tu kawan skola offer keje skli ngan die jadi kerani bengkel kereta kerajaan n claim insurans kereta eksiden.masa tu dapat bos yg spoil lah..tp keje jgklah kan..bila dia xsuka kite, die kutuk kaw2 dalam bahasa cina..ingt kita xpaham agaknya die cakap tu..tapi bila die mintak tlg kita buat itu ini lembut je cakap nye..memang ase nak bagi sedasssss je kat dia..

Lepas tu alhamdulillah syukur dapat keje gov..walaupun keje berisiko tp kite kene sentiasa beringat.so berbalik pada alam pekerjaan kita akan jumpa ramai orang n rakan sekeje yg mcm2 ragam.lagi besa syarikat jabatan tu lagi ramai lah pekeje dia kan..sama lah mcm saya..bila da ramai2 bekeja jadi macam2 karenah..sbb tu wujud peribahasa rambut sama itam ati lain2..lainlah kalau dia dah warnakan rambut die kan!ahakssss

Bila dalam bekeja ni..mesti kita jumpe orang yg akan pandang rendah pada kebolehan kita.. takboleh tgk kita senang dan sebagainya..dan dalam byk2 ragam..mst korang akan jmpa yg jenis suka amik tau hal orang..kira nya suka korek rasie dan akan cerita pada org..mksudnya bkn niat utk cerita tp kita manusia yg tak sempurna..jd sedikit xpun sebanyak kita pasti tercerita..dan masa tu mula akan timbul fitnah dan sbgainya.

Dan kita bekerja pasti kita nak buat yg terbaik tuk keje yang diamanahkan..tp ade sesetengah rakan sekeja pastinya yg akan tersalah cara pemahaman..mungkin perbuatan serta cara percakapan kita lain..tp mengikut kepahaman dorang lain..sebab tu akan wujud cakap2 belakang.gosip.fitnah.miss understanding dan sbgainya..cth ehhhh

"Ehh die xleh cakap mcm tu..patut kene la mcm ni.bla bla blaa"
"Eleh depan bos mula la nak buat keje itu ini..tp belakang haram nak buat"
"Cakap pandai tapi habuk pun xboleh"
"Nak bodek bos lah tu..macam kau xtau"

Ayat2 ni sekurang mst ade korang2 penah dgr n hadapi masa keje..kadang2 kita nampak orang lain buat bende itu ini dan kita rasa kita lg bgus dr dia..tp hakikatnyaaaaaaa...bila disuruh pasti mengelak 1000 bahasa..orang mcm ni ramai kita blh tgk..mereka merasakan yang mereka lg bagus tp mungkin bagus tuk komen itu dan ini tp bila disuruh akan muncung sehingga ke singapura jauhnyaa..ahaks!

Bukan lah disini sy nak cakap diri saya baik xpernah buat dosa..xpernah cakap pasal org..tp jenis sy bila org bercerita sy dgr tp utk sy mengorek cerita org mgkin perkara terakhir  yg saya buat..kadang2 terpikir buat apa aku nak sibuk tau hal org yg tiada kaitan dgn aku..klu org bcerita kita dgr mgkin kita blh jadikan pengajaran..

Itu lah dikatakan pemahaman dan cara kita xsama.setiap manusia ada kepahaman masing2..mungkin cara yg disampaikan akan jd positif tp pemahaman dinegatifkan..kesian kan..tapi itu semua lumrah hidup..setiap manusia akan hadapi.

Ok lah da merapu merepek yang tah hapa2 nih..dan kaki si Suffiyah da naik ke atas perut omak dia..tu tndanya nak kene betulkan dia tido yang lasak dan kite pun join tido..

Selamat malam!


07 October 2013

~ Jatuh katil ~

Selamat pagi u olsss...

sobsob sedey :(

Semalam mek piya jatuh katil..sangat sedey..mujur lah takde apa-apa teruk yang berlaku

Al kisahnya begini

Sejak piya da boleh meniarap dan bergolek golek jadi dia sangat semakin lasak. Dan ibu piya a.k.a saya sendiri da 4 hari migrain masa tu..sangat menyakitkan 

Migrain sangat teruk kan..bergantung pada ubat tapi tak jalan-jalan pun. 2x pegi klinik xbaik-baik pun. Tak tahu kenapa n mengapa...(ayat tengok tu). Rasanya ini kali lah migrain yang sangat teruk acik dapat. Sehingga kan kalau nak menunduk dan berjalan pun terasa berdenyut-denyut kepala...haishhhh dugaan 

berbalik pada Suffiyah.

Setiap hari pukul 9lebih malam memang masa dia nak membongkang. Jadi bila mana ibu dia tengah sakit kepala. so lagi awal lah minggu tu kitorang tido(if acik keje pagilah!). Dan setiap hari dia akan bangun pada pukul 4 pagi atau 5 pagi bergantung pada dia tido pukul berapa. Dia bangun dan memang akan main. meniarap dan bergolek-golek atas katil.

Pada hari-hari sebelum ini, bila dia bangun dan bergolek-golek dia akan main dekat dengan muka saya samaada dia cakar, jilat pipi atau dia akan baring atas perut. Paling jauh pun dia akan meniarap sampai paras lutut dan jilat lutut (sangat tak senonoh) dan acik akan tersedar dan amik dia takut nanti dia tergolek ke bawah. 

Hari yang dia jatuh tu, sebelum tu lagi da pesan dengan papa dia, suh amik baby coat dia yang ditinggalkan di rumah nenek dia. sebab kiranya lepas ni nak masukkan dia dalam baby coat la bila time tido. Tak yah kongsi katil dah. kekekeke

Tup tup, malam tu dia bangun tidor dan ajak main pukul 4.30 pagi.. Hai la anakkkk. Masa tu masih tidur ayam lagik. Dan sekali TERLELAP sebab sakit kepala yang amat. Sedar-sedar bunyi suara Suffiyah menangis sama sebijik macam dalam labour room dulu. Kuat dan lantang di hening pagi tuh!

Ingatkan dalam mimpi kot terberanak yang no 2 (erk!)

Sekali terus terbangun teringat Suffiyah. Cari suara dia menangis xda atas katil. bangun-bangun tengok-tengok dia da terbaring terlentang terkangkang dengan tangan ke atas (ce korang bayangkan) kat atas lantai tanpa alas karpet dan buaian dia tergerak. 

Sudah! ini sume salah ibu dia yang terlelap. :( sedeyyyyy. Pujuk-pujuk lantas dia hokey. Dan mata ni terus segar bugar xjadik tido. buatkan susu dan bagi dia tido dalam buaian. Sampai la ke pagi. bila cek-cek kepala dia macam benjol sikit. sikit jerk. Tak sedap hati bawak g klinik untuk cek dan boleh amik ubat migrain untuk sekian kalinya.

Nah korang tengok kepala dia..sobsob..sedey kan..

Tapi kan kan untuk korang yang lepas ni akan ada anak kecik.. Orang kata kalau baby jatuh make sure tengok dia muntah ke tak. Lepas dia jatuh tu kalau dia muntah tu maybe baik korang pi cek kat klinik terus...orang tua-tua kata takut ada bahaya dalam badan dia. 

benjol sikit je

Ni masa on the way balik dari klinik. budak ni sakit ke demam ke girang semacam! Kira dia ni keras jugaklah. Memang jenis payah menangis. Tu bila dia jatuh dia menangis rasa macam terkejut sikit. 

Tapi si Suffiyah ni dalam pada payah menangis n bersuara tapi dia kuat merengek.ngeee




Gambar di atas masa baru beli makan tengahari. bukan masa drive yer. Tu belum dipakai kan lagi seat belt dia. Jangan salah anggap. hehehee

So lepas ni anggap satu pengajaran dan akan lebih berhati-hati. 

Salam :)






30 September 2013

~ Mainan Baru ~

Assalamualaikum :)

Dah lama sebenarnya nak update ceghita baru tapi asik tidak kesampaian...sobsob..Dan cerita ni da lapok kot..ngeeee

Memandangkan kami berdua jerk tinggal kat Kuala Krai nih, so bila time si budak kecik ni tido dapatlah acik membuat kerja rumah secara marathon...Kalau tak, memang kena mengadap Suffiyah je la.Tak jadik satu keje. 

So, dalam pada sebelum tido tu, main intenet jadi berangan-berangan kalau lah boleh dapatkan 1 mainan untuk alih perhatian dia dan buat dia leka. so acik berkenaaaannnnn (xyah la over sgt!) sangat kat Playgym baby..

iyeee yang begini begini tu..adoii comel kan

Tapi bila dipikir-pikir benda ni dia baring dan boleh main masa baby je..nanti kalau dia da besa sikit da xboleh nak baring bawah tu..sebab nampak macam sempit kan..

so google dan tertarik menarik dekat mainan macam ni tapi plastik punye..ohh yeahh!

lalu mengorder dan membank in dan menyampai (pening @_@)..ngeeee

Tadaaa daaa daaaa

Masa barang sampai kat tempat keja dan bawak balik rumah. baringkan budak kecik nih...pi salin baju keja dulu...tengok-tengok dia da eksaited kau! Bila orang sibuk bukak n nak pasangkan dia pun sibuk jugak menolong..heee

Hah! tengok lah nih


\







Bila da ade bende alah nih, dia asik nak capai dan main jer..so sekurang-kurang nya boleh lah leka kan dia sekejap bila mana saya pi sembahyang atau mandi.

senonok nonok la tuh kan kan kan...

ok jumpe lagi sayang2



24 September 2013

~ Marathon Demam?? ~

Asssalamualaikum :)

Sihat ke u olss...strrrtt strrttt..ok tajuk di atas pun da menggambarkan tuan tanah kedaung sedang dilanda demam..uhuk uhuk

Mula-mula boss kecik yang mula demam dulu gara-gara terkena tempias hujan masa amik dia balik dari keje..masa tu ujan lebat sangat..da tutup kepala dia dengan selimut dan pakai payung..tp da nak demam nak wat mcm ne kan..

Kesian sangat kalau time dia demam..sangat-sangat kesian.. Yela baby kecik tu hingus meleleh pun dia bukan reti sedut.. Tau-tau hingus meleleh je sampai ke mulut dannnnn slurppp..(eeeiii hahaha!)

Lepas dia da baik demam tinggal batuk dan selsema, kemudian berjangkit dekat ibunya..ohh yeah!

Sangat menguji ketahanan hokey!

Nasib baik time demam tu time off day kerja. Kalau x memang absent terus lah!. Tak boleh nak drive keluar langsung. Bangun pun gagahkan diri untuk buat susu si Suffiyah jer. Lepas tu pandai-pandai suffiyah meniarap main atau tido sendiri. kesian sangat ke dia. :-(

Sehingga ke hari ini..da 4 hari tinggal batuk selsema dan sakit kepala. Tak boleh nak tengok benda-benda bercahaya nih..aiii menangkap ke kepala rasanya. Tak pernah lagi demam gini. 

Sekarang da ok sikit gagah jugak lah pergi keje. Malas nak amik MC..Karang ramai plak yang memerli. Meluat tahap cipan da rasa.ok tu malas nak komen bebanyak. 

sekian doa kan sy kembali sihat segar dan bertenaga..ohh yeah!

salam :)

05 September 2013

~ Cik Yah Meniarap ~

Assalamualaikum u olss

Berkesempatan hari ini untuk menaip laju-laju..kehkeh..ekceli, acik tongah keje. bosan-bosan boleh plak bukak blog ni dan menaip lah coretan sepukul dua..hehe

rindu kat acik tak..rindu kat Suffiyah x..ok perasan sila lempang laju-laju jugak!

rindu kat incik asben x? ohhb itu tak boleh...hehe.. Saya dan anak je rindu kat dia rindu serindu rindunya...

** bluarwafff nak muntah lettew! Tak boleh tau tengok kite nak jiwang jiwang sikit..hakhakhak

Perkembangan yang terbaru..hmmm Start 3bulan lebih lagi Boss kecik tu da boleh meniarap..terkejut jugak!
Sebelum ni dia cuba-cuba dan cuba untuk meniarap tapi tak boleh sebab maybe tubuh dia berat lagi, tapi mengiring ke kiri dan kanan laju.xyah disuruh.

Dan..

Pada suatu malam ketika balik dari makan, bukak pintu dan masuk letakkan piya di atas tilam nipis dia..eceh! macam cite seram plak..

Last-last die menggolek menggelek tergolek dan tertiarap!

Cepat-cepat ibu dia sambar henpon lalu mengambil gambar..click click click..


step 1 : Mengiring


Step 2 : Cubaan meniarap sambil angkat kepala dan mulut bising

Step 3 : Terlangkup tergolek tapi senyum you!


Step 4 : Bila da banyak kali cuba Akhirnya!

Penat meniarap akhirnya ketidoran..Masa ni ibu dia baru abis solat Isyak. Senyap je si anak ni. Ingatkan dok buat apa. Sekali rupanya da tidor



Masa pertama kali cubaan piya meniarap masa ni kepala dia berat lagi. Bila panggil pun die jelingkan mata je pandang kat ibu dia.. bila da banyak kali cubaan sehingga sekarang kepala da boleh angkat dah!

Tak caya? Tengok nih 




Setakat ini, itu jela perkembangan suffiyah. go go piya!

Bai :)