border: 3px solid #000000;

♧ Ulangtahun Salam Tok Kadi ♧

Daisypath Anniversary tickers

skodeng o_0

22 October 2012

~ Tips Kehamilan ~

Assalamualaikum :P

Kisah semalam jangan dikenang...Lupakan yang lama buka lembaran baru..Bila kita rasa marah semua benda kite akan keluar..tapi bila kita da cool.. rasa menyesal dengan apa yang kita keluarkan :P
So sebelum tido maafkan kesemua orang yang menyakiti hati kita sebab ingat lah xsemua orang sukakan kita kan! Baru la tido dengan lena. :)

Ok! So arini sarapan pagi dengan melawat mukabuku..hehe...bukak punya bukak selak punya selak..sekali terbaca satu post dari sis ni tentang kehamilan. Maka nya, saya saja nak share kepada orang yang tertengok belog saya ini..hehe


TANDA HAMIL BAYI LELAKI

  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  •  Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Sukakan menghadap wajah ke utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
  •  Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala


TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN

  •  Mengalami morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
  •   Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan yang manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Sukakan menghadap wajah ke selatan semasa tidur


** Ni hanya petua orang tua-tua. Hanya ramalan mereka saja. Jangan percaya bulat-bulat . Apa jua jantina kite terima dengan hati terbuka. Yang penting sihat kan! Kerana itulah ikatan kasih sayang antara suami isteri kan?


Jangan lupe selalu amalkan doa Nabi Yunus semasa berada dalam perut ikan yu

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”



waallahualam :)

21 October 2012

~ Tak ada tajuk ~

Assalamualaikum...

Lama dah xupadate belog kan..(lama la sangat). poyo's jerk
Minggu ni xada apa-apa yang menarik pun dalam cerita kitorang..Hidup saya pi keja balik keja..pi keja balik keja..Alangkah bosannya!

Rasa sedih minggu lepas dengan musibah yang menimpa kami. Tapi kalau kite redha dengan ujiannya insyaAllah Allah swt kurniakan hikmah yang tak kita sangka kan!

Minggu ni gaji awal sebab da nak raya haji..Raya??raya di perantauan..sebab da balik raya aritu..lagipun raya ke xraya mcm da xada apa-apa makna..mungkin sebab da terbiasa kan dengann keje kami yang mcm ni..

Minggu lepas sedih sangat2 dengan ujian Tuhan.. Minggu ni Tuhan bagi kesenangan dan hikmah yang xterduga.. alhamdulillah rezeki anak..

Baby??so far alhamdulillah..sihat jr..Last check up 15/10/12, Dr cakap segalanya ok..walaupun saya ada tanda2 sakit bahu dan perut...Dr cakap mungkin sebab duduk terlampau lama..Harap2 baby sempurna dan cergas di dalam ya!

Arini saja nak cita pasal komen di FB. Rasanya saya selalu post dalam wall encik asben..Tapi selalu apa yang sy gurau dan post di wall dia sy akan tanya dlu n mintak izin dlu. Saya saje la bgurau mintak encik asben belikan bmw (walaupun hakikatnya sy xtau kami mmg xmmpu pakai pun). Lepas tu saja la gurau mana la sbb encik asben mmg suka beli brg tanpa bgtau saya dlu..

Tetibe ade plak sorang hamba Allah ni komen bagitahu kata 
"tak elok cerita keburukan suami isteri kat fb"

rasanya saya bukan bodo n sengal nak cerita keburukan suami saya..baik buruk dia saya terima..kalau x apa guna saya kawen ngan dia kan..Tapi its ok..saya terima je nasihat tu..Sbb mungkin maksud sy dgn suami bgurau orang lain xleh nak terima..(da memang cara kitorang mcm tu)

Tapi bile bukak Fb dia asik duk update pasal jantan ni la jantan tu la..ooo so annoying beb! Kalau rasa hot sangat  kawen la..

Tapi biarla..baik kita bersangka baik jer kan..Amik port lebih2 pun bukan kenal...

ok babai :)


12 October 2012

~ Sedih ~

Hai untuk silent reader :P

Arini 12/10/12 da mule bekerja semula setelah cuti 5 hari. Tapi hari ini rasa sangat sedih..sangat sangat sangat sedey :(

sebab apa?salah satu sebab tinggalkan encik asben dan family...tapi awal bulan 11 family nak datang kat kelantan nih..so xla terlalu sedey. Tapi ada satu lagi sebab yang sangat sedih..

Biar kami satu family tau apakah..huhu

Mood sangat tak menentu..  Kadang -kadang kan bila terpikir Allah bagi kegembiraan kat kita, dan pada masa tu jugak Allah boleh bagi kesedihan kat kita kan. 

Tuhan Maha Adil

Salah satu cerita. sehari sebelum balik kelantan, dapat mesej orang bagitau saya dah layak pakai pangkat L/KPL. Alhamdulillah rezeki kan. 

Tapi hari balik ke Kelantan dapat kesedihan :).. apa kah biarla kami yang tahu.

InsyaAllah kalau kita redha dengan ujianNya.. satu hari nanti Allah pasti sediakan ganjaran yang lebih baik untuk kita. 




AMIN



08 October 2012

~ Nasi Arab ooohoiii Nasi Arab ! ~

Assalamualaikum :)
Arini saje bukak ceriter pasal makanan..ok rasa lapar plak!

Sekarang tengah bercuti.. so apalgi balik Seremban dan jumpe family dan dan dan encik asben lah. haha mood gatal campur gedik terlajak ** ade aku kesah?**

hehe. bile da sampai rumah tengok muke orang-orang tersayang rasa best jerk! Memang indahnya hidup..haha

Balik-balik da plan baekk punya nak belanja family makan-makan..
so arini nak cerita pi makan NASI ARAB.

Kedai ni namanya NASI ARAB DAMSYIK. Kedai dia area Jalan nak ke Senawang. Laluan nak ke Kastam Senawang. Kedai dia tepi jalan jer dekat kawasan perumahan. saye pun xtau apa nama kawasan tuh :P

Masa kami sampai jam da pukul 10.15 malam. Kedai tu bukak dari 11 pagi sampai 11 malam. 

Apa yang best kedai ni op coz makanan dia..tapi persekitaran diapun best. Kita boleh pilih nak duduk luar kat meja atau duduk bersila dalam kedai tu. so suasana pun ala-ala arab lah. Lagi-lagi dia asik pasang lagu arab jerk!


saye sempat snap gambar dalam tempat duduk bersila.



Tapi gambar di atas masa snap tu dia da kemas-kemas nak tutup kedai dah. tapi best la jgk kan!

Nah ni menu dia  plak :P
Korang pilih  je korang nak makan apa ikut menu ni jer..Nak makan dalam dulang atau satu-satu dalam pinggan pun boleh

Air  pun sama.dalam jug atau satu2. Tapi air die xbanyak pilihan. sebab  dia bagi air yang ada dalam menu..kalau korang nak jus2 ke tarak hokay!

yang ade mcm teh kopi stail arab jer



menu makanan

so bile kitorang da oder sekejap jer sampai. hamek sile makan kenyang-kenyang

yang ni kami amik menu ayam sebelah jer..boleh makan 4 - 5 orang
yang dalam bekas tu sos dia.

nyum nyum..jemput tengok

jap nak makan..keh keh..

_
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ni hasil lepas makan.haha!

erk! Alhamdulillah. ops lupe yang panjang kat belakang nasi tu kebab kambing :O

so da abes makan da kenyang kedai dia pun da nak tutup. apelagi balik tido bedengkur daaa..

hihi

ok bai :)




04 October 2012

~ Kenapa kita diuji? ~


Assalamualaikum :)
Arini saje nak cerita pasal hidup ini. Setiap manusia xlepas dari diumpat dicaci dikeji diaib dihina dipuji dihormati dibanggakan..Macam-macam la kan!
Setiap dari kita mesti ada masalah dan xlepas dari masalah. Tipu la kalau dia kata dia xde masalah.
Mungkin la hari-hari pi keja senyum depan orang gumbira tapi siapa tahu dalam hati dia plak kan?

Bila kita diumpat oleh orang lain xsemestinya kita akan jadi down. Sebab apa kita diumpat? Mungkin orang yang mengumpat nak bagi pahala percuma kat kita! ingat tu..


Saya xcakap saya ni baik. Tapi bila saya buat keputusan untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik InsyaAllah Allah akan permudahkan. Mohon la dalam setiap doa kita supaya diterangkan hati dan dipermudahkan segala urusan. 

Bila kita cube menjadi yang lebih baik, orang pun bercakap jugak. 

" nak jadi ustazah lah!"
" nampak je macam baik padahal dalam hati busuk "

Tapi kenapa orang cakap macam tu. Dia xtengok ke diri dia da cukup sempurna ke?
Allah xakan bebankan umatnya dengan ujian dan dugaan yang xmampu dia tanggung. 

Ops! Satu lagi.. dalam diri kita ni kan memang akan ade sifat PHD tu. jangan lah kata xde. 
Paling kurang pun mesti ada. Tapi untuk apa kita nak dengki sesama kita betul x. Masing-masing ada rezeki masing2. Manusia ni xpernah puas! Kadang-kadang apa yang dia ada tapi dia nak lebih dari orang lain.


Orang selalu nampak keburukan kita tapi kadang-kadang dia xsedar diri pun banyak kekurangan. termasuk saya. 





Last, saya tulis dalam belog saya ni sekadar luahan saya. saya xcakap orang ini buruk orang ini baik. tapi kite kenal diri kita dahulu sebelum kita nak dengki kat orang lain. Setiap manusia xakan lepas dari kesilapan termasuk saya. Tapi kalau sebolehnya kita hindarkan lah dengki dan iri hati. Sebab xakan ke mana

Rezeki masing-masing. Kenapa Tuhan uji kita? Kerana dia menguji tahap keimanan kita.
Saya bukan seorang yang baik. saya juga xlepas dari melakukan kesalahan. Setiap kesalahan yang kita lakukan apabila kita sedar mohonlah keampunan dariNya.





01 October 2012

~ Scan baby 7wk & 9wk ~

Alhamdulillah
Arini da masuk bulan 10..Sekejap jer masa berlalu kan! So arini saye nak cite pasal pegi scan baby.

Tapi sebelum nak cerita harini punye scan, teringat nak cerita masa 1st scan. Masa tu baru 7week. Awal sangat lagi kan. Tapi haritu refer dekat Dr sebab saya turun darah. Risau jugak kan sebab masih awal-awal ni. Kita tak sure rahim kita kuat atau sebaliknya. 

Bila Dr scan, dia pun xdapat pastikan lagi sebab xnampak apa-apa. Dr ada cakap selalu boleh nampak degupan jantung akan berkelip-kelip. tapi Dr xnampak. Masa tu so sad..Tapi kuatkan semangat dan selalu cakap dan gosok-gosok perut bagitahu supaya baby kuat.

Ni gambar scan masa 7week. kosong cuma nampak sarung baby je kan.

So Dr pun tetapkan tarikh lain untuk pastikan baby. Biar besar sikit dan boleh nampak kan. Pastu Dr bagi tarikh 1/10/2012.

Sampai pun tarikh kedua untuk scan 1/10/2012.  Masa ni balik dari keje syift malam pukul 7.10pagi baru sampai rumah. Tido dulu sebab seharian keje malam xboleh tido. Repot berlambak plaks! Haiyoo baru nak berehat2 sebab boleh la simpan mata ni untuk pergi scan.

Last2 xtido sampai ke suda! keje punya pasal kan..Berkorban jela..sampai rumah tido dulu. Pukul 11pagi baru tersedar.mandi-mandi dan cabut ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kuala Krai Kelantan.

Jenuh la menunggu no giliran untuk jumpe Dr. Dari pukul 11.30 pagi tunggu, pukul 12.50tengahari baru dapat jumpe Dr. Naik lenguh ase duduk kat kerusi..Rasa nak baring jerk masa tu sebab kes tak cukup tido!

hah nampak x gambar baby tu.kecik lagi..tapi boleh nampak da jugak kan..
Happy sangat-sangat...Semoga anakku membesar dengan sempurna sihat dan cergas ya sayang!

Alhamdulillah lega..Pastu terus MMS kat incik suami yang jauh nun di Port Dickson..Dia pun mcm xpercaya. Macam-macam dia tanya. Sampai xterlayan. 

Balik jer rumah da pukul 1.15 tengahari. Sebelum nak pi keje pukul 3petang, melantak nasi ayam xhengat dunia! Last-last tengah basuh tangan sendawa terus keluar balik semua nasi ayam tu.

Haiiiiii...sayang nya..Kalau makan nasi mcm ni la jadinya. Mesti loya xpun keluar balik. Apa pun harap-harap xlama lah alahan ini.kesian kat baby. Nanti makin lama makin turun plak berat badan nih! da lah timbang turun 6kg. Dari 55kg sekarang tinggal 49kg..(pecah rekod bujang boleh cecah berat 49kg)

Apa pun, harap-harap anakku membesar dengan sempurna dan sihat. AMIN


Ok nanti kita sambung cita lain
Sori ayat saya skema arini :P